Thursday, April 22, 2010

Nak try Wat Novel

 Kawan2..rina baru nak try wat novel....rasa2nya boleh ker...kat bawah nie rina ada draft bab 1 utk novel nie...so apa pendapat korang..boleh sambung ker atau tak best...bab nie pun x habis lagi....tapi nak tanya pendapat ramai dulu...mana tau dgn sokongan korang leh dpt ilham...

***********************************************************
bab 1

Sejak akhir-akhir nie dia tak ada selera nak menyentuh makanan.
Qaisara asyik termenung panjang. Perubahan Qaisara menjadi tanda tanya dikalangan teman-temannya. Balqis yang sejak tadi melihat gelagat Qaisara bersuara.
"Sara...aku tenggok kau asyik termenung jer kebelakangan ni."
"Entah la Qis sejak dua tiga hari nie aku rasa tak sedap hati la"
"Tu mesti fikir yang bukan-bukan lagi la pasal Khalish."
Ujar Balqis sambil berlalu ke kaunter pembayaran. Qaisara membontoti Balqis dari belakang tanpa menjawab sepatah pun pertanyaan temannya. Selepas selesai membuat bayaran mereka beiringan pulang ke kolej.
"Petang nie kau ada kelas ker?
"Tak ada…Kenapa?
Saat ini dia malas nak berceloteh panjang dengan sesiapa pun.
Bayangan wajah Khalish dengan seorang gadis sentiasa tebayang di layar matanya.
Mesra sekali layanan Khalish pada gadis itu. Hati Qaisara tiba-tiba memberontak.
Siapa gadis disisi Khalish? Dia bermonolog sendiri.
Puas dia memikirkannya tapi masih belum temui sebarang jawapan.
Patut ker dia terus bertanya dengan Khalish.
Tapi nanti Khalish kata aku mengintip dia pula dan cemburu tak tentu pasal.
Arghhhh!! Kusut kepala otak aku fikirkan hal ini. Qaisara cuba berteka-teki.
Atau aku cuba tanya pendapat Balqis. Tapi aku malu la pula. Kalau tekaan aku salah nanti Balqis kata apa pula kat aku. Apa patut aku buat. Jerit hati Qaisara.

Selesai melipat telekung Balqis menyentuh bahu Qaisara. S
Sejak seminggu ni dia asyik lihat Qaisara termenung je.
Dia ingin bertanya, tapi dia takut dituduh suka jaga tepi kain orang.
Walaupun dia tahu Qaisara adalah teman baiknya.
Tapi itu tidak bermakna dia boleh ambil tahu segala hal peribadi temannya itu.
Pada Balqis biarlah Qaisara bercerita sendiri kepada dia. Tidak sesekali dia melanggar prinsip hidupnya semata-mata mahu mengorek rahsia hati teman baiknya.
"Oh mak kau... Woi terperanjat aku...apa la kau nie Qis..."
"Kau berangan apa Sara, sampai aku panggil berkali-kali pun ko tak dengar."
" Kau panggil aku ker Qis? Maaf la aku tak dengar tadi. Kau nak apa?" " Kalau kau tak ada kelas jom temankan aku main tennis petang nie."
Qaisara senyum meleret pada Balqis penuh pengertian.
"Dah dah.... tak ada senyum-senyum....nak tak nak kau kena ikut aku juga main tennis petang nie."
"Ala Qis...aku malas la...kau ajak la Lia atau Mira temankan kau. Diaorang pun bukan ada kelas petang nie."
Qaisara cuba beralasan. Namun alasannya disambut gelak ketawa oleh Balqis. Akhirnya dia akur dengan desakan Balqis.Dia lupa seketika tentang Khalish. Dia lupa segala persoalan yang sering bermain dibenaknya sejak seminggu yang lepas.
“ Ye la aku temankan kau petang nie…tapi ada syarat tau?”
“ Apa dia syarat yang kau kenakan Sara?”
“ Mmmm………Syarat yang senang jer…apa kata petang nie kau belanja aku minum milo ais.”
“ Belanja minum jer…alahai ditanggung beres “ bidas Balqis sambil menyimpan kain telekung ke tempat asal.

Qaisara berlalu kebilik air untuk mandi dan mengambil air sembahyang.
Dia baru teringgat yang dia belum lagi menunaikan solat Zohor.
Baru dia sedar yang dia dah berangan agak lama. Selesai menunaikan solat, Qaisara berbaring dikatil. Niatnya nak merehatkan badan tapi terlelap pula dia. Sedar-sedar jam dah pukul 5.30 petang.
Balqis dah siap berpakaian, Sementara menunggu Qaisara siap dia capai Novel dia atas meja bersebelahn katilnya.
"Sara...cepatla sikit!"
"Kejap la Qis....aku nak sembahyang Asar dulu. Kau Bagi aku masa 10 minit okay."
" Ye lah...Cepat sikit,"
kelam kabut Qaisara bersiap, kalu boleh diatakmahu Balqis menggu dia agak lama.
" Okay jom kita pergi...bawa keta kaula..aku malas nak drive."
" No problem...jom la...nanti lewat sampai ada orang lain plak dapat dulu."
Sedang asyik Qaisara bermain tiba-tiba dia terpandang kelibat seseorang....susuk tubuh yang amat dia kenali...tersentak jantung Qaisara bila terpandang lelaki itu dengan gadis yang sama dia lihat tempoh hari. Patulah beberapa hari ni Khalsih asyik sibuk.Rupanya sibuk berkepi dengan perempuan lain. Setahu dia, selama ini dia tak pernah ada masalah dengan Khalsih, Tapi kenapa Khalish menipu dia. Tanpa dia sedari, air mata dia mengalir hangat dipipi. Situasi Qaisara dapat dilihat oleh Balqis. Kini baru dia tahu masalah yang menimpa Qaisara.
"Sara kau okey ker?"
"Qis aku okey...kau tak perlu risau."
"Kalau kau nak balik, kita balik sekarang."
" Tak payah la QIs, awal lagi nie...kita teruskan permainan nie"
"Tapi aku tengok kau macam tak bermaya jer.Sara jom la kita balik dulu."
"Tapi aku okey la Qis....aku tak ada apa-apa. Kita balik sat lagi la"
"Kalau kau dah kata macam tu aku tak boleh buat apa la"

7 comments:

  1. Mr Kamikaze: Thanks, akan cuba sedaya upaya...

    ReplyDelete
  2. teruskan usaha anda..

    hohoh'

    dari bilik bacaan dojo klasik
    kaizenshinobi (o.O)y

    http://kai2en.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. wah..nak tulis novel ek..chaiyok2x..

    not bad lah hasil penulisan reena nih..harap dpt disambung hingga ke pengakhiran citer..all the best k..=D

    ReplyDelete
  4. kaizen: thanks for the support :)
    Will do the best story....hope so...

    ReplyDelete
  5. lilly: tula...dah lama minat nak menulis...tp takut x diterima ramai..so sebagai permulaan bg hint skit kat kawan2 mana tau leh menjadi....thanks yer bg support. jd bersemnagat plak bila org suka.....dokan ianya berjaya yer...

    ReplyDelete

Thanks for this Comments....Have A Nice Day To All Of You.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...