Tuesday, May 24, 2011

Besarnya Pengorbanan Ibu dan Bapa Kita....

Wah! lama gila x update story kat sini. Tak ada masa nak jengah sini. buang segala sawang-sawang dekat sini. mesti kawan2 yang ada pun dah lari. Sedihnya... sob sob..sob...

Tahun nie rasa cepat betul masa berlalu. Tak rasa pun masa beredar, sedar2 dah nak masuk bulan 6. wah dah 1/2 tahun kita dalam 2011. Banyak benda yang diimpikan belum tercapai. Betapa ruginya masa berlalu. Nak patah balik..sure tak boleh kan... so terimalah seadanya... 

Rindunya zaman sekolah dulu2....rindunya masa kanak-kanak dulu. Boleh lari sana-sani. Main macam2 permainan. Best sangat..... tak payah nak fikir apa-apa pun. Pasal duit tak payah, hutang apatah lagi. Sentiasa ceria sepanjang hari. Dalam kepala hanya fikir main, main dan main. Alangkah indahnya dunia kanak-kanak. Sentiasa gembira selalu.

Kalaulah masa boleh diundurkan kembali..nak je jadi kanak-kanak selamanya. Apatah lagi bila dah berkeluarga. Macam-macam benda nak difikirkan. Penat! sangat penat. Rupanya inilah yang mak ayah kita rasa masa kita kecil dulu. Kita minta itu ini tanpa perasaan. Tak dapat kita menangis, kita merajuk. Yang penting apa yang kita ingini dituruti. Mesti mak ayah kita susah hati. Asyik fikir macam mana nak cari duit nak besarkan anak-anak. Terlalu berat mereka tanggung. Ya Allah, rasa menyesal pulak sebab dulu suka minta itu ini dengan mak ayah. Rasa kesian pula bila selalu susahkan mak ayah.

Bila dah start ada tanggungjawab baru aku sedar. aku dah banyak susahkan mak ayah. Menyesalnya. Susah rupanya nak cari rezeki nak besarkan anak-anak. Nak nagis lak rasanya. Betapa mulianya pengorbanan ibu bapa kita. besarnya kasih sayang mereka kepada kita. 

Cuba hayati lirik lagu Nasyid nyanyian kumpulan Hijaz nie...

Terima Kasih Ayah dan Ibu

Terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah (2x)
lahirku ke dunia
ku disambut penuh syukur
bisikan azan ke telinga
hikamah kalimah nan luhur
lahirku ke dunia
ku diasuh mengenal Allah
ku diajar sebut namaNya
juga nabi rasul mulia
salam sayang ayah dan ibu
mendidik ku tak pernah jemu
halalkan lah makan minumku
maafkanlah salah silapku
tanpa maaf dan juga restu
hidupku jadi tak menentu
tiada yang lebih bernilai
dari pengorbanan yang suci itu
tak berdaya aku membalasnya
moga ku jadi anak yang bertakwa

Terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah (2x)
Jasamu oh ayah dan ibu
akan ku kenang selamnya
hidup saling berkasih sayang
membina keluarga bahagia

Pada mu Allah aku berdoa
pada Mu jua aku meminta
rahmatilah ibu ayah tercinta
apunilah dosa- dosa mereka
panjang umur, murahkan rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga berbahagia di dunia, di akhirat
beroleh syurga
daku mengharap redha mu ibu
juga redha darimu ayah
hanya itulah yang ku pintu
agar hidupku lebih bermakna
terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah

Sangat mendalam maksud bait-bait lirik nasyid nie....menyentuh perasaan kalau kita hayati. Kasih seorang ibu dan ayah tak dapat dinafikan lagi. Sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak yang dikasihi plus disayangi. Kemahuan anak dituruti tanpa banyak sebab dan sanggup bekerja siang dan malam untuk memberi kehidupan yang terbaik buat anak-anak. Tapi apakah seorang anak sedar akan kesanggupan ibu dan ayah mereka ?? Sedihkan bila kita mendengar cerita-cerita perihal anak-anak yang tidak mengenang jasa orang tua mereka sedangkan sedari kecil orang tua itulah yang membesarkan mereka sehingga mereka menjadi insan yang tersohor dan berguna..

Kata orang, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang hayat. INGATLAH betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. Mereka memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal, makan minum, pendidikan serta penjagaan kita pada setiap masa.

Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ” 
 (Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24)

Allah juga berfirman bermaksud: “Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga dekat, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya.”
(Surah An Nisaa’: Ayat 36)

Ayat di atas menunjukkan bahawa berbakti kepada ibu bapa menduduki peringkat kedua selepas mentauhidkan (mengesakan) Allah dalam beribadah.

Oleh itu menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada Allah kemudian diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.

Andai kelak kita menjadi ibu bapa, tidakkah kita akan kecewa dan bersedih hati apabila anak kita berkata kasar kepada kita – ibu bapa yang membesarkannya. Lalu, apakah kita sampai hati melakukannya terhadap ibu bapa kita saat ini? Merekalah yang selalu berusaha meredakan tangis kita ketika kecil.

Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab. Maka janganlah sekali-kali kita menyakiti hati mereka meskipun kita dalam pihak yang benar. Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih besar dan berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan sebesar manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka, hal itu tidak akan dapat membalas jasanya.

Ingatlah bahawa satu doa mustajab adalah doa daripada seorang anak yang soleh untuk orang tuanya.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” (Hadis Riwayat: Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah pasti mengangkat darjat bagi hamba-Nya yang soleh ke syurga.” Maka ia bertanya: “Ya Allah, bagaimana itu boleh terjadi?’ Allah menjawab: “Berkat istigfar anakmu untukmu.” (Hadis Riwayat: Ahmad)

Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Kelak akan datang kepada kamu sekalian seseorang bernama Uwais bin Amir, anak muda yang belum tumbuh janggutnya, keturunan Yaman dari kabilah Qarn. Pada tubuhnya terkena penyakit kusta, namun penyakit itu sembuh daripadanya kecuali tersisa seukuran wang dirham. Dia mempunyai ibu yang dia sangat berbakti kepadanya. Apabila dia berdoa kepada Allah nescaya dikabulkan, maka jika engkau bertemu dengannya dan memungkinkan minta padanya memohonkan ampun untukmu maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat: Muslim dan Ahmad)


Janganlah berhenti berdoa kerana sesungguhnya doa anak soleh untuk ibu bapanya tidaklah terputus amalannya meskipun mereka sudah meninggal.

Semoga Allah menyelamatkan kita dan keluarga kita daripada api neraka serta mengumpulkan kita dalam jannah-Nya.

~Ya Allah selamatkanlah anakku walau di mana saja dia berada. Engkau permudahkan segala urusannya Ya Allah.  Engkau lindungilah dia  dari segala mala petaka amin…….











No comments:

Post a Comment

Thanks for this Comments....Have A Nice Day To All Of You.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...