Mood raya belum habis aku dikejutkan ngan berita yang begitu memeranjatkan.aku kehilangan dua insan tersayang.
Sedang aku ngan Family duduk berehat pada malam khamis (23.09.2009), borak macam2.....semua cerita keluar...biasa la dah lama tak kumpul ramai2. Sedang asyik gelak ketawa, mak aku dapat call dari dari mak ngah aku.Mak ngah aku bagi tahu yang Ayah ngah ( abg mak )aku tenat di HKL. Semua terdiam,hilang mood nak bersembang. Ayah plan nak pergi melawat. sedang bincang macam mana nak pergi, sekali lagi mak aku dapat panggilan telefon, kali nie muka mak terus mendung....mak sedih sangat, aku terus pergi ke arah telefon, bila tanya mak, mak terus nangis, Puas pujuk mak, kami sekeluarga dah syak yang Ayah ngah dah tak ada. Tapi tekaan kami meleset, rupanya mak dapat panggilan dari kampung bagi tahu yang tok lang meninggal dunia.Lagi terkedu kami sekeluarga.Masing2 berpandangan sesama sendiri. Apa yang buat aku ralat sekali, aku ngan family dah plan nak g melawat dia ,masa raya pertama. Tapi tak sempat nak kesana. Kebetulan esoknya aku nak pulang beraya kerumah mentua, kampung hubby aku. Aneesa plak demam, batuk, selesema masa tu. Lagi kelam kabut aku di buatnya. korang bayangkan, aneesa sebelum nie tak pernah meragam, tapi sejak balik kampung masa nak raya dia asyik menangis jer. Merengek2 jer...nak susu merengek, nak tdo merengek. Aku tak dapat cerita macam mana perasaan aku masa tu. kesian kat Hubby, sebab dah janji ngan mak kat sana.Tapi ayah memahami, dia suruh kami balik gak esoknya, dia kata jangan bagi mak tertunggu. Aku dengan berat hati ikut la gak hubby balik kampung dia. Dalam Hati sedih sangat tak jumpa tok lang. Esok pagi, Mak ngan ayah g mengunjung rumah tok lang, Kami plak bertolak ke perlis.
Hari jumaat (25.09.2009) aku call Mak ngah, bertanya khabar tentang Ayah ngah. Alhamdulillah...Katanya dah stabil balik.Lega skit hati nie. boleh la aku beraya kat perlis walaupun hati aku sedih. diam tak diam sampai la hari ahad...aku pun dah nak balik kl...kol 11 pagi 27.09.2009 kami gerak balik kl. Nasib baik jalan tak jem....cepat skit sampai. kami sampai umah dalam kul 7.30pm. penatnya tuhan saja yang tahu.
Isnin ( 28.09.2009 ), aku tak masuk kerja lagi, badan aku jadi ruam, habis gatal satu badan.pergi klinik kena cucuk, terpaksa ambil mc plak satu hari.. Aku plan nak tengok pak cik aku esoknya. aku g klinik pun dah petang tgu hubby aku settle kerja dia dulu. OTW balik dari klinik terus g ambil kak ipar aku kat sekolah dia. masa otw ke sekolah kak aku dapat panggilan dari ayah dlm kul 6.30pm. Ingatkan ayah aku saja call nak cakap ngan cucu dia. Tapi aku dikejutngan ngan beita sedih plak. Ayah bagi tahu yang Ayah Ngah tenat balik. Aku ngan Hubby terus ke HKL, tak sampai 10 minit ayah call balik, sekali lagi aku terkejut, Ayah Ngah dah tak ada. automatik aku terus nangis.aku tak sempat jumpa dia buat kali terakhir. Aku kesal sangat2.
Buat keluarga Tok lang dan Ayah ngah, Salam takziah dari ryna sekeluarga. Semoga roh Tok Lang Dan Ayah Ngah ditempatkan dalam golong orang yang beriman. Buat Mak, Banyak2 besabar atas kehilangan abang tersyang. Buat pengetahuan semua, mak aku rapat sangat ngan Ayah ngah aku.
Al-Fatihah Buat arwah Tok Lang Dan Ayah Ngah.
salam takziah utk ryna sekeluarga. mesti terasa sgt2 bile 2 saudara terdekat pergi pade wktu yg hampir sama kan..
ReplyDeletesmoga roh merka tergolong dlm golongan org yg beriman..amin..
innalillah..takziah to your family...
ReplyDelete