Tuesday, June 29, 2010

Family day di Langkawi Part 1

Seronok sangat berada di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Rasa hilang semua stress waktu kerja. Namun kelasakan Aneesa membuat diri terlalu letih untuk memulakan pekerjaan seperti biasa. Aneesa terlalu aktif masa di sana...habis semua tempat dia nak teroka. Kalau berjalan tak apa la juga,,ini tidak asyik berlari jer...dah la mama dia semakin montel sekarang nie. habis stamina asyik kejar dia jer...maklumlah sekarang nie banyak kes hilang anak...takutnya....

Banyak gile PIC yang aku rakamkan semasa  bercuti di sana. Mungkin tak ter upload kat blog ini...tapi untuk tidak menghampakan kawan2, aku upload yang mana terdaya. yang lain boleh tgk kat F. Nie gambar2 masa first nak ke langkawi sehingga menunggu masa nak check in hotel layan la gelagat si comel Aneesa.....

ok layan Pic ye kawan2....


Friday, June 18, 2010

Marah : Perkembangan Kanak-kanak Kawal Diri

KANAK-KANAK tidak mampu menahan pergolakan emosi. Oleh itu, apabila dia marah, kecewa atau putus asa, dia akan meluahkannya dengan menangis, menjerit atau menghentak-hentak kaki.
Sebenarnya apa yang dilakukan kanak-kanak itu adalah sebahagian daripada perkembangannya untuk mengawal diri sendiri. Malah, mereka akan bersikap marah-marah (tantrums) ketika berusia antara setahun hingga tiga tahun, tetapi menjelang usia empat tahun, sikap mereka yang suka marah dan meradang akan berhenti dengan sendirinya.

Menurut Akademi Pediatrik Amerika, kanak-kanak dalam usia setahun hingga tiga tahun sebenarnya sibuk mempelajari pelbagai perkara mengenai dunianya. Dia juga sangat bersemangat untuk mengawal semua perkara.

Dia mahu berdikari dan melakukan semua perkara sendiri.

Dia juga ingin membuat pilihan sendiri dalam apa juga perkara dan mudah meradang
apabila ibu bapa menghalangnya. Sikapnya yang suka marah-marah itu mungkin satu daripada pelajaran yang susah untuk dipelajarinya.

Mengapa kanak-kanak mudah marah dan meradang?

Dia keliru kerana tidak memahami sepenuhnya apa yang diminta atau dikatakan ibu bapa.

Dia mungkin kecewa orang lain tidak memahami apa yang dikatakannya.


Dia mungkin tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan dan keperluannya.

Selepas usianya tiga tahun, kebanyakan kanak-kanak boleh bercakap dengan betul.
Ini memudahkannya meluahkan apa yang dirasa.
Secara automatik, sikapnya yang suka marah-marah hilang begitu saja.
Bagaimanapun, kanak-kanak yang tidak berupaya bertutur dengan baik
masih suka meluahkan apa yang dirasanya.
Justeru, sikap yang suka marah akan berterusan.

Anak anda mungkin belum belajar menyelesaikan masalahnya sendiri dan mudah putus asa.
Mungkin dia mengalami kesakitan atau masalah fizikal lain yang menghalangnya meluahkan apa yang dia rasa.

Dia mungkin lapar, tetapi tidak mengetahuinya.
Dia mungkin letih dan tidak cukup tidur.
Dia mungkin rasa gelisah dan tidak selesa.
Dia mungkin berasa tertekan dengan perubahan di dalam atau persekitaran rumah.
Anak mungkin cemburu dengan adik beradik dan mahu lebih perhatian.
Dia mungkin tidak boleh melakukan apa yang dia impikan.

Bagaimana mencegah sikap marah anak?

Anda mungkin terkejut jika anak anda hanya akan bersikap marah-marah di hadapan anda saja. Dia sebenarnya menguji peraturan dan had yang anda gariskan untuknya.

Kanak-kanak akan lebih selamat bersikap demikian di hadapan orang yang dipercayainya.

Justeru, anda mungkin sukar mencegah sikapnya yang suka marah-marah tidak menentu itu, tetapi ada beberapa cadangan yang dapat membantu anda iaitu:

Galakkan anak menggunakan perkataan untuk memberitahu apa yang dia rasa.
Misalnya, ‘mama, abang marah’ atau ‘ibu, kakak marah’.

Cuba fahami perasaannya dan cadangkan perkataan lain yang menggambarkan perasaannya ketika itu.

Buat peraturan dan had yang munasabah.

Jangan berharap anak kecil akan menjadi sempurna.

Beritahu dia mengapa peraturan itu dibuat dan jangan mengubahnya sesuka hati.

Pastikan setiap perkara rutin berjalan dengan lancar dan anak akan tahu apa yang dia jangkakan.

Elak situasi yang boleh mengecewakan anak.

Elak menziarah atau membeli belah dalam masa yang panjang.

Dia mungkin marah kerana tidak boleh melakukan apa yang dia suka misalnya bermain atau membaca buku kesukaannya. Untuk perjalanan jauh, bawa patung atau buku kegemarannya.
Berhati-hati menyebut tidak.

Apabila anak mengatakan tidak untuk semua permintaannya, ia amat mengecewakan.
Oleh itu, dengar dengan baik apa yang dia mahu.

Jika permintaannya munasabah, tidak salah mengatakan boleh, tetapi jika ia membabitkan keselamatannya, jangan mengatakan boleh hanya untuk mengelak dia marah.

Biar anak membuat pilihan.
Contohnya jika dia malas mandi beritahu dengan jelas mengapa dia perlu mandi.
Jika anda biasa bertanya padanya, abang hendak mandi tak?
Cuba katakan begini, bangun pagi abang perlu mandi.
Abang hendak berjalan ke bilik mandi atau mama dukung abang?,”
Apa yang perlu anda buat jika anak marah-marah?
Cuba alihkan perhatiannya, misalnya membuat jenaka.

Bertenang dan jangan turut sama naik angin.Bila dia marah, anda perlu berdiri berdekatan dengannya atau pegang dia tanpa bercakap sepatah pun hingga dia diam. Kalau anda tidak boleh bertenang, jauhkan diri darinya.

Bagaimanapun, kalau anak mula menendang atau menyepak anda, membaling barang, menjerit dan menangis dengan kuat dan berpanjangan, jauhkan dia dari punca kemarahannya. Beri dia masa untuk bertenang.

Bagi kanak-kanak yang sudah berusia lebih tiga tahun, dia akan tahu dengan sendirinya untuk bertenang. Kanak-kanak pada usia ini juga mudah diajak berbual dan berbincang mengapa dia tidak boleh menjerit-jerit dan marah dengan cara begitu.

Bagi kanak-kanak lebih kecil, tinggalkan dia jika anda tidak boleh bersabar. Dalam tempoh seminit dua, jengoklah semula kerana kadangkala akan tertidur atau berhenti menangis apabila tiada siapa sudi melayannya.

Jangan marah dia kerana dia akan memendam rasa marah dan kecewa dengan tindakan anda.

Suami wajar bantu urusan rumah tangga

Ketua keluarga perlu kikis sikap ego, ringankan tugas isteri demi keharmonian keluarga

ALAM rumah tangga tidak boleh dianggap remeh oleh setiap pasangan. Mungkin sebelum berkahwin, setiap individu hanya memikirkan tanggungjawab pada diri sendiri, namun senario itu secara automatik akan berubah selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Bagi menjamin keharmonian rumah tangga, sikap saling bantu membantu amat dituntut pada setiap pasangan tidak kira sama ada mereka baru mendirikan rumah tangga atau yang sudah lama menjalani kehidupan bersama.


Mungkin dianggap remeh apabila dikatakan bahawa ada segelintir suami yang menyerahkan semua urusan rumah tangga kepada isteri termasuk menjaga anak, namun senario itulah yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Malah, ada lelaki yang tidak pernah menguruskan hal anak seperti menukar lampin bayi, memandikan dan memberikan makan kepada si kecil.
Pensyarah Pusat Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Noor Awang Hamad, berkata sebagai suami yang baik mereka wajib menolong isteri dalam melancarkan perjalanan urusan rumah tangga.

“Hal itu bukanlah perkara baru bagi pasangan suami isteri kerana Nabi Muhammad sendiri membantu isteri Baginda dalam hal ehwal rumah tangga dan anak. Sebagai orang Islam kita harus mencontohi Baginda sebagai model suami sepanjang zaman bagi memastikan mahligai yang dibina bahagia dan berkekalan.

“Dalam hadis nabi ada menyebut ‘Aku adalah sebaik-baik suami yang berbuat baik kepada ahli keluargaku dan contohilah aku’ dan setiap suami harus mengambil pengertian hadis itu sebagai panduan dalam mengemudi perjalanan mahligai yang dibina,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Rasulullah sentiasa sibuk menjalankan tugas sebagai Rasul, Imam Ummah, pemimpin negara, ketua hakim dan panglima agung angkatan bersenjata, Baginda masih dapat meluangkan masanya membantu kerja rumah isterinya seperti menjahit pakaian dan membaiki kasut.

“Sebaliknya yang terjadi sekarang ini, ada juga mentaliti segelintir suami menganggap selepas berkahwin, urusan rumah tangga dan anak adalah tanggungjawab isteri sepenuhnya kerana menganggap tugas suami sebagai ketua keluarga tidak perlu melakukan kerja berkenaan.
“Pemikiran sebeginilah yang harus dikikis bagi setiap lelaki sama ada yang sudah berkahwin atau bakal mendirikan rumah tangga,” katanya.

Beliau berkata, sebagai ketua keluarga, suami harus menjadi pemimpin dan pelindung kepada isteri dan anak bukannya menjadi pemimpin yang hanya tahu memberi arahan semata-mata.
Katanya, bukan alasan suami tidak boleh membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutama menjaga anak kecil kerana pada masa ini ada agensi tertentu yang menawarkan latihan kepada ibu bapa untuk menjaga anak terutama bayi.

“Tambahan pula sekarang ini ramai pasangan yang kedua-duanya bekerja dan tidak salah sekiranya masing-masing membantu dalam menguruskan anak. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, katanya.

Beliau berkata, lazimnya tiada persefahaman dalam rumah tangga yang akhirnya menimbulkan perceraian berlaku kerana pasangan tidak memahami maksud perkahwinan itu sendiri, iaitu percantuman dua insan berlainan latar belakang yang memerlukan pemahaman yang cukup jelas mengenai tanggungjawab suami dan isteri.

Katanya, suami boleh dianggap zalim apabila duduk bersenang-lenang sedangkan isteri dibiar melakukan kerja rumah tanpa henti dan sentiasa dikelilingi anak-anak. Perlu diingat setiap bantuan yang dihulurkan suami amat dihargai oleh isteri dan itu menjadikan isteri lebih menghormati suami.
“Walaupun kita tahu lelaki sememangnya mempunyai ego yang tinggi tetapi dalam rumah tangga sikap ego itu perlu dikurangkan dengan membantu isteri menguruskan anak dan keluarga. Tidak salah sekiranya suami menukar lampin atau membuat susu untuk anak kerana itu dapat mengeratkan hubungan kasih sayang antara suami isteri,” katanya.

Begitupun, katanya, jika suami enggan membantu menguruskan rumah tangga, isteri haruslah bijak untuk memainkan peranan dengan menegur sikap suami dengan cara baik dan lembut.
Tindakan itu bertepatan dengan peranan isteri sebagai penasihat dalam rumah tangga yang dapat memastikan keharmonian keluarga.


“Sekiranya isteri ingin menegur suami, mereka haruslah memilih waktu dan masa yang sesuai seperti ketika hendak tidur atau waktu istirehat pada waktu petang kerana pada waktu itulah suami biasanya berfikiran tenang dan terbuka”, katanya.

Selain itu, isteri perlu bijak menggunakan pendekatan psikologi dalam menegur sikap suami. Andainya suami menolong isteri dalam melakukan urusan rumah tangga dan anak, ucapan terima kasih perlu sentiasa meniti di bibir isteri supaya si suami berasa dirinya dihargai.

“Sikap tolak ansur, persefahaman dan saling mempercayai antara pasangan harus ada bagi mengelakkan pergolakan rumah tangga berlaku. Tolong menolong adalah jalan yang paling mudah untuk mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri,” katanya.

INFO
Panduan menjadi suami penyayang




  • Sentiasa menjadi teman setia isteri pada waktu suka dan duka.




  • Pendengar setia dalam apa jua masalah isteri dan anak.




  • Menjadi penghibur dalam rumah tangga.




  • Membantu dalam urusan rumah tangga dan anak.





  • Menghormati isteri.



  • Menerima baik buruk sikap isteri.




  • Penyabar.




  • Sumber dari :  aferiza

    Ibu dan Isteri Mithali...

    Oleh: Dr. Fadzilah Kamsah

    Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati?


    Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :
    1. Berdoa memohon keredhaan Allah
    2. Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
    3. Membersihkan hati dan pemikiran
    4. Membina kebahagiaan secara proaktif
    5. Mendidik diri sendiri
    6. Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
    7. Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
    8. Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.
    9. Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
    10. Pembangunan fizikal dan kesihatan
    11. Muhasabah diri
    Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, anda patut bangga, namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.

    Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :-
    1. Positif Terhadap Perubahan
    2. Positif Terhadap Diri Sendiri
    3. Positif Terhadap Kepimpinan
    4. Positif Terhadap Masalah
    5. Positif Terhadap Orang Lain
    6. Positif Terhadap Keadaan Emosi
    7. Positif Terhadap Idea Kreatif
    8. Positif Terhadap Membuat Keputusan
    9. Positif Terhadap Qada Dan Qadar
    Antara petua untuk menjadi ibu mithali :
    1. Analisis diri daripada pandangan anak
    2. Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
    3. Bercakap benar
    4. Kotakan kata-kata
    5. Didik anak mengenai kemahiran sosial
    6. Gunakan masa jitu untuk mengajar
    7. Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
    8. Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
    9. Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
    10. Melatih anak berfikir
    11. Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
    12. Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
    13. Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
    14. Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
    15. Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
    16. Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.
    Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah :
    1. Pendidik keluarga
    2. Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
    3. Penasihat
    4. Doktor dan jururawat
    5. Mendisiplinkan anak-anak
    6. Kawan atau sahabat
    7. Penyelesai masalah
    8. Merangsang perkembangan mental anak-anak
    9. Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
    10. Model pada anak-anak
    11. Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
    12. Mengawal ekonomi rumah tangga
    13. Menjaga harta suami dan keluarga
    Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu :-
    1. Ibu menyerlahkan keunikan sendiri
    2. Tidak berebut kuasa dengan anak-anak
    3. Memahami teknik memuji dan mengkritik anak
    4. Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak
    5. Mendidik anak berdikari
    6. Mempunyai nilai diri tinggi
    7. Bersedia meminta maaf daripada anak-anak
    8. Bertindak secara jamaah
    9. Mengorbankan kepentingan peribadi
    10. Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan
    11. Meneroka dan merangsang potensi anak
    12. Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
    13. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.
    Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi “ibu mithali, isteri sejati”.

    Penulis adalah pakar motivasi bebas.

    Wednesday, June 16, 2010

    KESILAPAN WANITA TENTANG AURAT

    Hari ini kita berkongsi tentang kesilapan wanita tentang aurat. Sumber dari Berita Harian.

    Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

    KESALAHAN PERTAMA :
    Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

    KESALAHAN KEDUA :
    Bertudung tetapi berT-Shirt berlengan pendek.

    KESALAHAN KETIGA :
    Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

    KESALAHAN KEEMPAT :
    Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah menggoda.

    KESALAHAN KELIMA :
    Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

    KESALAHAN KEENAM :
    Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

    KESALAHAN KETUJUH :
    Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

    KESALAHAN KELAPAN :
    Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR. (an-Nur: 31)

    KESALAHAN KESEMBILAN :
    Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

    KESALAHAN KESEPULUH :
    Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja dia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

    Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit. (al-Ahzab: 32)
    Pakailah tudung mengikut syariat sebenar

    Sekian, semoga saya dan kita semua dapat beringat dan amalkan apa yang kita tahu.

    Tuesday, June 8, 2010

    Sunyi

    Hari nie mood nak kerja macam kureng skit....rasa malas sangat. Idea nak menulis pun tak ada. Rasa nak berehat jer sepanjang hari. Namun semua tu tak mungkin terlaksana kerana kena ngadap muka gak kat opis...huhuhu....

    Dalam kol 2.00pm tadi abang call kata kena Outstation ke JB...so alamatya malam nie tinggal berdua lagi la ngan si Aneesa...malam nie tak tau nak wat apa....layan TV la ngan Aneesa. Sambil2 tu layan asi nakal Aneesa yang semakin hari semakin becok mulutnya...tapi maaf la sayang mama tak faham bahasa jermen Aneesa...susah sangat...hehehe ....

    Weekend hari tu balik kampung...so baju segunung belum berlipat. Bila malas menyerang semua kerja tak menjadi. Macam mana la nak bagi mood rajin nie datang. Huhu.....tolong!!! tolong!!!!
    Mak lang Aneesa masih lagi dikampung...bestnya dia cuti seminggu.

    Esok Aneesa kena pergi klinik. Kalu dia sihat kemungkinan kena cucuk untuk umur satu tahun setengah. Kesian dia,..mesti sakit. Semoga Aneesa tak deman bila kena suntik esok. So maknanya rina kena masuk lambat la sebab ke klinik dulu awal pagi. Biasala klinik kerajaan..dah sah-sah ramai orang nak kena beratur. Nasib badan....harap-harap semua urusan cepat la...dah la sedih esok kena bawa Aneesa sendiri..abah dia tak ada...pergi johor....alahai....jenuh la mama nak layan kelasakan Aneesa kat klinik esok....mesti kena bangun awal esok pagi nie..jangan la terababas plak...hehe....

    Lagi dua minggu opis ada wat family day ke Langkawi...bestnya...tak sabar nak pergi bercuti.....nanti rina update gambar2 masa kata sana. kita kongsi sama2. time kasih pada Abah Aneesa kerana sanggup ambik cuti 3 hari semata-mata nak join Family day opis mama. Thank darling kerana memahami. Rasa bertuah pula. Semoga Aneesa happy semasa disana.

    Okaylah...nak sambung wat kerja lak...nanti bos bising lak curi tulang..heheh...tak pasal2 kena potong gaji lak...hehehehe....minta maaf ye en. bos sebab tumpang berblog time kerja...hehehe......

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...