Monday, May 24, 2010

Bab 2 - Biar Duka Berlalu

Trit….tritt….. bunyi deringan mesej masuk.

Qaisara mengambil telefon bimbit miliknya di atas meja. Wajahnya tiba-tiba berubah muram, melihat sahaja nama pengirim dia sudah hilang minat untuk membaca mesej itu, lalu telefon bimbit dihumban ke katilnya. Balqis yang perasan tingkah laku Qaisara hanya mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak berpuas hati. Geram dengan kedegilan Qaisara. Puas dia minta Qaisara cuba berdepan dengan Khalish. Tapi Qaisara berkeras. Itu la satu-satunya sikap Qaisara yang dia kurang senang.

“ Sara kenapa kau tak baca mesej Khalish ni.” balqis bertanya minta penjelasan.

Qaisara bungkam. Hatinya panas. Mesej itu dibiarkan sepi, dengan muka kerut seribu dia cuba beralasan “ Malas la aku…..aku dah tak berminat nak ambil tahu” ungkapnya.

Semahunya nama Khalish pun tidak mahu didengarnya. Sakit hatinya belum terubat.
Bahu Qaisara ditepuk. Balqis cuba memujuk.

“ Sara, aku rasa lebih baik kalau kau jumpa dia minta penjelasan. Mungkin jiwa kau akan tenang bila tahu keadaan sebenar. Daripada kau menyepikan diri seperti ini..hati kau makin terseksa.” Balqis tidak pernah mengalah. Dia berharap Qaisara akan termakan pujukkannya.

“ Entah la Qis……aku malas nak fikir semua ni, semakin aku fikir semakin sakit hati aku nie. Berat mata kau memandang berat lagi bahu aku memikulnya.” Qaisara patah semangat.

Jiwanya hancur.Hidupnya bagai layang-layang terputus tali. Mudah goyah bila ditiup angin. Mudah benar Khalish beralih arah.

Balqis bertambah geram. Kenapa la degil sangat minah ni. Bisik hatinya. Namum dia tidak berputus asa.

“ Sebab itu la aku suruh kau bersemuka dengan dia. Tanya dia perkara yang sebenarnya. Ini tidak…degil jer bila aku bagi pendapat.” Rajuk balqis.

“ Nak tanya apa lagi…aku nampak dengan mata aku sendiri….bukan aku dengar cakap orang pun. Kalau dulu memang aku tak percaya semua kata-kata kawan kita. Tapi bila aku dah lihat dengan mata aku sendiri tentang kecurangan dia, aku tak mampu nak berdepan dengan dia lagi……..” luah qaisara penuh beremosi.

Memang dia malu. Malu kerana kasihnya dipermainkan. “Okay…..aku tak nak paksa kau..” Balas balqis mengalah.” Kau cuba la fikirkan apa yang aku katakan tadi…” sempat balqis berbisik ketelinga Qaisara sebelum berlalu.

Dia tahu sangat hati Qaisara sangat keras. Bukan mudah untuk melembutkan hati gadis Qaisara. Hampir setahun perkenalan dia dengan Damia Qaisara, dia sudah masak dengan sikap dan perangai Qaisara. Walaupun Qaisara nampak lembut dan ayu tetapi hatinya sukar diramal.Dia masih ingat lagi bagaimana Qaisara dan Khalish mula berkenalan. Mereka berkenalan semasa minggu orentasi ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dulu. Khalish yang mula-mula menghulurkan salam perkenalan dengan memberi nombor telefon miliknya pada Qaisara. Pada mulanya Qaisara agak keberatan untuk menerima salam perkenalan itu, tapi atas desakan dia, Qaisara telah menghubungi khalish buat pertama kali.Rasa kelakar sangat masa tu, bermula detik itu Qaisara semakin rapat dan mesra dengan khalish.Semua rahsia Qaisara dalam tangannya.

Secara kebetulan, Qaisara tidak mempunyai telefon bimbit. Jadi Khalish akan menghubungi Qaisara melaui telefon miliknya. Sehinggalah Qaisara memiliki telefon bimbit sendiri. Memang dia akui dia begitu rapat dengan Qaisara sejak dalam minggu orentasi lagi. Dimana Qaisara berada disitu juga dia ada. Sebab itu dia terlalu sayangkan Qaisara, dia sayangkan persahabatan mereka yang terjalin hampir setahun itu. Sepanjang bersama Qaisara, tidak sedikit pun Qaisara mengeluarkan kata-kata kasar kepadanya. Mungkin sebab itu dia rasa begitu serasi berkawan serta berkongsi masalah dengan Qaisara. Balqis tersenyum bahagia. Indah. Manis sekali kenangan itu.

Lamunan balqis dimatikan oleh panggilan Qaisara.

Balqis hampir jatuh dari katil akibat terkejut dek sergahan Qaisara.

“ Sara, kau nak bagi aku mati ker? Sergah Balqis sambil menjeggilkan mata bundarnya.

“ Yang kau berangan jauh apa hal? Aku panggil sampai nak terkeluar anak tekak, kau tak menyahut langsung. Kau berangan apa? Cerita la kat aku…..oooooo kau dah ada teman lelaki yer….sampai hati tak beritahu aku.” Qaisara bersuara sambil memalingkan muka tanda protes.

Balqis tertawa kecil.

“ Aku mana ada teman lelaki…siapa la yang mahukan aku nie….lain la kau…berderet menunggu.” Nafi Balqis seraya mengusik Qaisara.

Qaisara berdehem.

“ Ye ker…habis apa yang kau menungkan tadi. Siap senyum simpul lagi aku tengok.” Balas Qaisara sambil tersenggih.

Sehari tidak mengusik Balqis, rasa tidak lengkap rutin hariannya.

“ Aku teringatkan zaman kita orentasi dulu. Seronok sangat. Aku terbayang masa kita mula-mula kenal dulu……kelakarkan.” Balqis tersenyum penuh makna.

Qaisara mengangguk.

“Ooooooo, aku ingat kan apa tadi. Ermm memang seronokkan masa tu. Kita selalu bersama sampai abang-abang senior panggil kita kembar tak seiras.” Luah Qaisara sambil beralih tempat kesebelah Balqis.

“ Aku pun sama, kalu boleh aku nak elak dari kenal lelaki bernama Khalish Ikhwan itu. Mungkin aku tak kecewa sampai begini.” Sambung Qaisara sambil memejam rapat matanya. Biar gelap. Sebagaimana gelap hatinya saat ini.

Balqis tersentap. Rasa bersalah menyelubungi hatinya.

“ Sara kau jangan la kata begitu, aku pula yang rasa bersalah sangat. Kalu tak kerana aku yang beria pujuk dan paksa kau menghubungi Khalish, pasti kau tak kecewa macam ni.” Ujar Balqis dengan muka penuh penyesalan.

Tangan Qaisara di capai tanda minta maaf.

Qaisara terpana. Terkilan pula dia kerana membuat Balqis tersentuh hati. Kenapa la aku boleh terlepas cakap sampai kesitu. Bebel qaisara pelahan.

“ Sudah la Qis, aku tak ada niat pun nak mengungkit semua tu. Aku terlepas cakap tadi. Usahlah dikenang benda yang lepas….aku lupa nak bagi tau kau. Bila fikirkan balik nasihat kau tadi, ada lojiknya juga. So, aku dah baca mesej yang Khalish bagi. Dia nak jumpa aku esok, apa pendapat kau?”

Balqis terkejut. Tak sangka berkesan juga nasihatnya selama ini.

“ So apa lagi.. pergi la jumpa. Selesaikan masalah korang secara baik. Sekurang-kurangnya hati kau akan tenang nanti. Sudah la tak lama lagi nak exam. Jangan lepaskan peluang okay.” Bicara balqis sambil mengenyitkan mata.

Qaisara tersenyum malu. Dia berterima kasih kepada Balqis. Kerana Balqis banyak membantunya. Dengan senyum yang tak lekang dibibirnya dari tadi lagi dia bersuara.

"Tapi aku nak kau temankan aku…..boleh la….” Manja sekali dia memohon pertolongan dengan Balqis.

“ What!!!.....Ishhh!!!!….malas la aku terlibat dengan masalah korang berdua…cukup la aku sekadar pendengar dan penasihat yang setia.”

Qaisara mencebik seraya berlalu ke katilnya. Dia memang dah boleh agak jawapan dari Balqis.

Malam itu amat sukar untuk Qaisara melelapkan mata. Macam-macam bermain difikirannya. Sarat. Itulah yang dia rasa.Terasa begitu lambat masa berjalan. Tanpa dia sedar, dia terlelap juga akhirnya.

******************


Pagi itu mereka beriringan ke kafteria berdekatan kolej. Memang sudah menjadi kebiasaan mereka sarapan bersama. Qaisara cuma memesan segelas milo ais dan mee goreng. Selesai makan meraka berpisah ke haluan masing-masing kerana pagi itu mereka berlain jadual. Namun sepanjang di dalam dewan kuliah, Qaisara tidak memberi sedikit tumpuan pun pada penerangan pensyarahnya. Fikirannya terganggu. Yang dia fikirkan adalah pertemuan dia dengan Khalish petang ni. Hati Qaisara berdebar-debar. Dia sudah nekad dengan keputusan yang bakal dia ambil. Dia yakin mungkin dia akan lebih bahagia dan tenang dengan keputusan itu. Tekad Hatinya.

Sedang dia mengelamun, dia sapa suatu suara.

“ Dah lama sara sampai.” Khalish bersuara sambil mengambil tempat disisi Qaisara. Wajah Qaisara direnung dalam. Cantik dan ayu walaupun Qaisara tidak bersolek. Tambahan lagi padanan blaus putih dengan skirt labuh berwana biru menaikkan lagi seri keayuan dan keanggunan Damia Qaisara.

“ Tak ada la, Sara baru jer sampai. Ada apa hal Khal nak jumpa sara.” Hatinya sedikit bergetar.

Wajah Damia Qaisara merona merah. Malu. Lama dia tidak melihat renungan menggoda Khalish. Ya sememangnya renungan itu yang menarik hatinya. Memang tergoda. Rindu yang tak terkata. Terlupa seketika tentang masalah dihatinya.

“ Ermmm…sara sihat? Dah lama Khal tak jumpa sara. Lagipun dua tiga minggu ni Khal sibuk sikit.” Khalis memulakan perbualan. Cuba beralasan sebaik mungkin walaupun dia sedar Qaisara tidak mempercayainya.

Pertemuan mereka di kompleks sukan minggu lepas membuatkan dia nekad berjumpa Qaisara petang ini. Ingin hilangkan segala kekusutan difikirannya selama ini. Geram betul Qaisara dengan alasan yang Khalish berikan. Dasar penipu. Macam mana la aku boleh jatuh hati kat mamat ni. Memang buta la aku ni. Sibuk apa, berkepit dengan perempuan ke sana ke sini ada la. Bisik hatinya penuh geram dan benci. Hatinya ibarat ledakan gunung berapi saat itu. Panas. Tapi dia cuba sabar dan tenangkan dirinya. Qaisara sekadar mendiamkan dirinya.
Khalish binggung. Wajah Qaisara di tatap mesra. melihat Qaisara muram dan tidak semesra selalu. Timbul rasa bersalah dalam dirinya. Tiada sekelumit niat pun mahu melukakan hati Qaisara.

“ Sara….kenapa ni?” soal khalish dengan penuh rasa serba salah.

“ Tak ada apa la Khal. Ermm ada apa Khal nak jumpa Sara ni. Selalunya kalau tak ada benda penting memang khal susah nak jumpa sara kan…” sinis dan tegas sekali kata-kata Qaisara tanpa sebutir senyum dibibirnya.

Khalish membetulkan posisi duduknya. Getar. Namun dia cuba berlagak tenang.

“ Khal ada benda nak bincang dengan sara. Tentang hubungan kita.” Khalish memulakan bicara.

Damia Qaisara hanya mencebik.

Khalish makin tidak selesa.

“ Sara, dah sampai masanya kita kena fikirkan tentang hubungan kita. Khal tak mahu berselindung lagi dengan sara.” Ada sedikit getar dihujung suaranya. Bimbang.

“ Apa maksud Khal. Sara tak faham. Sebelum nie kita bukan ada masalah pun. Semua ni Khal yang mulakan dulu.” Qaisara sedikit beremosi. Tapi masih terkawal.

Khalish menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Bingung, dia tidak tahu mahu mulakan dari mana. Tak terluah pula pada petang itu. Tapi semua ini perlu di selesaikan denga segera.

“ Khal tahu salah Khal, sebab itu Khal nak berterus terang dengan Sara. Sebenarnya……..” lidahnya kelu. Sukar pula dia meneruskan bicara.

Qaisara bengang. Dia cuba merenggangkan dirinya dari Khalish. Kini mereka dudukk bertentangan.

“ Khal….’ Sergah qaisara beremosi.

Khalish terpempan, tak sampai hati untuk dia melukakan hati gadis Qaisara. Padanya Damia Qaisara terlalu baik, namun cintanya bukan untuk Qaisara. Memang pada mulanya dia amat menyukai Qaisara. Hatinya terpaut sejak pertama kali dia terpandang Qaisara semasa hari pendaftaran di kolej kediaman mereka. Sepanjang minggu orentasi dia cuba mengambil kesempatan untuk mendekati gadis itu. Tetapi selepas setahun hubungan mereka, semakin hari sayangnya pada Qaisara semakin menipis.

Bukan niat dia untuk mempermainkan hati Qaisara. Tapi dia tak mampu lagi hendak lari dari kenyataan hati dan perasaannya. Kalau ikutkan malu, dia lagi malu. Mana tidaknya satu Kolej tahu tentang hubungan dia dengan Qaisara. Kemana sahaja dia pergi sentiasa bertemankan Qaisara, cuma kebelakangan ini hati nya lebih tenteram bila bersama Nadia Syafika. Gadis yang dia kenal semasa kelas Statisk Gunaan. Digandingkan pula dalam membuat tugasan bersama, membuatkan khalish semakin serasi dengan Nadia Syafika. Kehadiran Nadia Syafika dalam hidupnya secara tiba-tiba, membuatkan hati lelakinya gelisah dan tidak tenteram. Saban malam Khalish tak boleh tidur lena memikirkan masalah yang dia cipta sendiri.

Qaisara hilang sabar dengan reaksi Khalish. Lantas bahu khalish ditolak kasar.

“ Aduh!!!.......kenapa Sara pukul Khal” ujar khalis sambil mengeurut bahunya yang sedikit sengal.

“ Yang Khal mengelamun jauh tu pasal apa. Dah la cakap tergantung. Cepat la, Kalau khal tak mahu cakap biar sara yang cakap dulu.”

Dia sudah boleh agak apa yang bakal diperkatakan oleh Khalish. Dan dia yakin keputusannya juga sama dengan keputusan yang bakal khalish perkatakan. Dan kini dia sudah pasrah. Apa sahaja yang berlaku dia terpaksa teima…hatinya berbisik sendu. Dengan penuh hati-hati khalish bersuara.

“ Okaylah, Khal sebenarnya nak berterus terang dengan Sara yang Khal rasa cukup la hubungan kita sekadar kawan biasa je buat masa nie…..”

Khalis meraup mukanya. Rasa bersalah terus menyelubung hatinya. Dia cuba meraih tangan Qaisara dan menggengam erat.

Qaisara terkejut.Terkesima Qaisara mendengarnya. Tangannya ditarik laju dari gengaman khalish. Kelu dan kaku tubuh tatkala mendengar keputusan Khalish.Ternyata telahan dia selama ini tepat sekali. Qaisara tidak terkejut langsung dengan pernyataan itu. Sememang dia sudah agak semuanya akan berakhir begini. Dia cuba menahan air mata dari gugur di dipipi. Dia tidak mahu nampak lemah di mata Khalish. Biarlah dia yang menaggung kesedihan sendirian. Harapan dan impiannya sudah musnah.

“ Sampai hati Khal buat sara macam nie…..apa salah Sara. Kalau itu la yang Khal inginkan lebih kita tak payah jumpa lagi sampai bila. Sara benci Khal…Benci!!! Anggap la Sara dah mati dalam hidup Khal. Ambil semula semua hadiah-hadiah khal yang Khal bagi pada Sara. Sara tak mampu nak menyimpannya lagi. Kalau Khai tak mahu buangkan saja.” Terkeluar juga kata-kata dari bibir halus Qaisara penuh sebak.

Padanya mencintai Khalish satu kebahagian dalam hidupnya…tapi sebaliknya kesegsaraan yang dia dapat. Satu kesilapan besar dalam hidupnya. Khalish tertunduk bisu.cuba mencari kekuatan semula.

“ Sara, Khal minta maaf” rayunya.

Wajah Qaisara direnung sayu. Sugul. Ternyata Gadis itu sangat tabah dimatanya.

Qiasara tidak mampu mengawal emosinya.Sinis dan tegas dia bersuara.

“ Maaf!!!, mudahnya Khal melafazkan kata maaf. Setelah kasih yang sara bagi Khal campakkan begitu saja. Kalau dari dulu Sara dengar nasihat kawan-kawan, mesti sara tak sakit hati macam nie. Mesti sara tidak kecewa begini.Selama nie Sara cuba tak mempercayai kata-kata orang. Rupa sara tersilap. Sara tersilap menilai Khal sebenarnya. Sara marah-marah pun tak guna. Herm… Sara sedar, cinta tidak boleh dipaksa. Sara doakan Khal Bahagia dengannya.” Bergetar dihujung suara Qaisara kerana menahan amarah yang membara.

Lantas langkah kaki di ayun laju. Qaisara sedikit pun tidak menoleh kebelakang. Laju dan semakin laju dia berjalan. Air mata yang cuba ditahannya gugur juga ke pipi…Hangat seperti mana panasnya hati Qaisara. Bengang….usah dikata. Hanya mampu dia lakukan berlari dan terus berlari. Dia tercari-cari dimana Balqis berada. Hanya balqis tempat dia mengadu dan meluahkan perasaan yang berserabut.

Sampai dibilik dia terus menangis semahu-mahunya. Hampir bengkak biji matanya.

Suraya Balqis terkejut. Merona merah mukanya menahan marah. Nasib dia cepat sampai. begitu sekali tindakan Qaisara. Panadol sepapan dan air coca-cola diambil dari tangan Qaisara.

“ Sara!! Apa kau buat nie…kau tak sayang nyawa kau ker?” herdik Balqis sambil menarik tangan Qaisara. Dirangkul kemas dalam pelukannya.

Qaisara terkejut. Botol air coke terpelanting.

“ Lepaskan aku Qis…biar aku mati…” luah Qaisara penuh geram dan marah.

Emosinya sungguh tidak stabil. Dia merenung Balqis penuh sendu. Mohon simpati dari sahabatnya. Akhirnya pelukan Balqis dibalas. Terasa tenang sebentar.

Balqis cuba memujuk. Qaisara perlu ditenangkan.

“ Sara, cuba ingat Allah, istighfar banyak-banyak…..jangan diikut perasaan marah kau. Kau ingat dengan cara begini hati kau akan tenang.” marah Balqis atas tindakan bodoh Qaisara.

Kalu ikut hatinya mahu dilempang pipi Qaisara. Tapi dia sedar.Bekeras bukan satu tindakan bijak. Bimbang. Memang dia bimbangkan Qaisara. Tindakan bodoh Qaisara membuatkan dia takut meninggalkan Qaisara seorang diri.

Sememangnya Qaisara sudah mati akal. Berserabut, dia buntu untuk fikirkan segalanya. Cuma yang dia tahu dia kesal sangat. Sayangnya pada khalish terlalu dalam. Hanya dia sahaja yang mengerti seluruh persaan yang dia rasai saat ini. Mungkin ia adalah cinta pertama Qaisara. Menyesal sungguh dia memberi cinta pada Khalish. Dalam keadaan tertekan dia cuba menahan. Dia redha kerana Khalish kini bukan miliknya. Khalish kini milik orang. Dia terpaksa melupakan Khalish walaupun dihati penuh cinta dan sayang.

“ Sudah la Sara…..dah lewat malam nie…tengok dah pukul 2.30pagi ni….hari hendak hujan pula tu, buat apa kau berembun kat tengah padang nie.Kau tak malu ker orang semua tengok kita nie. Jom la…kita balik kebilik.” Balqis cuba memujuk sambil menarik tangan Qaisara.

Qaisara mengeraskan diri. Puas ditarik dan dipujuk…akhirnya dia akur juga.

Qaisara terus merangkul bahu Balqis . Balqis dipeluk erat…Qaisara menangis tersedu –sedan dalam pelukan Balqis..

Balqis cuba menenangkan Qaisara. Hanya itu yang dia mampu lakukan. Air mata Balqis juga hangat mengalir. Pilu pabila melihat keadaan Qaisara. Dia tahu betapa sayang dan cinta Qaisara pada Khalish. Timbul perasaan marah yang membara terhadap Khalish dihati Balqis. Dia Berazam suatu hari nanti dia akan balas dendam balik atsa apa yang Khalish lakukan terhadap sahabat baiknya itu.

Dengan sedikit kekuatan dia cuba bercerita pada Balqis. Hembusan nafas yang pelahan dia memulakan bicara.

“Qis, aku dah putus dengan Khal….dia yang putuskan hubungan kami. Dia kata dia lebih cintakan gadis itu. Khalish benar mengguris hati aku. Aku tak mampu nak hadapi semua ni Qis..aku lemah sangat. Aku terlalu sayangkan dia.” Luah Qaisara penuh sendu.

“ Aku dah tahu Sara. Khal call aku tadi.Tapi kau jangan la macam nie..Sara, cuba kau pandang muka aku….kau kena kuat semangat. Jangan kerana perkara kecil nie kau nak sakitkan diri kau. Dia pula berseronok dengan kekasih baru dia. Sepatutnya kau kena bangun…buktikan pada khalish yang kau lebih baik dari apa yang dia fikirkan.” Balqis cuba memberi semangat.

“Qis, aku malu pada kawan-kawan kita, aku malu pada diri aku sendiri, aku sanggup marah kawan-kawan bila mereka mengadu khalish curang….aku malu Qis…aku malu!!!…..” Qaisara tak mampu membendung rasa hatinya lagi.

“ Sudah la sara…semakin kau layan perasaan kau…semakin kau jauh tertekan….” Balqis tidak henti-henti memujuk. Bimbang Qaisara bertindak jauh. Dia takut kehilangan sahabatnya itu. Ternyata Balqis memang sahabat setia.

“ Jom masuk bilik….rehat..jangan buat perkara yang bukan-bukan. Kesian mak ngan ayah kau kat kampung.” Balqis bersuara sambil memapah Qaisara masuk kebilik mereka.

Qaisara akur dengan desakan Balqis. Sekurang-kurang hatinya terasa lega selepas meluahkan segalanya pada Balqis. Balqis memang seorang sahabat yang baik. Dia suka berkawan dengan Balqis kerana mereka mempunyai banyak persamaan. Malam itu dia cuba tidur tanpa bayangan Khalish. Dia akan cuba belajar melupakan Khalish. Dalam Hatinya kini tiada lagi cinta untuk insan bernama lelaki. Cukuplah hatinya di sakit dan dilempar sesuka hati. Dia tidak mahu dirinya dipermainkan lagi. Sakit hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu. Sepanjang hidupnya hari ini dia terasa sangat sepi. Hari yang akan menjadi kenangan daam hidupnya. Diambilnya diari miliknya di bawah bantal lantas dicatat sesuatu….

“ Hargai apabila berdua….Sayangi Apabila bersama…
Maafkan Apabila terluka…Rindui apabila berjauhan….
Fahamilah apabila berperasangka…Ingati saban Ketika…
kerana Allah kasih tercipta….”
Kini dia cuba pasrah atas ketentuan takdir…dia menyelak helaian demi helaian diari kesayangannya…dia pandang catatannya dua hari sebelum bejumpa Khalish…

“ Ya Allah…Andai aku masih diberi kesempatan…Izinkan aku terus menyintainya. Namun, andai aku tiada jodoh dengannya….biarkanlah cinta ini hidup sekali sahaja……”

No comments:

Post a Comment

Thanks for this Comments....Have A Nice Day To All Of You.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...