Thursday, November 26, 2009

Ibu Hadif's GiveAway ~ Anugerah Terindah

Assalamualaikum...... Kali nie saye nak join contest anjuran Ibu Hadif’s . saya nak kongsi perasan saya bila pertama kali melihat anak yang saya kandungkan dan yang saya lahirkan.... pada ibu, mama, mummy, umi etc jom la ramai2 join contest nie.....nak tahu syarat2 nyer...jom scroll ke bawah.....


.Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah ini akan bermula pada 24 November hingga 18 Disember 2009 jam 1.00 pm.
.
Meh tengok syarat² nye...

1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja.



2. Wajib menjadi follower Mrs. K dan add blog ini dalam bloglist anda.


3. Letak banner seperti di atas kat sidebar anda dan link ke giveaway ini.

4. Tiada had umur anak. Semua boleh join.


5. Sila upload sekeping gambar anak pertama/sulong anda berumur 1 hari. Sila nyatakan nama dan umur anak sekarang.

6. Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa. Nyatakan perasaan anda apabila pertama kali melihat anak dan apakah harapan anda terhadap anak. Entry yang berjaya menyentuh naluri keibuan para juri akan dipilih sebagai pemenang. eceh...

7. Tak perlu karangan yang panjang.. ayat pendek, simple but nice & sweet.

8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke blog Ibu Hadif. (no link back will be disqualified)

9. Dah siap semua, sila tinggalkan link entry anda di entry giveaway ini.


10. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional yg dilantik sendiri.

.


Bosan baca syarat giveaway?
Meh cuci mata tengok hadiah pulak...

Oleh sebab ini adalah my 2nd Aniversary,
so hadiah pon ada 2 jer...hehehe








Nur Qaireen Aneeesa Binti Rosparini
Umur : 11 bulan 3 minggu

Gambar nie diambil ketika Aneesa 20jam 30 minit selepas dilahirkan

Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa

Kalau orang lain gembira menyambut kehadiran anak, tapi perasaan saya plak lain....apa yang saya rasa perasaan sedih bercampur gembira. Gembira kerana anak yang dlm kandungan selamat saya lahirkan. Sedih plak apabila tak dapat sentuh dan peluk baby saya selepas dilahirkan....nak tahu kenapa, baca cerita saya nie.

Tak dapat dinafikan bawa anak adalah anugerah yang paling indah dalam hidup kita...Pada Saya dengan kehadiran Nur Qaireen Aneesa hidup nie terasa lengkap dan sempurna. Aneesa selamat dilahirkan tepat jam 7.14 pm secara normal. Namun, saya tak dengar langsung tangisan Aneesa. Yang saya nampak hanya susuk tubuh Aneesa dari belakang. Tak sempat nak tengok dan memeluk anak saya buat pertama kalinya. Nurse dah bawa Aneesa dengan laju ke NICU.Dalam keletihan saya sempat gak tanya pada nurse mana anak saya.Ya Allah, berderau darah saya bila nurse bagitahu Aneesa lemas dan kena tahan kat wad NICU. Hilang rasa sakit kerana terkejut dengan berita tu....nurse suruh saya bertenang...

Hanya abah yang dapat tatap wajah Aneesa buat kali pertama. Menyentuh dan mengalunkan iqamah ke telinga Aneesa. Bila saya sedar, saya lihat semua ibu2 ngan baby mereka...tapi sayatidak . Menitik air mata bila ingatkan Aneesa jauh dari Saya. Mesti korang semua dapat bayangkan, anak yang kita lahirkan tak dpat kita sentuh dan kita peluk...dah x larat saya nak nangis....bila la masa saya nak dapat peluk Aneesa. Keesokan harinya baru saya dibenarkan melawat Aneesa. Tapi bila saya sampai saya nampak keadaan Aneesa seperti dalam gambar diatas. Saya rasa sedih sangat, menitik air mata kerana tak sanggup lihat keadaan Aneesa masa tu. Saya ingat bila dapat jumpa Aneesa, saya dapat pangku dan peluk Aneesa masa tu. Tapi saya tak dapat buat macam tu....saya hanya dapat menyentuh dan memberi sebuah ciuman kasih seorang ibu. Saya nampak respon dari Aneesa. Naluri keibuan saya tersentuh bila lihat respon dari Aneesa. Itulah kali pertama saya menyentuh Aneesa selepas 20jam 30 minit Aneesa lahir kedunia. Saya sedih sangat sepanjang malam saya tak mampu lelapkan mata. Di hati saya hanya ingatkan Aneesa saja. Apa yang mampu saya buat hanya berdoa agar Aneesa cepat sembuh....

Harapan saya hanya satu....mahu Aneesa menjadi Anak yang tahu menjaga harga diri, Anak yang solehah, serta mampu menjadi muslimah sejati. Tidak mudah lupa diri...dan tahu jaga adab dalam kehidupan yang semakin maju dan globalisasi.

Nur Qaireen Aneesa,
Satu-satunya Permata Hati dalam pelayaran hidupku,
di saat hati diruntun pilu
tawamu adalah penawarku,
tangismu pengubat rindu
keletah manjamu membahagiakan,

Saat yang tak dapat dilupakan,
betapa disaat itu,
Amat membahagiakan aku,
Kehadiranmu yang dinanti.....
Telah membuatkan air mata hangatku mengalir....

Anakku,
Jadilah PUTERI yang solehah,
yang tahu HARGA DIRi,
sebagai tunggak generasi terkini,
penuh sopan dan tak lupa diri,
dalam dunia globalisasi,
buktikan dirimu,
adalah yang terbaik buat MAMA.


5 comments:

  1. sayu hati membacanyer... nak tahu?.... kita megalami situasi yg hampir sama... :)

    ReplyDelete
  2. haii... ibu hadif dah terjah entry ni
    hadif dulu pon warded nicu

    nyway, gudluck ok..

    ReplyDelete
  3. sedihnyer..tgk pic baby pn da sedih..bce criter lg la sedih..

    ReplyDelete
  4. salam...sedihnya baca coretan mama aneesa nie..i follow u..kita jadik kawan erkk..

    p/s: salam perkenalan..

    ReplyDelete
  5. Mamaaerish, aenareal, ibuhaikal ~ thanks yer sudi kongsi baca citer nie...memang sedih...gambar tu pu tak bleh ambil sebenarnya...puas pujuk kat nurse kat situ....rindu sangat nak peluk anak...gambar tu la teman kita tiap2 malam.....

    Mrs k ~ thanks yer dah terjah......

    ReplyDelete

Thanks for this Comments....Have A Nice Day To All Of You.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...