Thursday, October 7, 2010

Salam kembali kawan-kawan....

Dah lama tak muncul kat blog nie..mesti dah ketinggalan banyak ngan aktiviti korang semua..terlalu banyak benda nak kena settle..sampai blog pun x sempat nak lawat dan kemaskini...mesti korang bosankan bila singgah sini. Minta maaf sangat...start hari nie..kita akan berkongsi macam-macam..rina akan cuba sehabis baik, berkongsi macam-macam artikal untuk panduan kita semua....

Salam mesra...

Rina

Thursday, August 12, 2010

TAZKIRAH : 13 KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN


Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh
orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah,
bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah
mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di
bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba
melakukan kebaikan dan amal ibadah.

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-
 
1. Berpuasa tetapi tidak solat. 
- Sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat. Anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solatetika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam. 
2. Tidak menjaga batas-batas agama aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung. 
3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD. 
4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda. 
5. Semakin cepat marah sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
 
6. Membazir ketika berbuka puasa . Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa. 
7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah . Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun. Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.


9. Hanya puasa makan dan minum sahaja.Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan
dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan
Ramadhan Al-Mubarak; "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43) Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih). 
11. Menang sorak, tarawih ala kadar, solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu
sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;
Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya;  "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat; Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai  di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja. 
13. Tidak mahu bersahur
"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramdhan Buat Semua.....


 Riena sekeluarga Mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat teman-teman Blogger semua...Semoga Ramadhan Kali ini memberi seribu keberkatan dalam hidup kita....

Monday, July 19, 2010

MY BLOGSHOP

Salam kawan-kawan....Berita baik buat anda semua Sempena Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma...riena berbesar hati telah menubuhkan sebuah blogshop online "R&R BABYSHOP COLLECTIONS" . Kami menawarkan pakaian khas untuk si manja anda dengan harga yang amat berpatutan. Cepat dapatkannya sementara stok masih ada.

R&R BABYSHOP COLLECTIONS
 
Kami Menjual Pakaian Berjenama Untuk Kanak-Kanak Seperti GAP, GUESS, POLO RL, MOTHERCARE, CARTERS, OSHKOSH, OLD NAVY, DISNEY, NOVA, LEVI'S DAN LAIN-LAIN. 
 
Jualan kami dilakukan secara online untuk memudahkan pembeli membuat pilihan.
 
Sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah menghubungi@sms saya ditalian 013-3170583 (Rina)/ 013-3312469(Ros) @ email: babyshop.collections@gmail.com
 
For more info, please visit our blogshop at "R&R BABYSHOP COLLECTIONS"
HAPPY SHOPPING!!!

Wednesday, July 14, 2010

Ciri-ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh ibubapa

Dalam sesebuah keluarga, kehidupan anak-anak sentiasa dibawah kepimpinan bapa dengan bantuan ibu. Oleh itu, pembangunan keluarga banyak bergantung pada pemimpin yang bijaksana, kuat dan berani. Sebaliknya, keruntuhan keluarga disebabkan kejahilan, kelalaian dan kelemahan pemimpin.Disini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua apakah ciri-ciri kepimpina yang perlu dimiliki oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Menurut Jean Piaget peringkat pembelajaran anak-anak melalui 4 peringkat iaitu:-

1. Peringkat Deria Motor (0-2 tahun)

2. Peringkat Praoperasi (2- 7 tahun)

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)

4. Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas)

Pada peringkat bayi, perkembangan kognitif terbatas. Walaubagaimanapun, seorang bayi biasanya sudah ada persepsi tertentu pada suatu perkara iaitu melalui penglihatan dan pendengarannya. Begitu juga dengan bantuan ibu bapa, mungkin bayi dapat mengenal & menyebut suatu benda. Pada peringkat awal, kanak-kanak kebanyakannya bertambah keupayaan berfikir seperti dapat memahami konsep nombor, saiz objek, betul ataupun salah dan baik ataupun buruk. Perbendaharaan kata bertambah kerana mereka selalu bertanya pada keluarga sekiranya tidak memahami apa yang dilihat. Tanggapan kanak-kanak pada suatu perkara selalunya dipengaruhi oleh perasaan egosentrik.

Kanak-kanak berusia 10 tahun biasanya dapat menunjukkan penguasaan dalam aspek pengiraan termasuk yang berbentuk masalah. Mereka juga dapat mengingat mengikut urutan-urutan masa & peristiwa tertentu. Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini dapat membezakan saiz objek yang dilihat, mengelaskan cerita ataupun karangan. Kanak-kanak yang pandai biasanya menghabiskan masa membaca & membuat kerja-kerja yang disuruh oleh guru. Mereka menunjukkan kemajuan dalam pelajaran sekiranya mendapat galakan & sokongan daripada ibu bapa.

Golongan remaja pula sedang berlumba-lumba mendapatkan kecemerlangan akademik seterusnya bercita-cita mendapatkan pekerjaan yang paling sesuai bagi diri mereka. Bagi mencapai matlamat itu, remaja sanggup berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan orang dewasa. Bagaimanapun, tidak semua yang berjaya dalam mencapai kecemerlangan dalam peluang itu. Ada antara mereka mempunyai keupayaan mentaliti yang terbatas kerana mengalami berbagai-bagai masalah seperti kecewa dalam cinta, kekurangan dan selalu memikirkan perkara remeh. Dalam masa yang sama, remaja juga terpaksa berhadapan dengan pendirian hidup yang sebenar dan persoalan mencari identiti yang tersendiri.

Oleh itu, bagi membimbing dan mendidik anak-anak adalah penting bagi ibu dan bapa menyesuaikan cara didikan mengikut peringkat umur. Setiap ibubapa memiliki kepimpinan dalam mendidik anak-anak bagi proses perkembangan kognitif.

Menurut Hassan Mohd Ali (1996) dalam buku berjudul Mendidik Anak Pintar & Cerdas, ciri-ciri kepimpinan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

1. Memberikan kasih sayang
Memberikan kasih sayang kepada anak-anak adalah elemen penting yang mempengaruhi perkembangan fizikal & kognitif anak-anak. Ketenteraman emosi kedua-dua pihak ibubapa dan anak diperlukan bagi meransang daya fikir dan intelek anak. Ketenangan dan kestabilan emosi ini membolehkan anak-anak menyerap seberapa banyak pembelajaran & pengalaman yang diterima daripada ibubapa & persekitarannya.

2. Mendidik anak menggunakan disiplin positif
Perkembangan anak-anak dapat ditunjukkan oleh ciri-ciri suka bertanya dan gemar mendesak supaya perasaan ingin tahu dipenuhi dengan segera. Sekiranya ibu bapa terlalu sibuk dengan tugas seharian sehingga tidak bersedia melayan karenah anak-anak, ini menyebabkan anak berasa tidak dipedulikan. Keadaan ini juga menyebabkan naluri penerokaan anak terbantut dan meninggalkan kesan negatif pada perkembangan kognitifnya. Bagi mengatasi masalah ini, ia memerlukan bantuan disiplin supaya anak berupaya mengawal diri.

3. Bersikap empati
Empati ialah berusaha memahami dan menunjukkan rasa pemahaman yang sebenar berkenaan apa yang difikirkan, dirasakan dan dialami oleh orang lain dalam diri sendiri. Perasaan empati pada keadaan anak dapat membantu anak mengembangkan kebolehannya sebaik mungkin.

4. Komunikasi berkesan
Perhubungan yang sihat bagi perkembangan kognitif anak-anak adalah dengan menggunakan perbincangan dan teknik komunikasi yang berkesan. Semasa berkomunikasi, ibu bapa perlu menyampaikan mesej secara berterus terang kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu membina asas kemahiran interaksi di kalangan anak-anak.

5. Menanamkan keyakinan diri anak-anak.
Dalam meningkatkan potensi diri anak-anak, dorongan dan sokongan daripada ibubapa diperlukan. Keyakinan diri yang terbina menjadi suatu kekuatan dan motivasi bagi anak supaya belajar, memajukan diri, mempertajamkan daya intelek dan mengatasi cabaran yang dihadapi oleh mindanya.

6. Pendidikan melalui teladan.
Ibubapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Setiap tingkah laku & gaya ibubapa menjadi model yang akan dirakam dan dilakonkan semula oleh anak-anak. Ibubapa mengharapkan anak yang pintar dan cerdas. Maka ibubapa sewajarnya mengambil inisiatif bagi membentuk kesempurnaan diri sendiri dan mengambil peluang memaparkan segala contoh yang terbaik supaya diikuti oleh anak-anak.

7. Meransang otak melalui bahan mainan.
Sudah menjadi kelaziman bagi anak-anak kecil meminati segala jenis bentuk permainan. Kita sering melihat anak-anak kecil leka bermain sehingga tidak mempedulikan aktiviti-aktiviti lain yang berlaku di sekeliling mereka.Bagi anak-anak kecil bermain adalah seperti belajar. Semasa bermain semua sensori pancainderanya digunakan selain daripada gerak laku fizikal yang berlaku berikutan dengan itu.

8. Meransang otak melalui pemakanan.
Makanan adalah satu tuntutan asasi. Menurut Birch dan Gussow (1970) dalam bukunya berjudul Disadvantage Children mengatakan, kanak-kanak yang mendapat nutrisi yang cukup, ukuran kecerdasannya adalah tinggi. Ibu bapa perlu peka apabila merancang, membeli, memasak dan menyajikan makanan supaya makanan itu secara langsung dapat membantu meningkatkan keupayaan dan kecerdasan otak anak-anak.

* Sumber diperolehi daripada buku Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan, tulisan Azizi Yahay, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya.

Tuesday, June 29, 2010

Family day di Langkawi Part 1

Seronok sangat berada di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Rasa hilang semua stress waktu kerja. Namun kelasakan Aneesa membuat diri terlalu letih untuk memulakan pekerjaan seperti biasa. Aneesa terlalu aktif masa di sana...habis semua tempat dia nak teroka. Kalau berjalan tak apa la juga,,ini tidak asyik berlari jer...dah la mama dia semakin montel sekarang nie. habis stamina asyik kejar dia jer...maklumlah sekarang nie banyak kes hilang anak...takutnya....

Banyak gile PIC yang aku rakamkan semasa  bercuti di sana. Mungkin tak ter upload kat blog ini...tapi untuk tidak menghampakan kawan2, aku upload yang mana terdaya. yang lain boleh tgk kat F. Nie gambar2 masa first nak ke langkawi sehingga menunggu masa nak check in hotel layan la gelagat si comel Aneesa.....

ok layan Pic ye kawan2....


Friday, June 18, 2010

Marah : Perkembangan Kanak-kanak Kawal Diri

KANAK-KANAK tidak mampu menahan pergolakan emosi. Oleh itu, apabila dia marah, kecewa atau putus asa, dia akan meluahkannya dengan menangis, menjerit atau menghentak-hentak kaki.
Sebenarnya apa yang dilakukan kanak-kanak itu adalah sebahagian daripada perkembangannya untuk mengawal diri sendiri. Malah, mereka akan bersikap marah-marah (tantrums) ketika berusia antara setahun hingga tiga tahun, tetapi menjelang usia empat tahun, sikap mereka yang suka marah dan meradang akan berhenti dengan sendirinya.

Menurut Akademi Pediatrik Amerika, kanak-kanak dalam usia setahun hingga tiga tahun sebenarnya sibuk mempelajari pelbagai perkara mengenai dunianya. Dia juga sangat bersemangat untuk mengawal semua perkara.

Dia mahu berdikari dan melakukan semua perkara sendiri.

Dia juga ingin membuat pilihan sendiri dalam apa juga perkara dan mudah meradang
apabila ibu bapa menghalangnya. Sikapnya yang suka marah-marah itu mungkin satu daripada pelajaran yang susah untuk dipelajarinya.

Mengapa kanak-kanak mudah marah dan meradang?

Dia keliru kerana tidak memahami sepenuhnya apa yang diminta atau dikatakan ibu bapa.

Dia mungkin kecewa orang lain tidak memahami apa yang dikatakannya.


Dia mungkin tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan dan keperluannya.

Selepas usianya tiga tahun, kebanyakan kanak-kanak boleh bercakap dengan betul.
Ini memudahkannya meluahkan apa yang dirasa.
Secara automatik, sikapnya yang suka marah-marah hilang begitu saja.
Bagaimanapun, kanak-kanak yang tidak berupaya bertutur dengan baik
masih suka meluahkan apa yang dirasanya.
Justeru, sikap yang suka marah akan berterusan.

Anak anda mungkin belum belajar menyelesaikan masalahnya sendiri dan mudah putus asa.
Mungkin dia mengalami kesakitan atau masalah fizikal lain yang menghalangnya meluahkan apa yang dia rasa.

Dia mungkin lapar, tetapi tidak mengetahuinya.
Dia mungkin letih dan tidak cukup tidur.
Dia mungkin rasa gelisah dan tidak selesa.
Dia mungkin berasa tertekan dengan perubahan di dalam atau persekitaran rumah.
Anak mungkin cemburu dengan adik beradik dan mahu lebih perhatian.
Dia mungkin tidak boleh melakukan apa yang dia impikan.

Bagaimana mencegah sikap marah anak?

Anda mungkin terkejut jika anak anda hanya akan bersikap marah-marah di hadapan anda saja. Dia sebenarnya menguji peraturan dan had yang anda gariskan untuknya.

Kanak-kanak akan lebih selamat bersikap demikian di hadapan orang yang dipercayainya.

Justeru, anda mungkin sukar mencegah sikapnya yang suka marah-marah tidak menentu itu, tetapi ada beberapa cadangan yang dapat membantu anda iaitu:

Galakkan anak menggunakan perkataan untuk memberitahu apa yang dia rasa.
Misalnya, ‘mama, abang marah’ atau ‘ibu, kakak marah’.

Cuba fahami perasaannya dan cadangkan perkataan lain yang menggambarkan perasaannya ketika itu.

Buat peraturan dan had yang munasabah.

Jangan berharap anak kecil akan menjadi sempurna.

Beritahu dia mengapa peraturan itu dibuat dan jangan mengubahnya sesuka hati.

Pastikan setiap perkara rutin berjalan dengan lancar dan anak akan tahu apa yang dia jangkakan.

Elak situasi yang boleh mengecewakan anak.

Elak menziarah atau membeli belah dalam masa yang panjang.

Dia mungkin marah kerana tidak boleh melakukan apa yang dia suka misalnya bermain atau membaca buku kesukaannya. Untuk perjalanan jauh, bawa patung atau buku kegemarannya.
Berhati-hati menyebut tidak.

Apabila anak mengatakan tidak untuk semua permintaannya, ia amat mengecewakan.
Oleh itu, dengar dengan baik apa yang dia mahu.

Jika permintaannya munasabah, tidak salah mengatakan boleh, tetapi jika ia membabitkan keselamatannya, jangan mengatakan boleh hanya untuk mengelak dia marah.

Biar anak membuat pilihan.
Contohnya jika dia malas mandi beritahu dengan jelas mengapa dia perlu mandi.
Jika anda biasa bertanya padanya, abang hendak mandi tak?
Cuba katakan begini, bangun pagi abang perlu mandi.
Abang hendak berjalan ke bilik mandi atau mama dukung abang?,”
Apa yang perlu anda buat jika anak marah-marah?
Cuba alihkan perhatiannya, misalnya membuat jenaka.

Bertenang dan jangan turut sama naik angin.Bila dia marah, anda perlu berdiri berdekatan dengannya atau pegang dia tanpa bercakap sepatah pun hingga dia diam. Kalau anda tidak boleh bertenang, jauhkan diri darinya.

Bagaimanapun, kalau anak mula menendang atau menyepak anda, membaling barang, menjerit dan menangis dengan kuat dan berpanjangan, jauhkan dia dari punca kemarahannya. Beri dia masa untuk bertenang.

Bagi kanak-kanak yang sudah berusia lebih tiga tahun, dia akan tahu dengan sendirinya untuk bertenang. Kanak-kanak pada usia ini juga mudah diajak berbual dan berbincang mengapa dia tidak boleh menjerit-jerit dan marah dengan cara begitu.

Bagi kanak-kanak lebih kecil, tinggalkan dia jika anda tidak boleh bersabar. Dalam tempoh seminit dua, jengoklah semula kerana kadangkala akan tertidur atau berhenti menangis apabila tiada siapa sudi melayannya.

Jangan marah dia kerana dia akan memendam rasa marah dan kecewa dengan tindakan anda.

Suami wajar bantu urusan rumah tangga

Ketua keluarga perlu kikis sikap ego, ringankan tugas isteri demi keharmonian keluarga

ALAM rumah tangga tidak boleh dianggap remeh oleh setiap pasangan. Mungkin sebelum berkahwin, setiap individu hanya memikirkan tanggungjawab pada diri sendiri, namun senario itu secara automatik akan berubah selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Bagi menjamin keharmonian rumah tangga, sikap saling bantu membantu amat dituntut pada setiap pasangan tidak kira sama ada mereka baru mendirikan rumah tangga atau yang sudah lama menjalani kehidupan bersama.


Mungkin dianggap remeh apabila dikatakan bahawa ada segelintir suami yang menyerahkan semua urusan rumah tangga kepada isteri termasuk menjaga anak, namun senario itulah yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Malah, ada lelaki yang tidak pernah menguruskan hal anak seperti menukar lampin bayi, memandikan dan memberikan makan kepada si kecil.
Pensyarah Pusat Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Noor Awang Hamad, berkata sebagai suami yang baik mereka wajib menolong isteri dalam melancarkan perjalanan urusan rumah tangga.

“Hal itu bukanlah perkara baru bagi pasangan suami isteri kerana Nabi Muhammad sendiri membantu isteri Baginda dalam hal ehwal rumah tangga dan anak. Sebagai orang Islam kita harus mencontohi Baginda sebagai model suami sepanjang zaman bagi memastikan mahligai yang dibina bahagia dan berkekalan.

“Dalam hadis nabi ada menyebut ‘Aku adalah sebaik-baik suami yang berbuat baik kepada ahli keluargaku dan contohilah aku’ dan setiap suami harus mengambil pengertian hadis itu sebagai panduan dalam mengemudi perjalanan mahligai yang dibina,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Rasulullah sentiasa sibuk menjalankan tugas sebagai Rasul, Imam Ummah, pemimpin negara, ketua hakim dan panglima agung angkatan bersenjata, Baginda masih dapat meluangkan masanya membantu kerja rumah isterinya seperti menjahit pakaian dan membaiki kasut.

“Sebaliknya yang terjadi sekarang ini, ada juga mentaliti segelintir suami menganggap selepas berkahwin, urusan rumah tangga dan anak adalah tanggungjawab isteri sepenuhnya kerana menganggap tugas suami sebagai ketua keluarga tidak perlu melakukan kerja berkenaan.
“Pemikiran sebeginilah yang harus dikikis bagi setiap lelaki sama ada yang sudah berkahwin atau bakal mendirikan rumah tangga,” katanya.

Beliau berkata, sebagai ketua keluarga, suami harus menjadi pemimpin dan pelindung kepada isteri dan anak bukannya menjadi pemimpin yang hanya tahu memberi arahan semata-mata.
Katanya, bukan alasan suami tidak boleh membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutama menjaga anak kecil kerana pada masa ini ada agensi tertentu yang menawarkan latihan kepada ibu bapa untuk menjaga anak terutama bayi.

“Tambahan pula sekarang ini ramai pasangan yang kedua-duanya bekerja dan tidak salah sekiranya masing-masing membantu dalam menguruskan anak. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, katanya.

Beliau berkata, lazimnya tiada persefahaman dalam rumah tangga yang akhirnya menimbulkan perceraian berlaku kerana pasangan tidak memahami maksud perkahwinan itu sendiri, iaitu percantuman dua insan berlainan latar belakang yang memerlukan pemahaman yang cukup jelas mengenai tanggungjawab suami dan isteri.

Katanya, suami boleh dianggap zalim apabila duduk bersenang-lenang sedangkan isteri dibiar melakukan kerja rumah tanpa henti dan sentiasa dikelilingi anak-anak. Perlu diingat setiap bantuan yang dihulurkan suami amat dihargai oleh isteri dan itu menjadikan isteri lebih menghormati suami.
“Walaupun kita tahu lelaki sememangnya mempunyai ego yang tinggi tetapi dalam rumah tangga sikap ego itu perlu dikurangkan dengan membantu isteri menguruskan anak dan keluarga. Tidak salah sekiranya suami menukar lampin atau membuat susu untuk anak kerana itu dapat mengeratkan hubungan kasih sayang antara suami isteri,” katanya.

Begitupun, katanya, jika suami enggan membantu menguruskan rumah tangga, isteri haruslah bijak untuk memainkan peranan dengan menegur sikap suami dengan cara baik dan lembut.
Tindakan itu bertepatan dengan peranan isteri sebagai penasihat dalam rumah tangga yang dapat memastikan keharmonian keluarga.


“Sekiranya isteri ingin menegur suami, mereka haruslah memilih waktu dan masa yang sesuai seperti ketika hendak tidur atau waktu istirehat pada waktu petang kerana pada waktu itulah suami biasanya berfikiran tenang dan terbuka”, katanya.

Selain itu, isteri perlu bijak menggunakan pendekatan psikologi dalam menegur sikap suami. Andainya suami menolong isteri dalam melakukan urusan rumah tangga dan anak, ucapan terima kasih perlu sentiasa meniti di bibir isteri supaya si suami berasa dirinya dihargai.

“Sikap tolak ansur, persefahaman dan saling mempercayai antara pasangan harus ada bagi mengelakkan pergolakan rumah tangga berlaku. Tolong menolong adalah jalan yang paling mudah untuk mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri,” katanya.

INFO
Panduan menjadi suami penyayang




  • Sentiasa menjadi teman setia isteri pada waktu suka dan duka.




  • Pendengar setia dalam apa jua masalah isteri dan anak.




  • Menjadi penghibur dalam rumah tangga.




  • Membantu dalam urusan rumah tangga dan anak.





  • Menghormati isteri.



  • Menerima baik buruk sikap isteri.




  • Penyabar.




  • Sumber dari :  aferiza

    Ibu dan Isteri Mithali...

    Oleh: Dr. Fadzilah Kamsah

    Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati?


    Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :
    1. Berdoa memohon keredhaan Allah
    2. Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
    3. Membersihkan hati dan pemikiran
    4. Membina kebahagiaan secara proaktif
    5. Mendidik diri sendiri
    6. Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
    7. Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
    8. Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.
    9. Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
    10. Pembangunan fizikal dan kesihatan
    11. Muhasabah diri
    Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, anda patut bangga, namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.

    Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :-
    1. Positif Terhadap Perubahan
    2. Positif Terhadap Diri Sendiri
    3. Positif Terhadap Kepimpinan
    4. Positif Terhadap Masalah
    5. Positif Terhadap Orang Lain
    6. Positif Terhadap Keadaan Emosi
    7. Positif Terhadap Idea Kreatif
    8. Positif Terhadap Membuat Keputusan
    9. Positif Terhadap Qada Dan Qadar
    Antara petua untuk menjadi ibu mithali :
    1. Analisis diri daripada pandangan anak
    2. Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
    3. Bercakap benar
    4. Kotakan kata-kata
    5. Didik anak mengenai kemahiran sosial
    6. Gunakan masa jitu untuk mengajar
    7. Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
    8. Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
    9. Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
    10. Melatih anak berfikir
    11. Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
    12. Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
    13. Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
    14. Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
    15. Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
    16. Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.
    Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah :
    1. Pendidik keluarga
    2. Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
    3. Penasihat
    4. Doktor dan jururawat
    5. Mendisiplinkan anak-anak
    6. Kawan atau sahabat
    7. Penyelesai masalah
    8. Merangsang perkembangan mental anak-anak
    9. Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
    10. Model pada anak-anak
    11. Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
    12. Mengawal ekonomi rumah tangga
    13. Menjaga harta suami dan keluarga
    Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu :-
    1. Ibu menyerlahkan keunikan sendiri
    2. Tidak berebut kuasa dengan anak-anak
    3. Memahami teknik memuji dan mengkritik anak
    4. Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak
    5. Mendidik anak berdikari
    6. Mempunyai nilai diri tinggi
    7. Bersedia meminta maaf daripada anak-anak
    8. Bertindak secara jamaah
    9. Mengorbankan kepentingan peribadi
    10. Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan
    11. Meneroka dan merangsang potensi anak
    12. Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
    13. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.
    Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi “ibu mithali, isteri sejati”.

    Penulis adalah pakar motivasi bebas.

    Wednesday, June 16, 2010

    KESILAPAN WANITA TENTANG AURAT

    Hari ini kita berkongsi tentang kesilapan wanita tentang aurat. Sumber dari Berita Harian.

    Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

    KESALAHAN PERTAMA :
    Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

    KESALAHAN KEDUA :
    Bertudung tetapi berT-Shirt berlengan pendek.

    KESALAHAN KETIGA :
    Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

    KESALAHAN KEEMPAT :
    Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah menggoda.

    KESALAHAN KELIMA :
    Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

    KESALAHAN KEENAM :
    Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

    KESALAHAN KETUJUH :
    Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

    KESALAHAN KELAPAN :
    Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR. (an-Nur: 31)

    KESALAHAN KESEMBILAN :
    Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

    KESALAHAN KESEPULUH :
    Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja dia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

    Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit. (al-Ahzab: 32)
    Pakailah tudung mengikut syariat sebenar

    Sekian, semoga saya dan kita semua dapat beringat dan amalkan apa yang kita tahu.

    Tuesday, June 8, 2010

    Sunyi

    Hari nie mood nak kerja macam kureng skit....rasa malas sangat. Idea nak menulis pun tak ada. Rasa nak berehat jer sepanjang hari. Namun semua tu tak mungkin terlaksana kerana kena ngadap muka gak kat opis...huhuhu....

    Dalam kol 2.00pm tadi abang call kata kena Outstation ke JB...so alamatya malam nie tinggal berdua lagi la ngan si Aneesa...malam nie tak tau nak wat apa....layan TV la ngan Aneesa. Sambil2 tu layan asi nakal Aneesa yang semakin hari semakin becok mulutnya...tapi maaf la sayang mama tak faham bahasa jermen Aneesa...susah sangat...hehehe ....

    Weekend hari tu balik kampung...so baju segunung belum berlipat. Bila malas menyerang semua kerja tak menjadi. Macam mana la nak bagi mood rajin nie datang. Huhu.....tolong!!! tolong!!!!
    Mak lang Aneesa masih lagi dikampung...bestnya dia cuti seminggu.

    Esok Aneesa kena pergi klinik. Kalu dia sihat kemungkinan kena cucuk untuk umur satu tahun setengah. Kesian dia,..mesti sakit. Semoga Aneesa tak deman bila kena suntik esok. So maknanya rina kena masuk lambat la sebab ke klinik dulu awal pagi. Biasala klinik kerajaan..dah sah-sah ramai orang nak kena beratur. Nasib badan....harap-harap semua urusan cepat la...dah la sedih esok kena bawa Aneesa sendiri..abah dia tak ada...pergi johor....alahai....jenuh la mama nak layan kelasakan Aneesa kat klinik esok....mesti kena bangun awal esok pagi nie..jangan la terababas plak...hehe....

    Lagi dua minggu opis ada wat family day ke Langkawi...bestnya...tak sabar nak pergi bercuti.....nanti rina update gambar2 masa kata sana. kita kongsi sama2. time kasih pada Abah Aneesa kerana sanggup ambik cuti 3 hari semata-mata nak join Family day opis mama. Thank darling kerana memahami. Rasa bertuah pula. Semoga Aneesa happy semasa disana.

    Okaylah...nak sambung wat kerja lak...nanti bos bising lak curi tulang..heheh...tak pasal2 kena potong gaji lak...hehehehe....minta maaf ye en. bos sebab tumpang berblog time kerja...hehehe......

    Thursday, May 27, 2010

    Hari Ini...

    Kejap je dah masuk hari khamis....pejam celik...terasa begitu cepat masa berlalu. Esok cuti Weesak. Dapat la rest lama skit kat umah. Main2 ngan Nur Qaireen Aneesa.

    Hari ini agak Buzy zkit ngan kerja. Macam2 benda nak kena settle. Rsa lenguh tengkuk asyik mengadap komputer. Dapat baring sekejap dengan bantal yang empuk..pergh...sure lena ngan nyenyak....

    Novel aku baru suku prosesnya..agak-agak boleh ke aku realisasikan impain aku nie.... Semoga Allah memberi laluan mudah untuk aku realisasikan impian dari bangku sekolah lagi. Semoga ia mampu diterima ramai dan boleh dibukukan..itu adalah impian aku sekarang.

    Sabtu nie kawan officemate lama aku khawin. Tak sabar nak tunggu hari bahagia dia. Mesti dia nampak cantik. Akhirnya tercapai gak dia menjadi isteri seseorang yang dia sayangi.

    Weekend nie aku tak plan g mana2 pun just nak pergi kenduri member kat karak jer...buta Nor idayu Nordin...SELAMAT PENGANTIN BARU....semoga menjadi isteri yang solehah.....

    Wednesday, May 26, 2010

    Bab 4 - Biar Duka Berlalu

    Minggu ini minggu peperiksaan, jadi semua pelajar-pelajar sangat sibuk mengulangkaji pelajaran. Qaisara pula sentiasa berada di perpustakaan. Dia rasa lebih tenang dan tidak berserabut. Tiba-tiba dia dikejut dengan deringan telefon bimbit. Ada mesej masuk rupanya.Dia terus membacanya.

    “ Salam Damia…..Masih kenal dengan saya…. Idham Naufal.”


    Wajah Qaisara bertukar ceria. Agak lama dia tidak menerima mesej dari Idham Naufal. Jejaka yang dia kenali setahun lalu melalui chat di telefon. Masa itu dia masih lagi bersama Khalish. Segala derita hati, dia luahkan pada Idham Naufal. Memang dia agak akrab walaupun hanya sekali berjumpa. Itu pun secara kebetulan. Idham Naufal mengikut sepupunya ke UUM. Dan kesempatan itu mereka membuat pertemuan pertama. Perjumpaan yang tak sampai setengah jam itu berlajutan hingga bertahun-tahun lamanya. Dia seronok berkawan dengan Idham Naufal. Banyak keserasian antara mereka.

    “ Mesti la kenal….saya masih simpan nombor awak tau….”

    Mesej dibalas mesra oleh Qaisara.

    " Awak tengah buat apa?”

    Idham bertanya Kembali.

    “ Saya tengah study la…..awak call saya malam nanti la….saya ada benda nak cerita kat awak.”
    Qaisara menamatkan mesej. Sememangnya ada benda dia ingin kongsi bersama Idham Naufal. Sesuatu yang menggangu perasaan dan emosinya dua tiga hari yang lepas.

    *********************************************************

    Dia menyambug semula pembacaannya yang terganggu. Sedang asyik menelaah pelajaran sekali lagi dia dikejutkan dengan deringan telefon. Nombor yang begitu asing padanya.

    “ Hello…..” Sapa Qaisara gugup

    “ Hello…..” Pemanggil itu berbicara.

    “ Maaf ye suadara…rasanya saudara salah nombor…” terang Qaisara.

    “ Oppsss!!! Ye ker… saya rasa saya tak salah nombor …awak Damia Qaisara kan?.” Soal pemanggil misteri itu.

    “ Ye saya Damia Qaisara….awak siapa? Bagaimana awak tahu nama saya? .” Qaisara semakin hairan.

    “ Sedap nama awak…. Orangnya pun cantik dan comel.. Maaf kalau saya menggangu awak…..Saya Engku Zairi. Kawan kepada Jhonny.” luah jejaka misteri penuh ikhlas

    “ Kawan Jhonny…Pakwe kepada Azlini…ermmm yang mana satu yer?” soal Qaisara buntu.

    “ Ha’ah betul la tu,awek dia azlini….saya kawan dia. Actually saya bukan dari kolej ini. Saya kolej Proton. Tapi saya selalu lepak dengan Jhonny and the geng.” Terang Zairi.

    “ Oo ye ker….but sorry la awak…memang saya tak kenal awak…and mana awak dapat nombor telefon saya. Awak ambil dari Azlini yer…..?”

    “ Ada la dari sumber-sumber yang boleh dipercayai….” Zairi cuba bermain teka-teki.

    Qaisara terpingga-pingga. Siapa la gerangan jejaka ini. Bisik hati kecilnya.

    “ Awak…saya nak jumpa awak sekejap…malam nie kat nongka.?” Pancing Zairi.

    “ Maaf la…saya tak berminat nak kaur malam nie….” Qaisara cuba mengelak.

    “ Boleh la…5 minit pun jadi la…just nak perkenalkan diri saya pada awak….” Rayu zairi.

    Qaisara semakin rasa serba salah. Dia sudah fobia dengan lelaki . Tambahan pula cintanya baru lepas kecundang. Namun debar hatinya dia biar sepi. Namun, dari riak wajah Qaisara dia nampak selsesa bila berbual dengan pemanggil misteri itu. Pendapat peribadinya, tidak salah mempunyai ramai kawan.Asalkan niat hati seseorang itu ikhlas dan tidak meragukan. Bak kata pepatah, berkawan biar beribu berkasih biar satu. Itu jua merupakna pesan ibunya satu waktu dulu. Dia akan ingat sampai bila-bila.

    “ Sara….buat apa dekat sini”

    Qaisara menoleh, terkesima tatkala melihat lelaki di sebelahnya. Dengan pantas Qiasara berkemas. Tak sanggup hendak berdepan dengan wajah itu. Andai dulu wajah itu dirndui, tetapi sekarang wajah itu paling dibenci. Terseksa. Derita. Semua bercampur baur. Dengan pantas dia berlalu.

    Tangan Qaisara ditarik kuat .Perit.

    “ Sakit la…..ermmm, saya kenal awak ker? Ada apa urusan dengan saya…” sinis dan bersahaja Qaisara bersuara.

    “Sara, sampai hati sara buat tak kenal dekat Khal….tak boleh ker kita terus berkawan.” Dengan mimik muka simpati Khalish bersuara.

    “ Siapa yang sampai hati…cuba awak terangkan pada saya….setahu saya saya tak pernah sakitkan hati orang. Saya tak pernah lukakan hati orang….awak ingat saya apa. Awak dah buang saya dari hidup awak…so awak ingat mudah ker untuk saya terima semua kepahitan yang awak berikan. Awak tak pernah tahu betapa sengasara hati saya . awak tak tahu semua itu. Awak faham tak? ” luah Qiasara hiba.

    Qaisara terus berlalu dengan muka masam seperti cuka. Langkah kaki di ayun laju, tanpa menoleh kebelakang lagi. Setitis demi setitis air matanya bertamu….

    “ Dasar lelaki tak bermaruah.” Omel Qiasara dalam hati.

    Bengang. Marah, Geram semua bercampur baur. Dia terus melangkah dan melangkah sehingga sampai di kolej penginapannya.

    “ Qis….malam ni kita study di bilik je la….” Balqis di tegur pabila sampai sahaja dibiliknya.

    “ Pasal apa lak…bukan ker selama ni kita study kat perpustakaan?” Tanya Balqis sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

    “ Malas aku, tadi aku jumpa Khalish….. lepas nie mesti dia selalu ada kat sana. Kalau kau nak pergi kau pergi sorang…aku nak study kat bilik…..” muktamad keputusan Qaisara.

    Balqis geram. Qaisara terlalu mengikut emosi. Hatinya begitu keras. Hitam katanya..Hitam la jawabnya… Memang Qaisara tak mudah goyah..kerana itu dia sentiasa sayang pada Khalish. Sayang yang tak bertepi. Yang dia berkesudahan.

    Selepas Solat Qaisara berbaring sambil meregangkan badan di atas katil, Lega. Hilang penat seharian di perpustakaan. Rindunya pada Khalish sedikit terubat. Biarpun dimulut benci dihati penuh sarat dengan rindu. Rindu pada saat manis mereka… masih ingat lagi kejadian mereka ke Alor setar… kelakar sangat bila dikenang.

    Qaisara masih ingat dimana dia turun seorang diri di jitra kerana sangkaannya Khalish mahu bersiar di situ sahaja tapi sebalik nya Khalish hendak ke Alor setar. Kebetulan di dalam bas mereka duduk berasingan kerana bas penuh dengan pelajar-pelajar. Cuti hujung minggu. Memang sebegitu situasinya. Puas dia mencari kelibat Khalish…bila telefon berbunyi,Khalish terus bertanya kenapa Qaisara turun di Jitra. Malu benar dia. Macam mana dia boleh tersalah info hari tu. nak tak nak terpaksa la dia mengambil bas yang lain untuk ke Alor Setar. Punya la lama dia menunggu bas seterusnya…….

    Sampai di Alor Setar, satu masalah pula untuk dia mencari kelibat Khalish, rupanya khalish menunggu dia di sebuah warung, Kesian Khalish terpaksa sendirian akibat tindakan bodoh Qaisara. Qaisara melambaikan tangannya dari kejauhan. Kelihatan Khalish tersenyum sumbing tanda geram dan marah.

    “ Khal…maafkan sara yer…opss..sara salah info tadi… ingatkan kita nak ke Jitra.” ujar Qaisara dengan memek muka manja.

    “ Kenapa la sara hari nie….kasi spoil jer date kita hari ie….merajuk la macam nie…”

    “ Alahai…Sara bukan sengaja, maaf la….okay Sara belaja makan hari ni…tanda minta maaf…” pancing Qaisara.

    “ Okayla…janji lain kali jangan buat lagi…..” rajuk khalish beransur reda, langkah kaki di ayun kedestinasi seterusnya…..

    Qaisara Senyum sendirian.

    Manis sekali kenangan itu. Dan tak mungkin hilang diingatannya. Akan ku sisip kenangan itu disudut hati agar ia tidak hilang di mata hati. Begitu tulus kasih Qaisara tehadap Khalsih walaupun dirinya telah dibuang jauh. Dia pasrah dengan ketentuan Allah. Mungkin ada hikmah. Walau dia menderita sebenarnya.

    ********************************

    “ Qis…..Aku dah tahu siapa yang mesej dan call aku selalu…..kau kenal tak Jhonny pakwe azlini….kawan dia la sibuk call dan mesej aku nak berkenalan. Dia nak jumpa aku malam nie… so pendapat kau? ” Qaisara memulakan bicara.

    “ O ye ker….kau kenal dah muka dia….?”

    “ Aku tak cam dia yang mana satu…geng diakan ramai…. So macam mana..dia nak jumpa aku malam nie..aku taut la Qis…” adu Qaisara.

    “ Apa salahnya kau jumpa dia sekejap..tak baik hampa harapan orang. Tak salah kan kau nak berkawan.Yang lepas biarkan berlalu.” Balqis sekadar memberi cadangan. Dengan Harapan agar Qaisara mampu lupakan kesedihannya.

    “ Kau temankan aku….aku jumpa dia kat nongka malam nie…aku malas la nak turun lama-lama.” Ajak Qaisara.

    “ Malam nie aku ada date ngan Syafiq la Sara.” Balqis bersuara malu-malu.

    Qaisara ternganga. Terkejut dengan pengakuan Balqis. Muka Balqis merona merah. Sudah dijangka apa reaksi Qaisara.

    “ Qis sejak bila kau berpacaran ngan mat klate tu…hehehe…pandai kau sorok dengan aku yer…” Qaisara bersuara gembira.

    Balqis tertawa kecil.

    “ Dua minggu lepas aku serius dengan dia. Aku saja nak buat kejutan kat kau.” Balqis berterus terang. Bimbang kawannya akan berkecil hati.

    “ Aku tumpang bahagia Qis…hope kau tak alami nasib seperti aku….kalu dulu kita selalu berjalan berempat..aku, kau, Khalish dan Syafiq…kesian korang kena jadi peneman time kami datting….tak sangka pula boleh berputik cinta yer….tahniah Qis…” luah Qaisara.

    “ Thanks Qis…aku pun puas gak nak buat keputusan…. Dekat dua minggu juga la aku pening dengan semua ni…tapi alhamdulillah..aku jumpa keputusan untuk diri aku…so kau pergi la jumpa budak tu…apa nama dia?” Tanya Balqis

    “ Engku Zairi…..nanti lepas isyak aku jumpa dia…mungkin sekejap kot…malas aku nak berborak lama...nanti orang buat gosip plak kat aku….” Qaisara bersuara sambil ketawa.

    Seperti yang dijanjikan mereka berjumpa. Qaisara begitu anggun dan ringkas. Dengan berseluar jeans serta T-shirt berlenggan panjang dia kelihatan begitu menarik sekali. Rambutnya Di ikat tinggi, menambahkan lagi kecantikannya. Dari jauh kelihatan seorang jejaka sedang berdiri membelakangkan dirinya. Tinggi dan tegap orangnya. Qaisara cuba mengagak adakah lelaki itu Engku Zairi.

    “ Assalamualaikum…” Qaisara menyapa dari belakang.

    Engku Zairi menoleh kebelakang. Senyuman manis dihadihakan buat Damia Qaisara.

    Damia Qaisara tersenyum malu. Nasib tak salah orang, bisiknya sendirian. Senyuman Engku Zairi dibalas mesra.

    “ Hai….cantik awak malam nie… Saya Engku Zairi..panggil saja Zairi. ” Engku Zairi mulakan bicara.

    “ Thanks…saya biasa-biasa jer…tak payah la awak nak puji lebih-lebih.” Qaisara merendah diri.

    “ Maaf kalu saya menggangu masa rehat awak malam nie. So kita dah kenal, then tak ada masalah untuk saya berkawan dengan awak kan?” soal Zairi minta kepastian.

    Qaisara serba salah dengan permintaan Zairi. Sekali terluka membuatkan Qaisara semakin berhati-hati terhadap salam huluran dari lelaki. Bimbang sangat akan kecewa buat kali kedua. Duka yang lama masih lagi bersisa.Kadang kala berdarah tanpa sedar.Apatah lagi mencuba buat kali kedua. Fobia…memang dia fobia dengan cinta.

    “ Awak…saya rasa awak tahukan perasaan saya buat masa nie. Dan saya yakin awak tahu tentang hubungan saya dengan Khalish dulu.” Qaisara cuba menjelaskan situasinya.

    “ Awak…yang lepas…biarkan berlalu…jangan kerana cinta silam awak menolak saya sebegitu sahaja. Buat pengetahuan awak , sudah lama saya menyimpan hasrat berkenalan degan awak. Bila saya tahu awak dah solo…saya cuba nasib saya. Mungkin ada jodoh saya dengan awak. Tolong la awak bagi saya peluang.” Rayu Zairi.

    Zairi tidak tahu bagaimana persaan Qaisara saat ini. Tapi dia yakin dengan cinta hatinya. Pertama kali dia terpandangkan Damia Qaisara dia terus terpikat. Wajah tenang Damia Qaisara membuat jantungnya berdegup kencang. Damai hatinya bila mendengar suara manja Qaisara tertawa riang.

    “ Awak bagi saya masa unuk fikirkan hal ini…buat masa nie cukup la kita sekadar kawan dulu. Saya perlukan masa untuk semua ini. Harap awak mengerti.” Terang Qaisara.

    Engku Zairi tersenyum gembira. Ada sedikit ruang untuk dia menyelami hati gadis cantik ini. Keputusan Qaisara untuk menjadi sahabatnya tidak akan dia persiakan. Mungkin dia akan makin dekat dengan Qaisara selepas ini.

    “ Alhamdulillah…..Okay awak…kalu macam tu saya ikut jer…hope, nanti awak bagi keputusan yang positif untuk saya kay… Rasanya dah lewat la….elok la wak naik kebilik dulu. Nanti saya call awak. Eh..minta izin simpan no telefon awak yer….” Zairi bersuara seraya mengusik Qaisara..

    “ Ye la tu…dah simpan baru minta izin…okay…selamat malam…” Qaisara terus berlalu.

    Sepanjang perjalanan kebilik dia asyik tersenyum. Mungkin senyum bahagia……

    Tuesday, May 25, 2010

    THE LATEST OF ANEESA At NELLY'S BIRTHDAY PARTY


    Salam semua...sememangnya agak lama Ryna tak upload PIC Aneesa buat kawan-kawan. So this the latest PiC Aneesa buat lepas rindu kawan-kawan semua...Aneesa dah semakin membesar dan menjadi anak yang pintar..dah pandai mendengar arahan bila mama dia suruh.... Dan semakin nakal. Ada jer benda yang dia nak buat kalau main sorang-sorang. Gambar nie Ryna ambil masa Kita orang pergi besday party anak kawan Rina.....Masa Party tak sempat nak ambik...sebab Ryna sampai dah lewat...dalam kol 4 macam tu....so tak sempat la nak ambik...So layan La Pic yang seadanya........


    Sukanya Aneesa bila dapat main kat Play ground....

    Tengok suka tol kalu bab memanjat.....Abah la jadi mangsa layan Aneesa bermain...

     
    Merenung Abah tersayang.....

     
     Tengok muka happy dapat main......

     
     Dah puas main jongkang-jongkit...kita main buai lak.....

     
    "Lepas la Abah....E-cha boleh main sendiri la...."

     
    Buai Laju-laju......

     
    Tengok apa tu sayang......Khusyuknya...

     
     Habis suka la tu....

    Sempat lagi Ryna Bergambar dengan kawan2 sekolah dulu.....
    Dari kiri Ann. Ryna, Farhana


     My Primary Schoolmate.... yang sorang lagi tu ita.... suka sangat dapat jumpa diaorg....


     And the last PIC nie adalah Birthday gilr and her Mummy....

    To Nelly Batrisya....Happy Birthday Sayang........

    Monday, May 24, 2010

    Bab 3 - Biar Duka Berlalu

    “ Khalish……” laung Balqis dengan kuat sebaik sahaja dia terlihat kelibat Khalish.
    Khalish berpaling.

    “ Ermm….kau Qis. Ada apa hal?” Tanya khalish terkejut.

    Balqis ingin bersemuka dengan Khalish. Hatinya geram bila ingatkan tindakan bodoh Qiasara semalam.

    “ Kenapa kau buat sara macam tu. Bukan selama ini kau yang terhegeh-hegeh nak kat dia?” Balqis sedikit beremosi. Cuba mencari penjelasan yang lebih terperinci.

    Khalish bengang. Mukanya merah menahan marah.

    “ Qis…baik kau jangan campur urusan aku dan sara….aku bukan buat apa pun. Aku tak sekejam mana pun...cuma aku minta hubungan kami cukup la sekadar kawan dulu.” Terang Khalish.

    Balqis menghempas bukunya didada meja. Berdentum kedengaran di kafetaria.

    “ Kau ni..memang melampau…..dasar buaya darat.” Jerit Balqis sambil menumbuk meja.

    Terasa perit tangannya. Tapi dibiarkan sahaja. Tak terbanding dengan perit dihati. Sakit menusuk dirasakannya.

    Khalish Kaget. Terkejut dek sergahan dan jeritan Balqis.

    Balqis membebel..semua habis dikeluarkannya.

    Khalish bungkam.Muka ditundukkan. Malu. Dia hilang sabar kearan dituduh macam-macam oleh Balqis.

    “ Woi,….apa hal nie…terjerit-jerit….” Marah Khalish pada Balqis.

    Balqis masih tetap disitu. Puas hatinya melihat Khalish yang terkulat-kulat. Lepas satu beban setelah berminggu-minggu dipendamnya.

    Khalish berasa sangat malu bila balqis menyerangnya secara melulu.Semua rakan-rakan melihat pertikaian lidah antara dia dengan Balqis di kafe tadi. Secara tidak langsung berita tentang hubungan dia dengan Qaisara diketahui semua orang. Bengang betul dia dengan Balqis. Nasib baik perempuan, kalau lelaki dah lama lumat dikerjakannya. Salahkah tindakan yang dia lakukan…dia cuba bermonolog sndirian. Aku pun kecewa bila lepaskan Qaisara. Tapi aku tak mampu memiliki hati dua gadis dalam satu masa. Khalish membebel sendirian. Fikirannya kusut bila memikirkan hal ini.

    Bahu Khalsih ditepuk kuat dari belakang. Dia terkejut seraya menoleh.

    “ Bro….apa hal kau termenung kat sini….gaduh dengan awek ker?.....sapa syafiq teman baik Khalish sambil duduk bertentangan dengan Khalish.

    “ Aku pening la Fiq...aku gaduh dengan Balqis tadi dekat kafe bawah. Dia marah aku, sebab aku putuskan hubungan aku dengan Qaisara.” Luah Khalish.

    “ Apa…kau dah putus dengan Sara….gila apa kau nie…gadis cantik dan sebaik Qaisara tu kau lepaskan. Memang tolak tuah la kau nie..dekat luar sana berduyun-duyun tau lelaki nak dekat dia.” Ujar Syafiq dengan muka yang terkejut.

    Khalish mencebik.

    Kawan baiknya pun salahkan dia. “ Kau pun marahkan aku………aku ingat kau nak bagi sokongan kat aku. Aku bukan apa Fiq, aku tak mahu seksa perasaan dia.Aku betul-betul tak cintakan dia.Aku hanya anggap dia kawan baik aku jer.Aku tak nak dia terlalu mengharap.” Terang Khalish.

    “ Ikut suka kau la Khal…aku malas nak masuk campur. Cuma aku memang terkilan kau buat Sara macam tu.” Ujar Syafiq sambil berlalu pergi.

    Khalish meraup mukanya. Peluh memercik keluar. Panas…

    Balqis mengucap panjang bila dia sampai di bilik. Habis bersepah bilik dikerjakan oleh Qaisara. Semua barang jadi tunggang-langgang. Qaisara pula buat acuh tak acuh terhadap bebelannya. Begitu tekun dia mengadap komputer di hadapannya. Balqis hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.

    “ Ya Allah Sara…….apa kau buat ni. Habis berterabur barang-barang nie. Siapa nak susun semua ni nanti.”

    “ Nanti aku susun la……kau tak payah la kecoh-kecoh…aku masih waras la.” Jawab Qasiara untuk menyejukkan hati balqis.

    Balqis menyambung bicaranya. Masih tidak berpuas hati.

    “ Kau cari apa sampai bilik jadi tongkah pecah nie”

    Qaisara hanya mendiamkan diri. Soalan Balqis dibiarkan sepi. Buat masa sekarang dia mahu bersendirian. Dia rasa letih dengan apa yang berlaku semalam. Kalau boleh dia mahu pergi jauh dari situ. Dia mahu mulakan hidup baru. Namun semua itu mustahil untuk dia lakukan. Dia masih mempunyai dua semster untuk dihabiskan. Mungkin ini ujian Allah untuk dirinya. Di cuba menyakinkan dirinya.

    Dia sedar,dia tidak boleh mengalah dengan semua ini. Cita—cita harus di capai. Dia tidak mahu kerana perkara ini dia gagal dalam meraih seguluh ijazah. Ijazah ini adalah hadiah untuk kedua ibu bapanya. Dia sedar dia bukan dari golongan yang berada. Jadi, harapan kedua ibu bapanya harus ditunaikan. Dia cuba membuang jauh semua yang berlaku dalam sejarah cintanya. Dia mahu jadi Damia Qaisara yang baru.

    Sejak Qaisara putus hubungan dengan Khalish, tidak pernah sekali dia menghubungi Khalish. Panggilan Khalish pun tidak dijawabnya. Mesej-mesej Khalish di email dan di facebook habis semua dia padamkan.Jikalau terserempak, cepat-cepat Qaisara pergi. Kalu boleh dia tak mahu langsung berjumpa dengan Khalish. Biarlah hatinya benar-benar sembuh. Selagi perit masih dirasa selagi itu dia cuba jauhkan dirinya.Cuma itu sahaja jalan yang dia ada. Begitu sekali perasaan Qaisara terhadap khalish saat ini.Sesunguhnya sangat berat untuk dia cuba melupakan insan yang teramat dia sayang. Kedengaran lagu nyanyian saleem sedang berkumandang di corong radio…lagu “Tinggal kenangan” begitu menusuk di dada Damia Qaisara… Bait-bait lirik nyantian Saleem betul-betul menembak tepat ke arahnya….dia cuba mengikuti nyanyian saleem…..

    Pernah ada rasa cinta antara kita
    Kini tinggal kenangan
    Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
    Namun tak lagi kan seperti dirimu
    Oh bintangku

    Jauh kau pergi meninggalkan diriku
    Di sini aku merindukan dirimu
    Kini ku coba mencari penggantimu
    Namun tak lagi kan seperti dirimu
    Oh kekasih

    Hatinya merintih pilu. Jiwanya terkulai layu. Hampir sebulan dia dan Khalish membawa haluan sendiri. Jiwanya sedikit terganggu dengan bait-bait lirik lagu nyanyian Saleem. Air matanya mengalir hangat..laju selaju air hujan dikala lebat. Sampai hati Khalish menduakan cintanya.Dia tidak menyangka segala ungkapan sayang dan kata yang terucap selama ini hanyalah mainan bibir sahaja. Hanya sekadar madah penyeri suasana. Terlalu pedih persaannya saat ini kerana dipermainkan sewenang-wenangnya.

    **********************

    Kedamaian Tasik Guthrie yang terletak dibelakang Kolej Petronas dan Kolej Guthrie nyaman sekali. Ramai pelajar duduk bersantai dan beristirehat selepas selesai kuliah sepanjang hari. Ada juga yang bersenam disekeliling tasik.

    Damia Qaisara berjalan mengambil angin. Ingin menenangkan fikirannya. Terasa segar seluruh badan. Kedamaian tasik sedikit sebanyak mampu menenangkan jiwanya yang lara.

    “Sara, buat apa kat sini” Lia menyapa. Kebetulan dia juga berada disitu. Lepas bersenam bersama maria.

    Qaisara senyum bersahaja.

    “ Aku ambik angin kat sini…release tension..” ujar Qaisara sambil tertawa kecil.

    “Aku ganggu kau ker” balas Lia.

    “ Tak ada la….aku bosan kat bilik tadi..Balqis pula ada kelas sampai pukul 6.30pm hari nie. So aku lepak la kat tasik nie sambil ambil angin petang.” Terang Qaisara.

    Lia mengangguk.

    Qaisara tertawa melihat gelagat kawan-kawannya.

    “ Eh!! Tadi kau kata kau dengan mira..Mana dia..tak nampak pun dari tadi. “ Tanya Qaisara.

    “ Mira… emm…dia pergi beli air minuman kat kafe petronas.” Jawab Lia.

    “ ooooo patut la… malam nie korang free tak…kita lepak kat nongka nak tak?” aju Qaisara.

    “ Okay gak cadangan kau tu….dah lama kita tak lepak sama-sama.” Lia tersenyum.

    Qaisara juga turut tersenyum.

    “ Lia …..ambil air kau nie..eh..sara pun ada…” Sapa Mira yang masih tercunggap-cugap keletihan.

    Qaisara mengukir senyum pada Mira.

    Mira membalas senyumam Qaisara.

    “ Aku tengok dia jalan sorang-sorang tadi. Terus aku tegur dia.” Bicara Lia pada Mira.

    Mira duduk disebelah Qaisara. Dia cuba mencari kedudukan yang selesa.

    “ Mira…Sara ajak kita lepak malam nie.kau nak tak” aju Lia.

    “ Lepak erk!!!.....ok gak…dah lama tak lepak ngan sara..rindu la…” Mira bersuara sambil ketawa kecil.

    “ So nanti aku suarakan pada Balqis…aku yakin dia pun suka…” ujar Qaisara.

    Perbualan mereka terhenti disitu, hari semakin menginjak senja. Masing-masing beransur mahu pulang ke kolej segera. Qaisara bersaing bersama teman-temanya untuk pulang kolej mereka. Selepas maghrib dia dan Balqis turun ke café bersebelahan bloknya. Café yang dinamakan nongka oleh semua pelajar kolej, adalah tempat yang paling popular dikalangan penghuni-penghuni kolej. Suasana disitu sangat meriah pada malam hari. Masakan thai semua sedap dan lazat. Membuatkan semua pelajar berpusu-pusu makan di situ. Café nie beroperasi dari pukul 5.30 petang sampai pukul 2.30 pagi.

    Mereka mengambil tempat disudut yang jauh dari orang ramai. Qaisara rasa terhibur dengan gelagat kawan-kawannya. Banyak yang mereka bualkan sehingga tidak sedar jam sudah hampir 10.30 malam. Agak lama juga mereka tidak makan berempat. Masing-masing sibuk dengan tugasan masing. Qaisra sendiri masih mempunyai 2 tugasan yang belum disiapkan.

    Seperti biasa sudah adat di kolej, andai fikiran berserabut, melepakkan diri jalan terbaik buat mereka. Keadaan Nongka masih lagi meriah walaupun dah semakin larut malam. Berbagai-bagai bau masakan menusuk kelubang hidung. Tapi mereka masih rancak berbual. Maklumlah besok cuti. Jadi, masing-masing mengambil kesempatan bergembira bersama rakan-rakan.

    “ Apa plan kau ngan Lia esok?” Tanya Balqis kepada Mira.

    Qaisara menongkat dagu.

    Lia membetulkan posisi kedudukannya. Dia nyaris terbalik disebabkan kedudukan kerusinya tidak sama rata.

    Mira ketawa besar apabila melihat aksi Lia tadi. Pertanyaan Balqis dia biar sepi seketika.

    Balqis dan Qaisara turut ketawa. Kuat sekali ledakan ketawa mereka.

    “ Sorry Qis…aku tak tahan tengok aksi lia tadi.” ujar Lia dengan sisa tawa yang belum reda.

    Qaisara menekan-nekan perutnya. Padanya sangat lucu. Namun tawanya terganggu dengan deringan mesej masuk. Nombor yang terlalu asing baginya.

    “ Salam… Boleh berkenalan.”

    Qaisara termanggu…memerhati kandungan mesej misteri.

    Kawan-kawan yang lain juga sama. Masing-masing menoleh sesama sendiri. Qaisara bertambah binggung. Siapa pula yang mahu berkenalan dengannya. Mesej itu dibiarkan sepi tanpa jawapan. Kisah lampau membuatkan dia makin berhati-hati.

    **********

    Dibiliknya sekali lagi dia menerima mesej dari nombor yang sama.

    “ Tidak sudi ker berkawan dengan saya”

    Qaisara semakin tidak keruan.

    “ Qis aku takut la…siap pula nie…kau ada bagi nombor aku dekat sesiapa ker.” adu Qaisara pada Balqis.

    “ Mana ada la Sara….aku pun tak berani nak bagi nombor kau kat sesiapa. Kau buat tak tahu saja. Mana tahu dia salah nombor ker?. Balqis cuba tenteramkan gelisah Qaisara.

    Mesej masuk sekali lagi…..

    “ Kenapa diam jer…..sombongnya dia….tadi ketawa bukan main yer….”

    “ Qis tenggok la nie….seram sejuk aku Qis…siap tau kita ketawa lagi…”

    Qaisara jadi tak tentu arah.

    Balqis menhampiri Qaisara dan membaca semula mesej-mesej itu. Dia juga seperti Qaisara. Masing-masing melayan perasaan. Cuba memikirkan siapa yang duduk berhampiran mereka tadi. Tapi tak ada pula dia lihat orang terintai-intai masa mereka makan malam tadi.

    Misteri…. Mereka bersuara serentak.

    Bab 2 - Biar Duka Berlalu

    Trit….tritt….. bunyi deringan mesej masuk.

    Qaisara mengambil telefon bimbit miliknya di atas meja. Wajahnya tiba-tiba berubah muram, melihat sahaja nama pengirim dia sudah hilang minat untuk membaca mesej itu, lalu telefon bimbit dihumban ke katilnya. Balqis yang perasan tingkah laku Qaisara hanya mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak berpuas hati. Geram dengan kedegilan Qaisara. Puas dia minta Qaisara cuba berdepan dengan Khalish. Tapi Qaisara berkeras. Itu la satu-satunya sikap Qaisara yang dia kurang senang.

    “ Sara kenapa kau tak baca mesej Khalish ni.” balqis bertanya minta penjelasan.

    Qaisara bungkam. Hatinya panas. Mesej itu dibiarkan sepi, dengan muka kerut seribu dia cuba beralasan “ Malas la aku…..aku dah tak berminat nak ambil tahu” ungkapnya.

    Semahunya nama Khalish pun tidak mahu didengarnya. Sakit hatinya belum terubat.
    Bahu Qaisara ditepuk. Balqis cuba memujuk.

    “ Sara, aku rasa lebih baik kalau kau jumpa dia minta penjelasan. Mungkin jiwa kau akan tenang bila tahu keadaan sebenar. Daripada kau menyepikan diri seperti ini..hati kau makin terseksa.” Balqis tidak pernah mengalah. Dia berharap Qaisara akan termakan pujukkannya.

    “ Entah la Qis……aku malas nak fikir semua ni, semakin aku fikir semakin sakit hati aku nie. Berat mata kau memandang berat lagi bahu aku memikulnya.” Qaisara patah semangat.

    Jiwanya hancur.Hidupnya bagai layang-layang terputus tali. Mudah goyah bila ditiup angin. Mudah benar Khalish beralih arah.

    Balqis bertambah geram. Kenapa la degil sangat minah ni. Bisik hatinya. Namum dia tidak berputus asa.

    “ Sebab itu la aku suruh kau bersemuka dengan dia. Tanya dia perkara yang sebenarnya. Ini tidak…degil jer bila aku bagi pendapat.” Rajuk balqis.

    “ Nak tanya apa lagi…aku nampak dengan mata aku sendiri….bukan aku dengar cakap orang pun. Kalau dulu memang aku tak percaya semua kata-kata kawan kita. Tapi bila aku dah lihat dengan mata aku sendiri tentang kecurangan dia, aku tak mampu nak berdepan dengan dia lagi……..” luah qaisara penuh beremosi.

    Memang dia malu. Malu kerana kasihnya dipermainkan. “Okay…..aku tak nak paksa kau..” Balas balqis mengalah.” Kau cuba la fikirkan apa yang aku katakan tadi…” sempat balqis berbisik ketelinga Qaisara sebelum berlalu.

    Dia tahu sangat hati Qaisara sangat keras. Bukan mudah untuk melembutkan hati gadis Qaisara. Hampir setahun perkenalan dia dengan Damia Qaisara, dia sudah masak dengan sikap dan perangai Qaisara. Walaupun Qaisara nampak lembut dan ayu tetapi hatinya sukar diramal.Dia masih ingat lagi bagaimana Qaisara dan Khalish mula berkenalan. Mereka berkenalan semasa minggu orentasi ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dulu. Khalish yang mula-mula menghulurkan salam perkenalan dengan memberi nombor telefon miliknya pada Qaisara. Pada mulanya Qaisara agak keberatan untuk menerima salam perkenalan itu, tapi atas desakan dia, Qaisara telah menghubungi khalish buat pertama kali.Rasa kelakar sangat masa tu, bermula detik itu Qaisara semakin rapat dan mesra dengan khalish.Semua rahsia Qaisara dalam tangannya.

    Secara kebetulan, Qaisara tidak mempunyai telefon bimbit. Jadi Khalish akan menghubungi Qaisara melaui telefon miliknya. Sehinggalah Qaisara memiliki telefon bimbit sendiri. Memang dia akui dia begitu rapat dengan Qaisara sejak dalam minggu orentasi lagi. Dimana Qaisara berada disitu juga dia ada. Sebab itu dia terlalu sayangkan Qaisara, dia sayangkan persahabatan mereka yang terjalin hampir setahun itu. Sepanjang bersama Qaisara, tidak sedikit pun Qaisara mengeluarkan kata-kata kasar kepadanya. Mungkin sebab itu dia rasa begitu serasi berkawan serta berkongsi masalah dengan Qaisara. Balqis tersenyum bahagia. Indah. Manis sekali kenangan itu.

    Lamunan balqis dimatikan oleh panggilan Qaisara.

    Balqis hampir jatuh dari katil akibat terkejut dek sergahan Qaisara.

    “ Sara, kau nak bagi aku mati ker? Sergah Balqis sambil menjeggilkan mata bundarnya.

    “ Yang kau berangan jauh apa hal? Aku panggil sampai nak terkeluar anak tekak, kau tak menyahut langsung. Kau berangan apa? Cerita la kat aku…..oooooo kau dah ada teman lelaki yer….sampai hati tak beritahu aku.” Qaisara bersuara sambil memalingkan muka tanda protes.

    Balqis tertawa kecil.

    “ Aku mana ada teman lelaki…siapa la yang mahukan aku nie….lain la kau…berderet menunggu.” Nafi Balqis seraya mengusik Qaisara.

    Qaisara berdehem.

    “ Ye ker…habis apa yang kau menungkan tadi. Siap senyum simpul lagi aku tengok.” Balas Qaisara sambil tersenggih.

    Sehari tidak mengusik Balqis, rasa tidak lengkap rutin hariannya.

    “ Aku teringatkan zaman kita orentasi dulu. Seronok sangat. Aku terbayang masa kita mula-mula kenal dulu……kelakarkan.” Balqis tersenyum penuh makna.

    Qaisara mengangguk.

    “Ooooooo, aku ingat kan apa tadi. Ermm memang seronokkan masa tu. Kita selalu bersama sampai abang-abang senior panggil kita kembar tak seiras.” Luah Qaisara sambil beralih tempat kesebelah Balqis.

    “ Aku pun sama, kalu boleh aku nak elak dari kenal lelaki bernama Khalish Ikhwan itu. Mungkin aku tak kecewa sampai begini.” Sambung Qaisara sambil memejam rapat matanya. Biar gelap. Sebagaimana gelap hatinya saat ini.

    Balqis tersentap. Rasa bersalah menyelubungi hatinya.

    “ Sara kau jangan la kata begitu, aku pula yang rasa bersalah sangat. Kalu tak kerana aku yang beria pujuk dan paksa kau menghubungi Khalish, pasti kau tak kecewa macam ni.” Ujar Balqis dengan muka penuh penyesalan.

    Tangan Qaisara di capai tanda minta maaf.

    Qaisara terpana. Terkilan pula dia kerana membuat Balqis tersentuh hati. Kenapa la aku boleh terlepas cakap sampai kesitu. Bebel qaisara pelahan.

    “ Sudah la Qis, aku tak ada niat pun nak mengungkit semua tu. Aku terlepas cakap tadi. Usahlah dikenang benda yang lepas….aku lupa nak bagi tau kau. Bila fikirkan balik nasihat kau tadi, ada lojiknya juga. So, aku dah baca mesej yang Khalish bagi. Dia nak jumpa aku esok, apa pendapat kau?”

    Balqis terkejut. Tak sangka berkesan juga nasihatnya selama ini.

    “ So apa lagi.. pergi la jumpa. Selesaikan masalah korang secara baik. Sekurang-kurangnya hati kau akan tenang nanti. Sudah la tak lama lagi nak exam. Jangan lepaskan peluang okay.” Bicara balqis sambil mengenyitkan mata.

    Qaisara tersenyum malu. Dia berterima kasih kepada Balqis. Kerana Balqis banyak membantunya. Dengan senyum yang tak lekang dibibirnya dari tadi lagi dia bersuara.

    "Tapi aku nak kau temankan aku…..boleh la….” Manja sekali dia memohon pertolongan dengan Balqis.

    “ What!!!.....Ishhh!!!!….malas la aku terlibat dengan masalah korang berdua…cukup la aku sekadar pendengar dan penasihat yang setia.”

    Qaisara mencebik seraya berlalu ke katilnya. Dia memang dah boleh agak jawapan dari Balqis.

    Malam itu amat sukar untuk Qaisara melelapkan mata. Macam-macam bermain difikirannya. Sarat. Itulah yang dia rasa.Terasa begitu lambat masa berjalan. Tanpa dia sedar, dia terlelap juga akhirnya.

    ******************


    Pagi itu mereka beriringan ke kafteria berdekatan kolej. Memang sudah menjadi kebiasaan mereka sarapan bersama. Qaisara cuma memesan segelas milo ais dan mee goreng. Selesai makan meraka berpisah ke haluan masing-masing kerana pagi itu mereka berlain jadual. Namun sepanjang di dalam dewan kuliah, Qaisara tidak memberi sedikit tumpuan pun pada penerangan pensyarahnya. Fikirannya terganggu. Yang dia fikirkan adalah pertemuan dia dengan Khalish petang ni. Hati Qaisara berdebar-debar. Dia sudah nekad dengan keputusan yang bakal dia ambil. Dia yakin mungkin dia akan lebih bahagia dan tenang dengan keputusan itu. Tekad Hatinya.

    Sedang dia mengelamun, dia sapa suatu suara.

    “ Dah lama sara sampai.” Khalish bersuara sambil mengambil tempat disisi Qaisara. Wajah Qaisara direnung dalam. Cantik dan ayu walaupun Qaisara tidak bersolek. Tambahan lagi padanan blaus putih dengan skirt labuh berwana biru menaikkan lagi seri keayuan dan keanggunan Damia Qaisara.

    “ Tak ada la, Sara baru jer sampai. Ada apa hal Khal nak jumpa sara.” Hatinya sedikit bergetar.

    Wajah Damia Qaisara merona merah. Malu. Lama dia tidak melihat renungan menggoda Khalish. Ya sememangnya renungan itu yang menarik hatinya. Memang tergoda. Rindu yang tak terkata. Terlupa seketika tentang masalah dihatinya.

    “ Ermmm…sara sihat? Dah lama Khal tak jumpa sara. Lagipun dua tiga minggu ni Khal sibuk sikit.” Khalis memulakan perbualan. Cuba beralasan sebaik mungkin walaupun dia sedar Qaisara tidak mempercayainya.

    Pertemuan mereka di kompleks sukan minggu lepas membuatkan dia nekad berjumpa Qaisara petang ini. Ingin hilangkan segala kekusutan difikirannya selama ini. Geram betul Qaisara dengan alasan yang Khalish berikan. Dasar penipu. Macam mana la aku boleh jatuh hati kat mamat ni. Memang buta la aku ni. Sibuk apa, berkepit dengan perempuan ke sana ke sini ada la. Bisik hatinya penuh geram dan benci. Hatinya ibarat ledakan gunung berapi saat itu. Panas. Tapi dia cuba sabar dan tenangkan dirinya. Qaisara sekadar mendiamkan dirinya.
    Khalish binggung. Wajah Qaisara di tatap mesra. melihat Qaisara muram dan tidak semesra selalu. Timbul rasa bersalah dalam dirinya. Tiada sekelumit niat pun mahu melukakan hati Qaisara.

    “ Sara….kenapa ni?” soal khalish dengan penuh rasa serba salah.

    “ Tak ada apa la Khal. Ermm ada apa Khal nak jumpa Sara ni. Selalunya kalau tak ada benda penting memang khal susah nak jumpa sara kan…” sinis dan tegas sekali kata-kata Qaisara tanpa sebutir senyum dibibirnya.

    Khalish membetulkan posisi duduknya. Getar. Namun dia cuba berlagak tenang.

    “ Khal ada benda nak bincang dengan sara. Tentang hubungan kita.” Khalish memulakan bicara.

    Damia Qaisara hanya mencebik.

    Khalish makin tidak selesa.

    “ Sara, dah sampai masanya kita kena fikirkan tentang hubungan kita. Khal tak mahu berselindung lagi dengan sara.” Ada sedikit getar dihujung suaranya. Bimbang.

    “ Apa maksud Khal. Sara tak faham. Sebelum nie kita bukan ada masalah pun. Semua ni Khal yang mulakan dulu.” Qaisara sedikit beremosi. Tapi masih terkawal.

    Khalish menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Bingung, dia tidak tahu mahu mulakan dari mana. Tak terluah pula pada petang itu. Tapi semua ini perlu di selesaikan denga segera.

    “ Khal tahu salah Khal, sebab itu Khal nak berterus terang dengan Sara. Sebenarnya……..” lidahnya kelu. Sukar pula dia meneruskan bicara.

    Qaisara bengang. Dia cuba merenggangkan dirinya dari Khalish. Kini mereka dudukk bertentangan.

    “ Khal….’ Sergah qaisara beremosi.

    Khalish terpempan, tak sampai hati untuk dia melukakan hati gadis Qaisara. Padanya Damia Qaisara terlalu baik, namun cintanya bukan untuk Qaisara. Memang pada mulanya dia amat menyukai Qaisara. Hatinya terpaut sejak pertama kali dia terpandang Qaisara semasa hari pendaftaran di kolej kediaman mereka. Sepanjang minggu orentasi dia cuba mengambil kesempatan untuk mendekati gadis itu. Tetapi selepas setahun hubungan mereka, semakin hari sayangnya pada Qaisara semakin menipis.

    Bukan niat dia untuk mempermainkan hati Qaisara. Tapi dia tak mampu lagi hendak lari dari kenyataan hati dan perasaannya. Kalau ikutkan malu, dia lagi malu. Mana tidaknya satu Kolej tahu tentang hubungan dia dengan Qaisara. Kemana sahaja dia pergi sentiasa bertemankan Qaisara, cuma kebelakangan ini hati nya lebih tenteram bila bersama Nadia Syafika. Gadis yang dia kenal semasa kelas Statisk Gunaan. Digandingkan pula dalam membuat tugasan bersama, membuatkan khalish semakin serasi dengan Nadia Syafika. Kehadiran Nadia Syafika dalam hidupnya secara tiba-tiba, membuatkan hati lelakinya gelisah dan tidak tenteram. Saban malam Khalish tak boleh tidur lena memikirkan masalah yang dia cipta sendiri.

    Qaisara hilang sabar dengan reaksi Khalish. Lantas bahu khalish ditolak kasar.

    “ Aduh!!!.......kenapa Sara pukul Khal” ujar khalis sambil mengeurut bahunya yang sedikit sengal.

    “ Yang Khal mengelamun jauh tu pasal apa. Dah la cakap tergantung. Cepat la, Kalau khal tak mahu cakap biar sara yang cakap dulu.”

    Dia sudah boleh agak apa yang bakal diperkatakan oleh Khalish. Dan dia yakin keputusannya juga sama dengan keputusan yang bakal khalish perkatakan. Dan kini dia sudah pasrah. Apa sahaja yang berlaku dia terpaksa teima…hatinya berbisik sendu. Dengan penuh hati-hati khalish bersuara.

    “ Okaylah, Khal sebenarnya nak berterus terang dengan Sara yang Khal rasa cukup la hubungan kita sekadar kawan biasa je buat masa nie…..”

    Khalis meraup mukanya. Rasa bersalah terus menyelubung hatinya. Dia cuba meraih tangan Qaisara dan menggengam erat.

    Qaisara terkejut.Terkesima Qaisara mendengarnya. Tangannya ditarik laju dari gengaman khalish. Kelu dan kaku tubuh tatkala mendengar keputusan Khalish.Ternyata telahan dia selama ini tepat sekali. Qaisara tidak terkejut langsung dengan pernyataan itu. Sememang dia sudah agak semuanya akan berakhir begini. Dia cuba menahan air mata dari gugur di dipipi. Dia tidak mahu nampak lemah di mata Khalish. Biarlah dia yang menaggung kesedihan sendirian. Harapan dan impiannya sudah musnah.

    “ Sampai hati Khal buat sara macam nie…..apa salah Sara. Kalau itu la yang Khal inginkan lebih kita tak payah jumpa lagi sampai bila. Sara benci Khal…Benci!!! Anggap la Sara dah mati dalam hidup Khal. Ambil semula semua hadiah-hadiah khal yang Khal bagi pada Sara. Sara tak mampu nak menyimpannya lagi. Kalau Khai tak mahu buangkan saja.” Terkeluar juga kata-kata dari bibir halus Qaisara penuh sebak.

    Padanya mencintai Khalish satu kebahagian dalam hidupnya…tapi sebaliknya kesegsaraan yang dia dapat. Satu kesilapan besar dalam hidupnya. Khalish tertunduk bisu.cuba mencari kekuatan semula.

    “ Sara, Khal minta maaf” rayunya.

    Wajah Qaisara direnung sayu. Sugul. Ternyata Gadis itu sangat tabah dimatanya.

    Qiasara tidak mampu mengawal emosinya.Sinis dan tegas dia bersuara.

    “ Maaf!!!, mudahnya Khal melafazkan kata maaf. Setelah kasih yang sara bagi Khal campakkan begitu saja. Kalau dari dulu Sara dengar nasihat kawan-kawan, mesti sara tak sakit hati macam nie. Mesti sara tidak kecewa begini.Selama nie Sara cuba tak mempercayai kata-kata orang. Rupa sara tersilap. Sara tersilap menilai Khal sebenarnya. Sara marah-marah pun tak guna. Herm… Sara sedar, cinta tidak boleh dipaksa. Sara doakan Khal Bahagia dengannya.” Bergetar dihujung suara Qaisara kerana menahan amarah yang membara.

    Lantas langkah kaki di ayun laju. Qaisara sedikit pun tidak menoleh kebelakang. Laju dan semakin laju dia berjalan. Air mata yang cuba ditahannya gugur juga ke pipi…Hangat seperti mana panasnya hati Qaisara. Bengang….usah dikata. Hanya mampu dia lakukan berlari dan terus berlari. Dia tercari-cari dimana Balqis berada. Hanya balqis tempat dia mengadu dan meluahkan perasaan yang berserabut.

    Sampai dibilik dia terus menangis semahu-mahunya. Hampir bengkak biji matanya.

    Suraya Balqis terkejut. Merona merah mukanya menahan marah. Nasib dia cepat sampai. begitu sekali tindakan Qaisara. Panadol sepapan dan air coca-cola diambil dari tangan Qaisara.

    “ Sara!! Apa kau buat nie…kau tak sayang nyawa kau ker?” herdik Balqis sambil menarik tangan Qaisara. Dirangkul kemas dalam pelukannya.

    Qaisara terkejut. Botol air coke terpelanting.

    “ Lepaskan aku Qis…biar aku mati…” luah Qaisara penuh geram dan marah.

    Emosinya sungguh tidak stabil. Dia merenung Balqis penuh sendu. Mohon simpati dari sahabatnya. Akhirnya pelukan Balqis dibalas. Terasa tenang sebentar.

    Balqis cuba memujuk. Qaisara perlu ditenangkan.

    “ Sara, cuba ingat Allah, istighfar banyak-banyak…..jangan diikut perasaan marah kau. Kau ingat dengan cara begini hati kau akan tenang.” marah Balqis atas tindakan bodoh Qaisara.

    Kalu ikut hatinya mahu dilempang pipi Qaisara. Tapi dia sedar.Bekeras bukan satu tindakan bijak. Bimbang. Memang dia bimbangkan Qaisara. Tindakan bodoh Qaisara membuatkan dia takut meninggalkan Qaisara seorang diri.

    Sememangnya Qaisara sudah mati akal. Berserabut, dia buntu untuk fikirkan segalanya. Cuma yang dia tahu dia kesal sangat. Sayangnya pada khalish terlalu dalam. Hanya dia sahaja yang mengerti seluruh persaan yang dia rasai saat ini. Mungkin ia adalah cinta pertama Qaisara. Menyesal sungguh dia memberi cinta pada Khalish. Dalam keadaan tertekan dia cuba menahan. Dia redha kerana Khalish kini bukan miliknya. Khalish kini milik orang. Dia terpaksa melupakan Khalish walaupun dihati penuh cinta dan sayang.

    “ Sudah la Sara…..dah lewat malam nie…tengok dah pukul 2.30pagi ni….hari hendak hujan pula tu, buat apa kau berembun kat tengah padang nie.Kau tak malu ker orang semua tengok kita nie. Jom la…kita balik kebilik.” Balqis cuba memujuk sambil menarik tangan Qaisara.

    Qaisara mengeraskan diri. Puas ditarik dan dipujuk…akhirnya dia akur juga.

    Qaisara terus merangkul bahu Balqis . Balqis dipeluk erat…Qaisara menangis tersedu –sedan dalam pelukan Balqis..

    Balqis cuba menenangkan Qaisara. Hanya itu yang dia mampu lakukan. Air mata Balqis juga hangat mengalir. Pilu pabila melihat keadaan Qaisara. Dia tahu betapa sayang dan cinta Qaisara pada Khalish. Timbul perasaan marah yang membara terhadap Khalish dihati Balqis. Dia Berazam suatu hari nanti dia akan balas dendam balik atsa apa yang Khalish lakukan terhadap sahabat baiknya itu.

    Dengan sedikit kekuatan dia cuba bercerita pada Balqis. Hembusan nafas yang pelahan dia memulakan bicara.

    “Qis, aku dah putus dengan Khal….dia yang putuskan hubungan kami. Dia kata dia lebih cintakan gadis itu. Khalish benar mengguris hati aku. Aku tak mampu nak hadapi semua ni Qis..aku lemah sangat. Aku terlalu sayangkan dia.” Luah Qaisara penuh sendu.

    “ Aku dah tahu Sara. Khal call aku tadi.Tapi kau jangan la macam nie..Sara, cuba kau pandang muka aku….kau kena kuat semangat. Jangan kerana perkara kecil nie kau nak sakitkan diri kau. Dia pula berseronok dengan kekasih baru dia. Sepatutnya kau kena bangun…buktikan pada khalish yang kau lebih baik dari apa yang dia fikirkan.” Balqis cuba memberi semangat.

    “Qis, aku malu pada kawan-kawan kita, aku malu pada diri aku sendiri, aku sanggup marah kawan-kawan bila mereka mengadu khalish curang….aku malu Qis…aku malu!!!…..” Qaisara tak mampu membendung rasa hatinya lagi.

    “ Sudah la sara…semakin kau layan perasaan kau…semakin kau jauh tertekan….” Balqis tidak henti-henti memujuk. Bimbang Qaisara bertindak jauh. Dia takut kehilangan sahabatnya itu. Ternyata Balqis memang sahabat setia.

    “ Jom masuk bilik….rehat..jangan buat perkara yang bukan-bukan. Kesian mak ngan ayah kau kat kampung.” Balqis bersuara sambil memapah Qaisara masuk kebilik mereka.

    Qaisara akur dengan desakan Balqis. Sekurang-kurang hatinya terasa lega selepas meluahkan segalanya pada Balqis. Balqis memang seorang sahabat yang baik. Dia suka berkawan dengan Balqis kerana mereka mempunyai banyak persamaan. Malam itu dia cuba tidur tanpa bayangan Khalish. Dia akan cuba belajar melupakan Khalish. Dalam Hatinya kini tiada lagi cinta untuk insan bernama lelaki. Cukuplah hatinya di sakit dan dilempar sesuka hati. Dia tidak mahu dirinya dipermainkan lagi. Sakit hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu. Sepanjang hidupnya hari ini dia terasa sangat sepi. Hari yang akan menjadi kenangan daam hidupnya. Diambilnya diari miliknya di bawah bantal lantas dicatat sesuatu….

    “ Hargai apabila berdua….Sayangi Apabila bersama…
    Maafkan Apabila terluka…Rindui apabila berjauhan….
    Fahamilah apabila berperasangka…Ingati saban Ketika…
    kerana Allah kasih tercipta….”
    Kini dia cuba pasrah atas ketentuan takdir…dia menyelak helaian demi helaian diari kesayangannya…dia pandang catatannya dua hari sebelum bejumpa Khalish…

    “ Ya Allah…Andai aku masih diberi kesempatan…Izinkan aku terus menyintainya. Namun, andai aku tiada jodoh dengannya….biarkanlah cinta ini hidup sekali sahaja……”

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...