Monday, July 19, 2010

MY BLOGSHOP

Salam kawan-kawan....Berita baik buat anda semua Sempena Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma...riena berbesar hati telah menubuhkan sebuah blogshop online "R&R BABYSHOP COLLECTIONS" . Kami menawarkan pakaian khas untuk si manja anda dengan harga yang amat berpatutan. Cepat dapatkannya sementara stok masih ada.

R&R BABYSHOP COLLECTIONS
 
Kami Menjual Pakaian Berjenama Untuk Kanak-Kanak Seperti GAP, GUESS, POLO RL, MOTHERCARE, CARTERS, OSHKOSH, OLD NAVY, DISNEY, NOVA, LEVI'S DAN LAIN-LAIN. 
 
Jualan kami dilakukan secara online untuk memudahkan pembeli membuat pilihan.
 
Sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah menghubungi@sms saya ditalian 013-3170583 (Rina)/ 013-3312469(Ros) @ email: babyshop.collections@gmail.com
 
For more info, please visit our blogshop at "R&R BABYSHOP COLLECTIONS"
HAPPY SHOPPING!!!

Wednesday, July 14, 2010

Ciri-ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh ibubapa

Dalam sesebuah keluarga, kehidupan anak-anak sentiasa dibawah kepimpinan bapa dengan bantuan ibu. Oleh itu, pembangunan keluarga banyak bergantung pada pemimpin yang bijaksana, kuat dan berani. Sebaliknya, keruntuhan keluarga disebabkan kejahilan, kelalaian dan kelemahan pemimpin.Disini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua apakah ciri-ciri kepimpina yang perlu dimiliki oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Menurut Jean Piaget peringkat pembelajaran anak-anak melalui 4 peringkat iaitu:-

1. Peringkat Deria Motor (0-2 tahun)

2. Peringkat Praoperasi (2- 7 tahun)

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)

4. Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas)

Pada peringkat bayi, perkembangan kognitif terbatas. Walaubagaimanapun, seorang bayi biasanya sudah ada persepsi tertentu pada suatu perkara iaitu melalui penglihatan dan pendengarannya. Begitu juga dengan bantuan ibu bapa, mungkin bayi dapat mengenal & menyebut suatu benda. Pada peringkat awal, kanak-kanak kebanyakannya bertambah keupayaan berfikir seperti dapat memahami konsep nombor, saiz objek, betul ataupun salah dan baik ataupun buruk. Perbendaharaan kata bertambah kerana mereka selalu bertanya pada keluarga sekiranya tidak memahami apa yang dilihat. Tanggapan kanak-kanak pada suatu perkara selalunya dipengaruhi oleh perasaan egosentrik.

Kanak-kanak berusia 10 tahun biasanya dapat menunjukkan penguasaan dalam aspek pengiraan termasuk yang berbentuk masalah. Mereka juga dapat mengingat mengikut urutan-urutan masa & peristiwa tertentu. Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini dapat membezakan saiz objek yang dilihat, mengelaskan cerita ataupun karangan. Kanak-kanak yang pandai biasanya menghabiskan masa membaca & membuat kerja-kerja yang disuruh oleh guru. Mereka menunjukkan kemajuan dalam pelajaran sekiranya mendapat galakan & sokongan daripada ibu bapa.

Golongan remaja pula sedang berlumba-lumba mendapatkan kecemerlangan akademik seterusnya bercita-cita mendapatkan pekerjaan yang paling sesuai bagi diri mereka. Bagi mencapai matlamat itu, remaja sanggup berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan orang dewasa. Bagaimanapun, tidak semua yang berjaya dalam mencapai kecemerlangan dalam peluang itu. Ada antara mereka mempunyai keupayaan mentaliti yang terbatas kerana mengalami berbagai-bagai masalah seperti kecewa dalam cinta, kekurangan dan selalu memikirkan perkara remeh. Dalam masa yang sama, remaja juga terpaksa berhadapan dengan pendirian hidup yang sebenar dan persoalan mencari identiti yang tersendiri.

Oleh itu, bagi membimbing dan mendidik anak-anak adalah penting bagi ibu dan bapa menyesuaikan cara didikan mengikut peringkat umur. Setiap ibubapa memiliki kepimpinan dalam mendidik anak-anak bagi proses perkembangan kognitif.

Menurut Hassan Mohd Ali (1996) dalam buku berjudul Mendidik Anak Pintar & Cerdas, ciri-ciri kepimpinan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

1. Memberikan kasih sayang
Memberikan kasih sayang kepada anak-anak adalah elemen penting yang mempengaruhi perkembangan fizikal & kognitif anak-anak. Ketenteraman emosi kedua-dua pihak ibubapa dan anak diperlukan bagi meransang daya fikir dan intelek anak. Ketenangan dan kestabilan emosi ini membolehkan anak-anak menyerap seberapa banyak pembelajaran & pengalaman yang diterima daripada ibubapa & persekitarannya.

2. Mendidik anak menggunakan disiplin positif
Perkembangan anak-anak dapat ditunjukkan oleh ciri-ciri suka bertanya dan gemar mendesak supaya perasaan ingin tahu dipenuhi dengan segera. Sekiranya ibu bapa terlalu sibuk dengan tugas seharian sehingga tidak bersedia melayan karenah anak-anak, ini menyebabkan anak berasa tidak dipedulikan. Keadaan ini juga menyebabkan naluri penerokaan anak terbantut dan meninggalkan kesan negatif pada perkembangan kognitifnya. Bagi mengatasi masalah ini, ia memerlukan bantuan disiplin supaya anak berupaya mengawal diri.

3. Bersikap empati
Empati ialah berusaha memahami dan menunjukkan rasa pemahaman yang sebenar berkenaan apa yang difikirkan, dirasakan dan dialami oleh orang lain dalam diri sendiri. Perasaan empati pada keadaan anak dapat membantu anak mengembangkan kebolehannya sebaik mungkin.

4. Komunikasi berkesan
Perhubungan yang sihat bagi perkembangan kognitif anak-anak adalah dengan menggunakan perbincangan dan teknik komunikasi yang berkesan. Semasa berkomunikasi, ibu bapa perlu menyampaikan mesej secara berterus terang kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu membina asas kemahiran interaksi di kalangan anak-anak.

5. Menanamkan keyakinan diri anak-anak.
Dalam meningkatkan potensi diri anak-anak, dorongan dan sokongan daripada ibubapa diperlukan. Keyakinan diri yang terbina menjadi suatu kekuatan dan motivasi bagi anak supaya belajar, memajukan diri, mempertajamkan daya intelek dan mengatasi cabaran yang dihadapi oleh mindanya.

6. Pendidikan melalui teladan.
Ibubapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Setiap tingkah laku & gaya ibubapa menjadi model yang akan dirakam dan dilakonkan semula oleh anak-anak. Ibubapa mengharapkan anak yang pintar dan cerdas. Maka ibubapa sewajarnya mengambil inisiatif bagi membentuk kesempurnaan diri sendiri dan mengambil peluang memaparkan segala contoh yang terbaik supaya diikuti oleh anak-anak.

7. Meransang otak melalui bahan mainan.
Sudah menjadi kelaziman bagi anak-anak kecil meminati segala jenis bentuk permainan. Kita sering melihat anak-anak kecil leka bermain sehingga tidak mempedulikan aktiviti-aktiviti lain yang berlaku di sekeliling mereka.Bagi anak-anak kecil bermain adalah seperti belajar. Semasa bermain semua sensori pancainderanya digunakan selain daripada gerak laku fizikal yang berlaku berikutan dengan itu.

8. Meransang otak melalui pemakanan.
Makanan adalah satu tuntutan asasi. Menurut Birch dan Gussow (1970) dalam bukunya berjudul Disadvantage Children mengatakan, kanak-kanak yang mendapat nutrisi yang cukup, ukuran kecerdasannya adalah tinggi. Ibu bapa perlu peka apabila merancang, membeli, memasak dan menyajikan makanan supaya makanan itu secara langsung dapat membantu meningkatkan keupayaan dan kecerdasan otak anak-anak.

* Sumber diperolehi daripada buku Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan, tulisan Azizi Yahay, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...