Diam tak diam kita dah sampai kepenghujung 2009. Dalam setahun kita kita lalui pelbagai kenangan suka dan duka. Ada yang mampu kita telan ada gak yanng tak mampu kita tangani. Apa2 pun tirai 2009 akan melabuhkan tirai beberapa hari lagi. Semua yang berlaku dalam hidup kita hanya mampu kita kenang. Baik kenagan itu manis atau pahit, semuanya dah berlaku.
Bagi aku, tahun 2009 terlalu banyak kenangan yang tak dapat aku lupakan. Sayang rasanya nak tinggalkan tahun nie. Namun siapa kita untuk undurkan masa. Benar kata pepatah, MASA ITU EMAS. Lihatlah sekarang, diam tak diam kita dah berada di hujung tahun. Sekejap saja masa berlalu. Bila aku kenang ka balik rasa aku banyak bazir masa begitu saja. Rasa rugi sangat. Namun kita takdapat undur kebelakang balik. Nak tak nak kena tempuh juga.
Tahun 2009, detik yang tak dapat aku lupakan bila aku kehilangan serentak ayah saudara dan nenek saudara yang amat aku sayangi pada syawal 2009. Disaat semua orang sedang bergembira, seluruh kaum keluargaku berduka. Pilu sangat aku rasa saat itu. Namun kita perlu terima qada dan qadar tuhan.AKu relakan pemergian mereka. Semoga roh mereka ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.Amin......
Kita juga dikejutkan dengan pelbagai berita sedih luar dan dalam negara. Macam2 insiden berlaku sepanjang tahun nie. Hanya tuhan saja yang tahu betapa tabah kita menghadpinya. Kalau nak disenaraikan memang tak larat, terlalu banyak untuk kita ingatinya. Kes kemalangan ngeri, Kes bunuh, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, letupan gunung berapi di sumatera Indonesia, dan banyak lagi. Sedih bila kita kenangkan balik. Kita banyak kehilangan insan2 yang tak berdosa. Anak2 kcil turut menjadi mangsa keadaan. Ada yang kehilangan tempat tinggal, ada yang kehilangan ibu bapa. Ah!! menitis air mata bila kita imbas balik detik2 cemas itu.
Sesungguhnya kita harus bersyukur. Kita masih lagi bernafas dimuka bumi ini. Kita masih lagi boleh mengingati segala kenangan manis kita. Ya Memang manis untuk kita kenang kembali. Semua orang suka bila imbas semua kenangan manis mereka. Aku pun sama, Sesungguhnya kenagan itu amat bermakna dalam hidupku. Palin manis dalam hidupku dimana, awal tahun 2009 aku sambut dengan cahaya mata pertama ku. kehadiran NUR QAIREEN ANEESA pada 5 DEC 2008 telah memberi sinar baru dalam hidupku. Secara tak langsung aku harungi sepanjang tahun 2009 dengan penuh bahagia dengan gelagat anakku. Selain itu, aku dapat 2 orang anak buah lagi...semua perempuan...comel2 semuanya....so secara tak langsung mak ngan ayah aku bertambah cucu lagi la.....
Tahun 2009 gak aku dapat offer job baru.....So far alhamdulillah...hope rezeki ini berkekalan. Sesunnguhnya hanya Allah yang tahu semua perancangan ini...Aku berdoa agar aku dimurahan rezeki. So korang lak macam mana? mesti korang pun banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Saya yakin semua orang ada kenangan tersendiri. Saya rasa tak perlu la semua saya kongsi kenangan disini. Mungkin ada sesetengah harus saya simpan dihati...bukan apa....mungkin ada yang tak sesuai untuk bacaan umum..so sorry for it.
Bila cakap pasal tahun baru...apa la corak lakaran yang akan kita tempuhi....so whatever yang berlaku..kita kena tempuh dengan sabar...hope tahun 2010 akan memberi seribu sinar buat aku dan keluarga.
mmg byk sgt kenangan dlm tahun ni..pahit manis bersilih ganti..rosma harap yang pahit tu xkan berulang pd thn depan..huhuhu
ReplyDeleteSama la ngan akak rosma...kalu boleh nak buang jauh2....dah tak nak ingat lagi.....
ReplyDeletemoga yang indah2 akan berlaku pada 2010 nanti!Insya Allah
ReplyDelete