Wednesday, January 13, 2010

Buang ayah tepi jalan

Salam Semua..Kali nie hati saya terpanggil bila baca artikel dari akhbar harian metro hari nie.. 13 jan 2010. Kisah anak Buang Ayah ditepi jalan. Sedih sangat bila baca berita nie. baru jer beberapa hari lepas saya baca artikel dari kosmo tentang tindakan nekad seorang ibu atas kedegilan anak perempuannya, kini hati saya tersentuh pula dengan artiel ini. so korang baca artikel nie, tegar sungguh hati anak ini membuang bapanya seperti binatang....ini saya copy paste dari akhbar harian metro...mudah untuk korang semua baca...

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my
________________________________________________________________________________
KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.
“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.

Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya. Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.

***********************************

Betulkan, tak salah kalau saya katakan dia buang ayah dia seperti binatang. Ya ALlah kau jauhkan lah hati ku dari sikap sedemikian...kuatkanlah iman ku agar aku mampu laksanakan tanggungjawab kepada kedua ibu bapaku. Sedih sangat bila baca artikel nie, sanggup dia tinggalkan ayah yang sedang sakit ditepi jalan, tidur pula di pondok bas dalam kesejukan dingin malam tanpa selimut dan bantal.

Ya Allah, manusia jenis apakah ini. Tiada sekelumit rasa simpati dalam dirinya terhadap insan yang pernah bersusah payah bekerja mencari sesuap nasi, serta sanggup meredah lautan mencari rezeki agar anaknya dapat belajar sebagaimana anak2 orang lain...tapi akhirnya ini yang dia dapat di hari tuanya.

Dalam hati saya penuh sumpah seranah terhadap sumi isteri, anak kepada ayah malang ini. Tak ada hati perut langsung, bukan susah untuk berperhatian pada ayah yang sedang uzur. Rasa saya sesibuk mana kita rasanya masa itu mesti ada untuk keluarga. Sudah la semasa ayahnya di hospital tak dijeguknya langsung...ya Allah, butanya hati mereka.....saat ini aku tak mampu nak berkata apa2.....rasa marah bercampur baur....

Aku hanya mampu berdoa agar Allah membuka mata hati manusia2 seperti ini agar sentiasa menghargai segala jasa ibubapa mereka...... Pada rakan2 diluar sana, guna akal fikiran yang waras, sebelum mangambil setiap tindakan. Ingatlah, Seburuk2 mereka.. mereka tetap kedua ibu bapa kita...jadi sebagai anak itu adalah tanggungjawab kita menjaga dan memeberi kasih sayang kepada mereka sebagai mana kita perolehi kita zaman membesar kita. Lihat saja pada anak2 yang tiada ibu bapa...mereka berlumba2 mencari kasih sayang ibu bapa yang tak pernah mereka rasai...tapi kita yang masih ada ibu bapa, senang2 pula membuang mereka dari hidup kita...fikirkan !!!!

9 comments:

  1. arrgghhh! sedih nya!

    menitis air mata bc cerita ni. dunia akhir zaman...insyaAllah kita semua xtergolong dlm golongan spt ini...

    ReplyDelete
  2. semoga jangan la kite ni jadi anak derhaka x kenang jasa ibu bapa.. =)

    ReplyDelete
  3. baca gak citer tu kat paper pagi tadi.memang hampeh punya anak.semata-mata dengar cakap isteri dia pulak tu.apa nak jadi la skang ni.nanti kang bila tuhan bagi balasan kat dunia masa tu la baru nak insaf

    ReplyDelete
  4. Melampau betul anak nyer tu? nak jd si tanggang agaknyer.. patutnyer bile jg la ayahnyer tu bebaik dah la baru kuar hspital.. ishhh!! memg keji & kejam!!

    ReplyDelete
  5. Tu la...memang geram kalu ada anak macam tu....isteri dia pun satu, menjatuhkan maruah kaum hawa jer...memang geram giler...

    ReplyDelete
  6. semoga kite tergolong dikalangan anak2 yang menghargai ibubapa...

    ReplyDelete
  7. Sampainye hati seorang anak buat mcmtu..
    Ya Allah.. kuatkan iman2 kami agar sentiasa menyayangi & kuatkanlah tali ikatan kekeluargaan kami agar kami terpelihara dari sifat yg keji.. aminnnn...

    ReplyDelete

Thanks for this Comments....Have A Nice Day To All Of You.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...