Friday, April 30, 2010

Balik Kampung

Wah dah lama x balik kampung...tak sabar nak tunggu esok. Hope malam nie Aneesa semakin sihat dan x meragam lagi. Bulna 6 balik Kampun Hubby lak...hubby pun dah lama x jumpa mak ngan ayah dia...rindunya kat semua......

Sekarang idea semakin kurang bila nak menulis di blog...kena ambik masa...lagipun sekarang rina busy sangat...tak sempat nak melawat blog kawan2....minta maaf sangat2..pada kawan jgn ingat rina dah lupa pada anda semua...tapi masa terlalu mencemburui rina...landgsung x berkesempatan nak berjalan2 umah kawan2....

minggu nie plak...neesa asyik baangun awal jer...kol 4 pagi jer dia dah bangun...siap ajak kita main lak...huhuhuhu...mengantuk mama kat tempat kerja...kalu x alayan habis mata hidung di korek ngan jari halus dia......Aneesa...Aneesa.......

Tuesday, April 27, 2010

Bosan....

Aku rasa sangat bosan malam nie...
nak layan Tv pun x ada cerita yang menarik hati...
so layan entry kawan blog jer...
Aneesa lak dah tidur....

Thursday, April 22, 2010

Nak try Wat Novel

 Kawan2..rina baru nak try wat novel....rasa2nya boleh ker...kat bawah nie rina ada draft bab 1 utk novel nie...so apa pendapat korang..boleh sambung ker atau tak best...bab nie pun x habis lagi....tapi nak tanya pendapat ramai dulu...mana tau dgn sokongan korang leh dpt ilham...

***********************************************************
bab 1

Sejak akhir-akhir nie dia tak ada selera nak menyentuh makanan.
Qaisara asyik termenung panjang. Perubahan Qaisara menjadi tanda tanya dikalangan teman-temannya. Balqis yang sejak tadi melihat gelagat Qaisara bersuara.
"Sara...aku tenggok kau asyik termenung jer kebelakangan ni."
"Entah la Qis sejak dua tiga hari nie aku rasa tak sedap hati la"
"Tu mesti fikir yang bukan-bukan lagi la pasal Khalish."
Ujar Balqis sambil berlalu ke kaunter pembayaran. Qaisara membontoti Balqis dari belakang tanpa menjawab sepatah pun pertanyaan temannya. Selepas selesai membuat bayaran mereka beiringan pulang ke kolej.
"Petang nie kau ada kelas ker?
"Tak ada…Kenapa?
Saat ini dia malas nak berceloteh panjang dengan sesiapa pun.
Bayangan wajah Khalish dengan seorang gadis sentiasa tebayang di layar matanya.
Mesra sekali layanan Khalish pada gadis itu. Hati Qaisara tiba-tiba memberontak.
Siapa gadis disisi Khalish? Dia bermonolog sendiri.
Puas dia memikirkannya tapi masih belum temui sebarang jawapan.
Patut ker dia terus bertanya dengan Khalish.
Tapi nanti Khalish kata aku mengintip dia pula dan cemburu tak tentu pasal.
Arghhhh!! Kusut kepala otak aku fikirkan hal ini. Qaisara cuba berteka-teki.
Atau aku cuba tanya pendapat Balqis. Tapi aku malu la pula. Kalau tekaan aku salah nanti Balqis kata apa pula kat aku. Apa patut aku buat. Jerit hati Qaisara.

Selesai melipat telekung Balqis menyentuh bahu Qaisara. S
Sejak seminggu ni dia asyik lihat Qaisara termenung je.
Dia ingin bertanya, tapi dia takut dituduh suka jaga tepi kain orang.
Walaupun dia tahu Qaisara adalah teman baiknya.
Tapi itu tidak bermakna dia boleh ambil tahu segala hal peribadi temannya itu.
Pada Balqis biarlah Qaisara bercerita sendiri kepada dia. Tidak sesekali dia melanggar prinsip hidupnya semata-mata mahu mengorek rahsia hati teman baiknya.
"Oh mak kau... Woi terperanjat aku...apa la kau nie Qis..."
"Kau berangan apa Sara, sampai aku panggil berkali-kali pun ko tak dengar."
" Kau panggil aku ker Qis? Maaf la aku tak dengar tadi. Kau nak apa?" " Kalau kau tak ada kelas jom temankan aku main tennis petang nie."
Qaisara senyum meleret pada Balqis penuh pengertian.
"Dah dah.... tak ada senyum-senyum....nak tak nak kau kena ikut aku juga main tennis petang nie."
"Ala Qis...aku malas la...kau ajak la Lia atau Mira temankan kau. Diaorang pun bukan ada kelas petang nie."
Qaisara cuba beralasan. Namun alasannya disambut gelak ketawa oleh Balqis. Akhirnya dia akur dengan desakan Balqis.Dia lupa seketika tentang Khalish. Dia lupa segala persoalan yang sering bermain dibenaknya sejak seminggu yang lepas.
“ Ye la aku temankan kau petang nie…tapi ada syarat tau?”
“ Apa dia syarat yang kau kenakan Sara?”
“ Mmmm………Syarat yang senang jer…apa kata petang nie kau belanja aku minum milo ais.”
“ Belanja minum jer…alahai ditanggung beres “ bidas Balqis sambil menyimpan kain telekung ke tempat asal.

Qaisara berlalu kebilik air untuk mandi dan mengambil air sembahyang.
Dia baru teringgat yang dia belum lagi menunaikan solat Zohor.
Baru dia sedar yang dia dah berangan agak lama. Selesai menunaikan solat, Qaisara berbaring dikatil. Niatnya nak merehatkan badan tapi terlelap pula dia. Sedar-sedar jam dah pukul 5.30 petang.
Balqis dah siap berpakaian, Sementara menunggu Qaisara siap dia capai Novel dia atas meja bersebelahn katilnya.
"Sara...cepatla sikit!"
"Kejap la Qis....aku nak sembahyang Asar dulu. Kau Bagi aku masa 10 minit okay."
" Ye lah...Cepat sikit,"
kelam kabut Qaisara bersiap, kalu boleh diatakmahu Balqis menggu dia agak lama.
" Okay jom kita pergi...bawa keta kaula..aku malas nak drive."
" No problem...jom la...nanti lewat sampai ada orang lain plak dapat dulu."
Sedang asyik Qaisara bermain tiba-tiba dia terpandang kelibat seseorang....susuk tubuh yang amat dia kenali...tersentak jantung Qaisara bila terpandang lelaki itu dengan gadis yang sama dia lihat tempoh hari. Patulah beberapa hari ni Khalsih asyik sibuk.Rupanya sibuk berkepi dengan perempuan lain. Setahu dia, selama ini dia tak pernah ada masalah dengan Khalsih, Tapi kenapa Khalish menipu dia. Tanpa dia sedari, air mata dia mengalir hangat dipipi. Situasi Qaisara dapat dilihat oleh Balqis. Kini baru dia tahu masalah yang menimpa Qaisara.
"Sara kau okey ker?"
"Qis aku okey...kau tak perlu risau."
"Kalau kau nak balik, kita balik sekarang."
" Tak payah la QIs, awal lagi nie...kita teruskan permainan nie"
"Tapi aku tengok kau macam tak bermaya jer.Sara jom la kita balik dulu."
"Tapi aku okey la Qis....aku tak ada apa-apa. Kita balik sat lagi la"
"Kalau kau dah kata macam tu aku tak boleh buat apa la"

Tuesday, April 20, 2010

Pertemuan Yang Tak Disangka....


Bulan nie aku Happy sangat...korang bayangkan aku dah lama x jumpa member2 masa sekolah dulu...hampir 12 tahun.....tapi kuasa tuhan tiada siapa yang tahu...tanpa dirancang, cuma dengan satu panggilan aku dapat jumpa dua sahabat  baik aku masa sekolah menengah dulu...rasa seronok sangat...Pertemuan yang tak dapat aku lupakan.........
 


Dalam gambar nie..Puan Norlida member sekolah dulu...kami selalu belajar sama2 masa sekolah. Kami satu study group, satu tuisyen...bleh dikatakan kami sentiasa belajar sama2. Selepas SPM masing2 bawa haluan..Nolida sambung belajar di UPM,aku plak jauh diutara, UUM...walaupun kg dekat kami tak pernah jumpa...mungkin timming balik kg x sama....hehehee...

Nak dijadikan cerita, 4 April 2010 hari tu kami berjumpa di Melaka, secara kebetulan dia pun ada dimelaka.SO aku abikpeluang jumpa dia di sana, sebba minggu tu memang aku nak jalan2 kat Melaka...Seronok sgt masa tu....seharian kami borak pasal2 zaman dulu...kebetulan plak Hubby dia pun sporting...best sgt..siap g jalan2 kat zoo melaka, ni utk Aneesa...supaya dia x boring...gmbr2 lain akan diupload kemudian...puas pusing zoo kami g bandar hilir....lepak2 kat sana.....best sesangat..siap round bandar naik beca lagi...thanks ida....aku gembira sangat.......



Ni plak..kami jumpa last weekend.....masa nie Norlida jemput makan tengahari umah dia...rupanya kami tinggal tak jauhmana...so dah alangnak g umah dia...kami call sorabg lagi member sekolah...dan tak sangka lak dia pun free,,,, sorang lagi nama dia Nor Azliawati.....Lia aku happy dpt jumap ko.....
Lepas makan kami jalan2 kat putrajaya....ambik angin petang....masa nie pun aku happy sgt...memang tak sangka leh jumpa diaorg berdua.....Annesa pak ambik peluang berlari2 di dataran Putrajaya...gamabr kat putrajaya pun akan di upload kemudian....

So, bulan nie terlau manis untuk aku kenangkan.......pertemuan dengan sahabat2 yang hampir 12 taun x jumpa...bagaikan mimpi aku rasakan....hopelepas nie aku dpat jumpa lebih ramai kawan2 sekolah dulu2.....To Lia ngan Ida...Thanks sebab sudi luangkan masa bersama aku.......Love u all....to abang mekasih yer bawa sayang jumpa kawan...to kak roselawati...time kasih gak sebab x malu2 ngankawan rina...pas niekita g jalan2 lagi kay..... to my cute daughter...time kacih sebab x buat peragai masa mama jumpa kawan mama.....

Saturday, April 17, 2010

Cerita minggu ini....

Aduh.....dah lama betul x mencoret kata2 dalam blog ku ini....lewat ini, aku agak busy skit.....tak sempat langsung nak buka blog...lagipun minggu nie Aneesa x berapa nak sihat...demam+batuk+selesema.....so membuatkan hidup aku agak berserabut skit.....siap muntah2 lagi...so lagi la aku bertambah bimbang......

Hari isnin 12 April 2010, aku dapat call dari pengasuh Aneesa katakan Aneesa muntah2...muka pucat...aku terus ambik halfday haritu...sib baik office ngan umah dekat...kalu tak kacau bilau gak la....memang aku dah agak sebab Aneesa memang dah demam dari hari sabtu 10 April 2010 lagi...petang sabtu masa aku dan family on the way balik dari IKEA, makan karipap jer kat sana....dah lama tak makan, so ajak la hubby ngan kak ipar g makan karipap kat IKEA, tiba2 Aneesa muntah2 kat dalam kereta. Angin tak ada ribut tak ada tiba2 dia muntah2 plak....habis kereta bau muntah Aneesa...sib baik dah dekat nak sampai umah masa tu.....sampai umah terus aku mandikan Aneesa dan tdurkan dia....ingatkan dah ok la.....puul 12.30 dia terjaga akibat batuk.....aku sapu vick kat dada dia....mula2 batuk ok la lagi...batuk kali kedua...dia muntah lagi...habis kena cadar...dah satu hal nak kena tukar cadar plak...aku bernasib baik cadar tu berlapais...so tak la kena tilam.....lepas bersihkan semua tu....aneesa tdur semula.....ada la dalam kol 1.15am dia tdur balik....aku pun baring la tepi dia....baru jer aku nak terlelap.....dalam kol 2.45am dia muntah balik.....kali ni siap menangis lagi.....hati aku risau sangat.....apa la kena ngan Aneesa masa tu......sekali lagi kena bangun bersihkan dia....lastly aku ambik kata putus tdo atas toto jer...kalu apa2 hal senang nak basuh......kali nie Aneesa macam gelisah sikit...badan dia tuhan jer yang tahu panasnya...so aku terpaksa la lap2kan badan dia utk hilangkan panas....aku takut sangat nak tdo...takut apa2 terjadi....dalam kol 5 pagi baru la Aneesa tdur......so aku ambik esempatan utk lelapkan mata buat seketika.....dapat la aku tdur dalam 1 jam setangah , sebab Aneesa tejaga dalam kol 6.45am..........Hari Ahad tu aku just rehat kat umah memandangkan Aneesa still lemah... pagi isnin aku namapak dia dah ok...walaupun mood dia x berapa nak ceria...aku gagahkan diri hantar dia umah pengasuh......tapi sangkaan ku meleset bila dapat call dari pengasuh dia kata Aneesa muntah2 dah x bermaya.....

Selasa 13 April 2010, Aneesa agak aktif sikit hari nie.....So aku still boleh pergi kerja....Alhamdulillah, tak ada apa2 berlaku sepanjang aku bekerja....tapi malam dia demam balik...badan dia panas...tdur meracau2 dan gelisah...sekali lagi aku x tdo malam....aku sentiasa lapakan badan dia agar suhu dia x makin meningkat.....

Rabu 14 April 2010, aku sekali lagi terpaksa EL....Aneesa merengek sampai kesubuh...dah la tu tak nak berenggang sikit pun dari orang...asal aku tinggalkan dia jer pasti dia menangis.....kesian kat bos aku terpaksa cuti lagi...sure bos aku upset ngan aku...ye la tugas at opis dah terbengkalai....maaf banyak2 yer en mizan....tapi malam nie Aneesa tdo agak lena...so aku leh masuk kerja esoknya....Alhamdulillah....

Khamis 15 April 2010, Aku bekerja seperti biasa.....Aneesa dah x muntah2 lagi....Deman pun dah berkurangan, tinggal selsema jer....aku rasa amat lega.....dia pun dah mula gembira dan mahu bermain....susu pun dah minum dengan banyak.....Aku bersyukur sangat......

Jumaat 16 April 2010, Aneesa dah semakin sihat dan ceria...kerja2 kat opis pun dah settle mana yang tertangguh....cuma ada satu aku tak puas hati....clerk lama boleh plak simpan bank-in Slip tanpa rekod kat invoice...angin aku satu badan kena match plak ngan invoice........rasa nak baling kediding jer.......tapi apa2 pun aku kena sabar banyak2...adat la bekerja.....

So untuk minggu nie tak ada benda menarik pun nak share ngan kawan2....cuma peristiwa Aneesa yang x berapa nak sihat jer......Ok la dah lewat malam nie...nak masuk tdo la dulu....Gud nite semua.....Salam sayang buat semua kawan2 diluar sana......

Thursday, April 1, 2010

Hello Semua...

Wadus...wadus...dah lama tak post entry kat blog nie.....untuk pengetahuan kawan2 rina dahdemam dekat 4 hari dah nie...kejap rasa ok...kejap rasa sejuk.....dengan hidung tersumbatnya....arghhhhhh taklaratnya. Semlam bleh la plak batuk2...lagi la bertambah tak larat......

Badan nie rasa lenguh2 jer....kalu la ada orang urutkan...mesti best kan.....kesian Aneesa...2 3 hari nie rina tak berapa nak pedulikan dia....bila tgk dia tdo rasa kasihan plak...tapi memang badan tak larat sgt...nasib baik abah ngan mak lang dia ada...so ringgan la beban sikit....

Hari nie...hidung x selesa, tekak pun sakit...nak telan air liur pun sakit....huhuhuhu nak kena ke klinik lagi sekali la nie....tak pernah kena skit lama macam nie.....letihnya mama......kepala pun pening jer.....Pendek kata x larant sangat2...........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...