" Sara...aku tenggok kau asyik termenung sahaja kebelakangan ni. Engkau ada masalah ker? "
Balqis cuba merungkai kemusykilan yang berantai dihati.
Qaisara mengacau-ngacau straw di dalam gelas.
"Entah la Qis sejak dua tiga hari nie aku rasa tak sedap hati. Macam-macam bermain di kepala ni.”
Balqis mengerutkan keningnya.
" Kau mesti fikir yang bukan-bukan lagi pasal Khalish. Betul tak?"
Ujar Balqis sambil berlalu ke kaunter pembayaran.
Qaisara membontoti Balqis dari belakang tanpa menjawab sepatah pun pertanyaan temannya. Biarlah dia berdiam diri. Lebih selamat, bisik hatinya.Selepas selesai membuat bayaran mereka beiringan pulang ke kolej. Niat dihati mahu merehatkan badan. Penat seharian berada di dewan kuliah masih terasa. Dalam fikiran masing-masing hanya terbayang katil sahaja. Nyamannya…
Balqis duduk di birai katil Qaisara sambil berbicara.
"Petang nie kau ada kelas ker?” Soalnya minta penjelasan.
"Tak ada…Kenapa, kau ada plan ke petang-petang nie” Qaisara bertanya sambil merebahkan badan di dada katil. Lega….Hilang lengguh-lenguh sendi kaki terasa. Saat ini dia malas hendak berceloteh panjang dengan sesiapa pun. Penat dan tertekan bercampur baur.
Bayangan wajah Khalish bersama seorang gadis, sentiasa terbayang-bayang di layar matanya. Mesra sekali layanan Khalish pada gadis itu. Hati Qaisara tiba-tiba memberontak. Bengang dan kecewa. Walaupun dia masih tidak pasti apakah hubungan sebenar Khalish dengan gadis misteri itu. Siapa gadis disisi Khalish. Apakah hubungan mereka sebenarnya. Dia bermonolog sendirian. Mencari jawapan yang tergantung dibenaknya berberapa hari yang lalu.
Puas dia memikirkannya, tapi masih belum temui sebarang jawapan. Binggung dan buntu. Itulah perasaannya saat itu.Wajarkah dia terus bertanya kepada Khalish. Namun, dia bimbangkan tanggapan Khalish, bimbang di anggap cuba mengintip dan dituduh cemburu tak tentu pasal.
Arghhhh!! Kusut. Bila memikirkan hal ini, hatinya menjadi sebal dan geram. Damia Qaisara cuba berteka-teki dan membuat telahan sendiri. Dia cuba menyedapkan hatinya yang runsing. Atau aku cuba tanyakan pendapat Suraya Balqis. Tapi, aku malu. Segan jikalau tekaan aku salah. Nanti apa pula tanggapan Balqis pada aku. Ya Allah, aku buntu. Sesak terasa jantungku. Apa yang patut aku lakukan….. Jerit hati Qaisara penuh sendu.
Selesai melipat telekung Suraya Balqis ke birai katil Qaisara . Dia menyentuh lembut bahu Qaisara. Sejak seminggu ini dia lihat Damia Qaisara asyik termenung dan mengelamun sendirian. Ingin sekali dia bertanya, mahu menyelami kedukaan sahabatnya itu. Namun, dia takut. Bimbang dituduh suka menjaga tepi kain orang. Walaupun dia tahu Damia Qaisara adalah teman baiknya. Teman rapatnya di kolej itu. Mereka ibarat isi dan kuku. Kemana sahaja mereka pergi, mereka sentiasa bersama. Kebetulan mereka ditempatkan sebilik. Ini juga salah satu faktor mereka teramat mesra. Tapi, itu tidak bermakna dia boleh sewenang-wenangnya cuba mengambil tahu segala hal peribadi temannya itu. Pada Balqis, biarlah Qaisara sendiri bercerita kepadanya. Tidak sesekali dia cuba melanggar prinsip hidupnya semata-mata mahu mengorek rahsia hati teman baiknya. Tidak mungkin dan tidak sesekali terjadi.
Qaisara yang kusyuk berangan, terkejut lalu terjatuh dari katil.
" Oh mak kau!!... Aduss……Sakitnya….woi terperanjat aku...apa la kau nie Qis..." sambil matanya terbeliak besar. Tanda protes.
Balqis ketawa terbahak-bahak.
"Kau berangan apa Sara, sampai aku panggil berkali-kali pun kau tak dengar. Sampai jatuh dari katil." Balqis terus ketawa sambil cuba menganggkat Qaisara yang tergolek ditepi katil.
" Aduh….sakit la Qis…Eh!! Kau panggil aku ker Qis? Sorry sangat-sangat aku tak dengar tadi. Kau nak apa hah?" " sambil menggosok punggungnya yang sakit akibat terjatuh tadi.
Dengan sisa tawa yang belum reda balqis bersuara. “Kalau kau tak ada kelas jom temankan aku main tenis petang nie." Pinta blaqis.
Qaisara tersenyum meleret pada Balqis mengharap pengertian. Senyuman yang penuh maksud tersirat dan tersurat.
Balqis faham maksud temannya itu. Dia nekad juga mengajak Qaisara menemaninya petang itu.
"Dah dah.... tak ada senyum-senyum....nak tak nak kau kena temankan aku main tenis petang nie." Bidas Balqis tegas.
"Ala Qis...aku malas la...kau ajak la Lia atau Mira temankan kau. Diaorang pun bukan ada kelas petang nie." Rayu qaisara dengan lembut. Dia cuba beralasan.
Namun alasannya disambut gelak ketawa oleh Balqis.
Akhirnya dia akur dengan desakan Balqis. Mungkin dengan cara ini dia akan lupa seketika masalahnya dengan Khalish Ikhwan. Lupakan segala persoalan yang sering bermain dibenaknya sejak seminggu yang lepas.
Dengan senyuman nakal Qaisara berkata “ Ye la aku temankan kau petang nie…tapi ada syarat tau?” mata dikenyitkan.
Balqis berlalu ke almari baju. Memilih baju yang bakal dipakai petang nanti.
“ Apa dia syarat yang kau kenakan?” soalnya sambil meletakkan baju di kepala katil.
“ Mmmm………Syarat yang senang jer…apa kata petang nie kau belanja aku minum milo ais.” Bersahaja qaisara mengeluarkan butir bicara.
“ Belanja minum jer…alahai ditanggung beres “ bidas Balqis sambil menyimpan kain telekung ke tempat asal. Dicapainya Novel dia atas meja bersebelahan katilnya. Sementara menunggu petang dia merehatkan diri.
Qaisara mengerling jam di dada dinding. Pukul 3 petang.
“ Ya Allah aku belum solat…” jerit dia dalam hati.
Dia baru teringgat yang dia belum lagi menunaikan solat Zohor. Baru dia sedar yang dia sudah berangan agak lama.Sepantas kilat dia mengambil tuala di birai katil dan terus berlalu kebilik air untuk mandi dan mengambil air sembahyang.
Selesai menunaikan solat, Qaisara berbaring dikatil. Lega. Hilang sengal-sengal badan. Niatnya hanya hendak merehatkan badan tapi terlelap pula dia. Lena sekali. Teralu letih agaknya. Sedar-sedar jam dah pukul 5.30 petang.
Balqis sudah siap berpakaian, Sementara menunggu Qaisara bersiap Balqis menyambung kembali membaca novelnya yang terhenti tadi. Dengan memek muka geram…..dia menjerit.
"Sara...cepatla sikit!" sengaja suaranya dikuatkan.
"Kejap la Qis....aku nak sembahyang Asar dulu. Kau Bagi aku masa 10 minit okay." Pinta Qaisara.
Balqis menyarung kasut sukan ke kakinya.
" Ye lah...Cepat sikit," tali kasut diikat kemas.
Kelam kabut Qaisara bersiap, dia menyambar apa saja didepan mata. Sebolehnya dia tidak mahu Balqis menunggu dia agak lama. Dia hanya mengenakan seluar track suit bersama T-shirt biru berlengan pendek . Ringkas namun dia tetap kelihatan cantik. Sememangnya Qaisara di anugerahkan dengan muka dan bentuk badan yang cantik. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, lantas dia mengajak Balqis pergi.
" Okay jom kita pergi...bawa kereta kau la..aku malas nak drive." Ujar Qaisara.
" No problem...jom la...nanti lewat sampai ada orang lain plak dapat court dulu." Luah Balqis sambil membuka pintu kereta.
Sampai dia kompleks sukan , kelihatan orang sudah ramai. Nasib mereka agak baik kerana masih ada satu lagi court tenis yang kosong.
Sedang asyik Qaisara bermain tiba-tiba dia terpandang kelibat seseorang....susuk tubuh yang amat dia kenali.Dia yakin dia tidak salah orang Memang dia, bisik hatinya.
Tersentak jantung Qaisara bila terpandang lelaki itu bersama gadis yang sama.Ya gadis yang dia lihat seminggu yang lepas. Mesra sekali pasangan itu. Hatinya tiba-tiba memberontak. Kecewa, sedih dan bengang semua ada. Patutlah beberapa hari ini Khalish asyik sibuk bila Qaisara ajak berjumpa. Rupanya sibuk berkepit dengan perempuan lain. Sakitnya hati dia saat itu, seperti dihiris belati tajam apabila melihat kemesraan mereka.
Seingat dia, selama ini dia tiada masalah dengan Khalish, berbalah pun tidak. Bahagia. Semuanya sangat indah. Tapi kenapa Khalish menipu dia. Kenapa perlu ada insan lain ditengah-tengah hubungan mereka.Tanpa dia sedari, air matanya mula mengalir hangat dipipi. Laju. Selaju dengupan jantungnya saat ini.Hangatnya begitu terasa. Betapa kecewa dah luluh hatinya saat itu. Mengapa kasihnya diperduakan oleh Khalish.Mengapa perlu muncul orang ketiga. Qaisara bertambah binggung. Terduduk Qaisara saat itu. Dia tidak mampu untuk mengimbangi dirinya. Dia tenggelam dalam lautan perasaan yang duka. Duka yang tak berpenghujung. Dunianya gelap…..dia tidak sedar apa berlaku seterusnya…….
Situasi Qaisara dapat dilihat oleh Balqis. Kini baru dia tahu masalah yang menimpa Qaisara. Dia turut bersimpati. Dengan pantas dia mendapatkan Qaisara. Nasib badan Qaisara dapat disambut cepat oleh Balqis. Dia merenjis-renjis muka Qaisara dengan air mineral yang dibawanya.
"Sara kau okey ker?" Tanya Balqis penuh risau.
Dalam keadaan separuh sedar Qaisara bersuara.
"Qis aku okey...kau tak perlu risau." Dia cuba meyakinkan Balqis. Walaupun hakikatnya saat itu dia lemah sangat. Hilang terus tenaga yang dia ada.
Sambil memapah Qaisara ke penjuru padang, Balqis menyuarakan pendapatnya.
"Kalau kau nak balik, kita balik sekarang." Tanya balqis.
" Tak payah la Qis, awal lagi nie...kita teruskan permainan nie.” Qaisara cuba meyakinkan Balqis.
" Aku tengok kau macam tak bermaya jer.Sara jom la kita balik dulu." Balqis bersuara cemas minta penjelasan.
"Tapi aku okey la Qis....aku tak ada apa-apa. Kita balik kejap lagi la. Lagipun kita baru jer bermain. Kau jangan la risau yang bukan-bukan.” Qaisara beralasan.
Sebenarnya dia mahu melihat dengan jelas apa hubungan sebenar Khalish dengan gadis itu. Dia mahu saksikan sendiri apa yang dilakukan Khalish bersama gadis itu. Walaupun perit dan terseksa terhadap kemesraan mereka. Tapi dia tetap nekad. Matanya akan menjadi saksi kecurangan Khalish.
Balqis merenung wajah Qaisara. Cuba menyakinkan diri.
"Kalau kau dah kata macam tu, aku ikut saja. Kalu kau rasa nak beredar bagi tau la aku.” Balqis mengalah.
Permainan diteruskan. Sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 6.30 petang. Mereka berkemas-kemas untuk pulang. Semasa di tempat letak kereta, Mereka terserempak dengan Khalish.
Khalish Ikhwan terkejut tatkala melihat Qaisara. Mukanya berubah pucat. Kaget. Antara takut dan malu bercampur baur namun dia cuba berlagak selamba. Pegangan tangan antara dia dan gadis itu terlepas.
Qaisara hanya merenung sepi dan terus berlalu masuk ke dalam kereta. Tidak sedikit pun dia menoleh kearah Khalish. Benci kian bertamu.
Baqis juga sama, dia terus memecut kereta sehingga sampai ke blok mereka. Dibiarnya Qaisara sendirian. Tidak wajar untuk dia mengganggu perasaan sahabatnya. Biarlah Qaisara tenangkan dirinya dahulu.
*****************
Damia Qaisara berasa amat gelisah, sekejap dia berpusing ke kiri, kemudian dia beralih ke kanan pula. Jiwanya tidak tenang. Sayu, pilu bertamu dihati. Bayangan kemesraan Khalish dengan gadis itu sentiasa terbayang di ruang matanya. Sakit sangat!! dia rasa saat ini. Hanya Allah sahaja yang mengetahui kecewa dan sakit yang dia rasakan…..
Apa yang mampu dia lakukan hanya menangis dan terus menangis. Lelehan air mata terasa hangat dipipi. Qaisara berpendapat, lebih berbahaya mengalirkan air mata di dalam hati daripada air mata yang keluar dari mata kita. Air mata yang keluar dari mata kita dapat dihapus, Sementara air mata yang tersembunyi, Akan mengguris luka di dalam hati kita yang bekasnya tidak akan pernah hilang. Jadi, hanya airmata peneman dia ketika lara ini…dengan linangan air mata dia mampu sejukkan hatinya yang panas. Terasa tenteram jiwanya. Walaupun tidak sepenuhnya.Habis bengkak kedua-dua kelopak mata Qaisara. Dia pasrah terhadap dugaan ini. Walaupun hatinya penuh kekecewaan.
“Sara, Jom kita makan. Aku dah bunguskan kau nasi goreng kampung tadi.” Balqis bersuara lembut mematikan lamunan Qaisara.
Qaisara memandang Balqis sambil menggelengkan kepala.
Suraya Balqis geram. Dia cuba memujuk.
“Sara, Kau jangan la macam ni…aku risau sangat nie….dari petang tadi kau tak makan apa-apa, nanti masuk angin pula perut tu…jom makan sikit, nanti sakit kau juga yang susah….”
Bungkusan makanan diletakkan dihadapan Qaisara.
Qaisara sekadar memandang kosong pada bungkusan itu.Dia tiada sedikit selera pun untuk menjamah makanan. Dia tahu Balqis risaukan dirinya.
“Qis, aku kata aku okay, so kau jangan risau yer. Nanti aku lapar aku makan. Terima kasih tolong bungkuskan untuk aku….kau memang kawan yang baik.” Qaisara cuba memujuk.
Hati Balqis perlu dijaga.
“ Okay…janji tau makan nanti.Tak payah la kau nak bodek aku….Aku tak ambil hati pun,” Ujar Balqis sambil ketawa.
Dia cuba menggembirakan hati Qaisara. Dia mahu Damia Qaisara gembira seperti biasa. Dia rasa sunyi bila Qaisara mendiamkan diri.
Dengan senyum tawar, qaisara bersuara.
“ Dah la tu Qis….kau buat la kerja kau..jangan terlalu risaukan aku..aku okay…never mind okay…aku nak berehat sekejap. Letih sangat fikiran aku.” Qaisara mohon pengertian.
Balqis faham maksud qaisara. Dia bingkas bangun dan berlalu pergi ke bilik teman-teman yang lain.
Sambil berlalu sempat lagi dia mengusik Qaisara.
“Amboi, halau nampak……” sambil tersenggih seperti kerang busuk lagaknya.
Bosan di biarkan keseorangan oleh qaisara dia melepakkan dirinya dibilik Lia dan Mira. Lia dan Mira merupakan teman baik Damia Qaisara dan Suraya Balqis. Cuma yang membezakan mereka, Lia dan Mira tinggal sebilik. Walaupun mereka akrab berempat, tetapi Balqis lebih rapat dengan Qaisara.Dengan Qaisara semua cerita dikongsi bersama. Tiada rahsia antara mereka berdua.
“ Qis kenapa dengan Sara..selalu kalau bertandang kesini kau orang mesti berdua. Sekarang kau sorang jer.Kau gaduh dengan sara yer..” Tanya Lia minta penjelasan.
Dia pun hairan dengan perubahan sikap Qaisara sejak dua tiga hari ini. Qaisara tidak seceria selalu. Murung dan memencilkan diri.
Balqis diam. Dia cuba merahsiakan perkara yang terjadi terhadap Qaisara. Bukan niat dia.Tapi itu la sebaik-baiknya. Dia tidak mahu mengkhianati teman baiknya sendiri. Biar Qaisara sendiri yang bercerita kepada teman-teman mereka.
Kening Balqis berkerut. Sampai ke situ pula tanggapan sahabat-sahabatnya.
"Apa la korang nie…mana ada aku gaduh dengan sara. Mungkin dia ada masalah kot.”
Balqis merenung kedua-dua sahabatnya. Timbul rasa kesal kerana dia cuba rahsiakan apa yang berlaku pada Qaisara.
“ Well, tak pe la…kita lupakan pasal sara. Aku ada beli DVD baru…best sangat cerita dia..jom layan nak..” Mira cuba menceriakan suasana. Geram dia melihat teman-teman berkerut kening. Padanya biarlah Qaisara bersendirian. Mungkin dia tidak mahu diganggu buat sementara. Tapi Mira boleh agak, Tentu Qaisara bergaduh dengan teman lelakinya. Cuma dia tidak tahu apa puncanya.
Lia dan Balqis saling ketawa.
"Cerita apa beb” Tanya lia tidak sabar.
Sudah lama dia tidak layan DVD. Rasa seronok pula bila layan ramai-ramai. Omel lia dalam hati.
“ Adnan Sempit…jurujual tu kata best…” terang mira bersungguh, sambil memasang DVD di komputernya.
Adat pelajar Kolej, layan DVD semua pakai komputer. Itu la salah satu hiburan yang mereka ada.TV pula berkongsi ramai. Jadi masalah pula apabila masing-masing berebut melihat siaran yang disiarkan. Namun itulah cara hidup di kolej UUM, semua perlu berkongsi. Secara tidak langsung membuat pelajar rapat sesama sendiri. Qaisara, Balqis, Mira dan Lia, kebetulan di tempatkan dalam blok yang sama. Blok Boston Kolej Eon, semua penghuninya akrab sekali. Setiap kali aktiviti mereka akan bekerjasama. Bahagia mereka ibarat seperti keluarga.
No comments:
Post a Comment
Thanks for this Comments....Have A Nice Day To All Of You.