Saturday, October 31, 2009

Aneesa kembali dengan pelbagai aksi....

Okies...kali nie kita layan PIC Aneesa yang susah sangat nak pakai baju bila pas mandi...tengok la...macam2 ragam dia....
Gud girl....best ye dah mandi...so jom mama wangikan badan ngan bedak......ceria jer wajah dia bila dah mandi...masa nie belum pakaikan bedak tapi bila nak pakai bedak tgk la apa jadi...layan pic kat bawah plak...
Eii sayang mama jangan la nangis...kita pakai bedak dulu...baring la diam2...nanti badan E-cha ( nama timanagan kat umah ) wangi la bila pakai bedak...puas la mama pujuk dia..then lama2 dia mengalah gak... so tgk pic bila dia dah ok...

yeyeye dah senangdah.....bila dah ok...senang jer naka buat apa2 kat dia....masa dia ngamuk..dekat 15min gak la kena pujuk....sangat bagus aneesa buat mama macam nie....tak ada upah nanti.....rajin2 la buli mama yer...

okies...la....tak ada idea la nak wat en3 hari nie....asar semua tak bosan saya update la mana yang termampu....nanti ada citer best kita share sama2 lagi...selamat hari sabtu...and enjoy your weekend.....

Thursday, October 29, 2009

Freaky Face at Your Day Contest

Contest lagi....Aduss tak habis2 contest...memang mabuk contest..tapi nak join gak.....menang atau kalah lain kira....Well kali nie nak join contest anjuran Pu3zdini sempena menyambut anniversary yang ke-3 bersama en MAN pada 10th November nie.

So jom kita pakat ramai2 memeriah contest pu3zdini... so pada saper2 nak join bleh temgok TnC kat bawah erus ke blog Pu3zdini


Contest ini terbuka kepada semua blogger

Bermula dari 1st November hingga 30 November 2009
(Sempena bulan anniversary Pu3zdini)

TnC nyer simple jer
1. WAJIB menjadi FOLLOWER blog Pu3zdini dan Fasha...(kalo salah sorang dikira tak lengkap ok..)
2. ADD link blog pu3zdini dalam bloglist anda.
3. HARUS letakkan banner di sidebar blog anda. Banner tersebut perlulah di link dengan link ini. 4. PERLU upload sekeping sahaja gambar anda & pasangan anda yang benar-benar kelakar masa hari perkahwinan anda.Bagi tunangan orang pun boleh join dengan mengupload gambar anda & pasangan anda ketika majlis pertunangan.Yang penting gambar tersebut mempunyai gambar muka anda & pasangan yang paling kelakar (yang cover-cover cun tak mau tau...)
Nyatakan nama anda & pasangan serta tarikh hari bersejarah tersebut.
5. Buat entry tentang contest ini pada blog anda. Dalam blog tersebut mention dan link ke blog pu3zdini (no link back will be disqualified)
6. Sila tinggalkan comment dan link contest anda HANYA di post entry ini

Hadiah Akan diberitahu kelak.... Pu3zdini nak bagi suspense skit jengjengjeng

^

^

^

^

^

Jeng...jeng..jeng.... Ini la gambar yang saya pertaruhkan bagi contest kali nie....

NAMA : SABARINA MOHAMAD NAPIAH

PASANGAN : ROSPARINI BIN RASLI

TARIKH : 12 JAN 2008

Gambar di ambil masa akad nikah.... kenapa gambarr nie saya kata lucu..sebab masa saya cium tangan hubby saya...dia boleh berbisik ngan orang lain...nak tahu apa yang dibisiknya...sehari sebelum dia kerumah saya diorang satu family cat rumah...so dia bisik kata " cium tangan bau tinner " habis semua orang gelak kat kitaorang.....waakaka!!!

Monday, October 26, 2009

....Tinta Hati Buat Puteri Mama....

Salam sayang buat puteri mama.....Mama terlalu sayangkan Nur qaireen Aneesa....Setiap saat nama puteri mama tak pernah mama lupakan.....

Tinta nie mama buatkan khas buat puteri mama. Mama nak ceritakan segala-galanya. Mama mahu puteri mama tahu betapa kasih dan cinta mama ikhlas buat dirimu Nur qaireen Aneesa Selama 9 bulan Puteri mama di dalam kandungan mama. Betapa saat itu terlalu manis untuk mama kenangkan. Mama sentiasa terbayang saat puteri mama menendang perut mama. Mama rasa bahagia sangat saat itu. Alhamdulillah, sepanjang mama mengandungkan Nur Qaireen Aneesa, ALLAH kurniakan kesihatan yang baik dekat mama. Setiap saat mama tak sabar menanti. Tak sabar nak menyentuh dirimu buat kali pertama.... Mama sentiasa berdoa pada ALLAh agar mama dan puteri mama selamat.

Di jadikan cerita waktu last check-up mama, nurse cakap mama kena admit sebab tekanan darah tinggi... Masa tu mama takut sangat..... Semua nurse suruh mama bertenang....berapa kali nurse kat klinik check tekanan darah mam, still sama jer result. Setelah berapa kali diaorang check tekanan darah mama tak ada perubahan. So nurse suruh mama call umah prepare barang Aneesa ngan mama,Kebetulan abah aneesa dah balik KL sehari sebelum tu. Opah terus call abah, beritahu mama kena admit. Kesian Abah, masa tu dia tengah kerja sayang...Abah tak cakap banyak terus balik umah, kemas apa yang patut, dan terus bergerak balik ke perak. Opah banyak kali call abah, ingatkan dia jangan bawa laju. Opah bagi tau mama bukan sakit nak bersalin. Memang masa tu mama tak rasa sakit pun. Tak ada langsung tanda mama nak lahirkan sayang.

Sepanjang di hospital, mama sentiasa dipantau, 2 jam sekali tekanan darah mama diambil...ubat usah dikata, dah pahit tekak mama...tapi, demi anak yang bakal mama lahirkan, mama rasa semangat nak makan ubat.Masuk hari kedua, 5 dec 2008, Pukul 6 am doktor datang check mama, alhamduillah tekanan darah mama semakin rendah, so doktor kata dia akan masukkan ubat agar mama cepat lahirkan Aneesa. Ya Allah, tuhan saja yang tahu perasaan mama masa tu...takut, gembira bercampur. Pukul 7 am mama ditolak ke dewan bersalin...Pukul 9 am, doktor masukkan ubat.....then suruh mama berehat...tapi sayang, mama kesian sangat kat abah ngan opah, dah dua malam tdo di hospital bertemankan nyamuk, semata2 menunggu kita.

Sayang, pukul 4 petang baru mama mula rasa tak selesa....tapi masih boleh berjalan dan melawat kawan2 mama. samapai la ke pukul 4.45pm...contraction mama semakin kuat. Nurse panggilkan doktor, tapi doktor sah baru buka 3cm...then mama kena sabar sedikit, doktor suruh baring dan tenangkan diri....kul 5.30pm mama rasa sakit balik...contraction makin kuat....mama panggil nursu, suruh panggil doktor, alhamdulillah, dah buka 4cm, doktor suruh nurse tolak mama ke bilik bersalin... contraction makin lama makin kuat....mama tak sempat jumpa abah pun....tak ada sesiapa pun disamping mama...yang ada hanya suara nurse jer...pukul 6.30pm sekali lagi doktor datang check mama, yup....dah buka 7cm, masa pecahkan ketuban....mama rasa panas jer bila air ketuban pecah..doktor suruh mama push...cubaan pertama mama gagal, pukul 6.50 pm lagi sekali doktor suruh mama cuba, but still tak boleh...doktor suruh mama bertenang, tarik nafas....dalam pukul 7 pm doktor tengok sekali lagi....sekali lagi doktor suruh mama cuba...dengan tenang, mama tarik nafas dalam2.....dan akhirnya Aneesa selamat dilahirkan tepat jam 7.14 pm secara normal....Namun, mama tak dengar langsung tangisan Aneesa....yang mama nampak hanya susuk tubuh aneesa dari belakang....nurse bawa Aneesa dengan laju...mama tak sempat nak tengok Aneesa, memeluk anak mama buat pertama kalinya....dalam keletihan mama tanya pada nurse....nurse jawab Aneesa lemas....kena hantar NICU...Ya Allah, berderau darah mama...hilang rasa sakit mama, kerana terkejut dengan berita tu....nurse suruh mama bertenang...nurse tak bagi mama bergerak banyak...uri mama tersangkut...sayang....betapa lenguhnya pinggang mama... doktor dan nurse berusaha keluar kan uri mama secara biasa...tapi tak boleh.banyangkan mama menahan sakit dari pukul 7.14pm sampai pukul 11 malam baru selesai....

Abah, plak dapa tahu lamabat, pukul 7.30 baru abah dapat tahu....hanya abah yang dapat tatap wajah Aneesa buat kali pertama....menyentuh dan mengalunkan iqmah ke telinga Aneesa. Mama dah keletihan..bila mama sedar, mama lihat semua ibu2 ngan baby mereka...tapi mama.....menitik air mata mata bila ingatkan Aneesa jauh dari mama....hari ke 2 baru mama dibenarkan melawat Aneesa. Itu pun nurse pastikan mama betul2 sihat dan tak pening.... mama dengan semangat katakan yang mama sihat....mama minta abah pimpim mama ke wad Aneesa....hati mama gembira sangat. Tapi bila mama sampai mama nampak keadaan Aneesa seperti ini....

Mama rasa sedih sangat.....menitik air mata kerana tak sanggup lihat keadaan Aneesa masa tu...mama ingat mama dapat pangku Aneesa masa tu...tapi mama tak dapat buat....mama hanya dapat menyentuh sajer....mama sedih sangat sayang....jiwa mama kacau... sepanjang malam mama tak mampu lelapkan mata. Di hati mama hanya ingatkan puteri mama saja.

Keesokan harinya, 7 Dec 200 mama dah leh kuar hospital...Aneesa plak dah pindah wad...so mama leh jaga Aneesa....kalu ikutkan Aneesa dah leh kuar sekali mama...tapi Aneesa kena kuning skit...so kena la kita stay lagi kat hospital.Malam tu mama suka sangat, mama dapat pengang Aneesa, mama leh peluk sayang mama nie....bahagia sangat..Abah pun sama, mama nampak abah gembira sangat bila tengok Aneesa dah sembuh...dah tak ada wayar2 kat badan. Masa pertama kali mama dukung Aneesa...Aneesa bagi respon positive...macam tak nak berjauhan ngan mama. Nie la wajah anak mama tanpa wayar...masa nie sayang mama tengah tdo tau...


Malam tu Aneesa tak nak tdo berjauhan dari mama....sentiasa nak dalam dakapan mama,.sampai nurse sound la sebab tak bagi Aneesa tdo bawah lampu....tapi tuhan tu maha kaya....alhamdulillah, bila doktor check esoknya Aneesa dah sihat sepenuhnya....Aneesa dah bleh discharge pagi tu..mama pun terus call abah suruh datang ambik kita. So akhirnya, kita dapat gak bersaama...hati mama gembira sangat.....sampai hari nie aneesa membesar dengan sihat...dan puteri mama semakin comel di mata mama.....

Akhir kata dari mama...walau apa yang terjadi.....mama sentiasa sayang kan NUR QAIREEN ANEESA BINTI ROSPARINI.....

Apa Itu Cinta?

Kali nie saye nak share ngan kawan tentang makna cinta..... Cinta yang selalu kita agung2kan... so mari kira hayati apa itu makna cinta...

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan. Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa. Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda? Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Rahsia Wanita Berjalan

Mungkin selepas ini ramai lelaki akan melihat cara wanita berjalan dan mungkin selepas ini ramai wanita akan serba-salah jalannya kerana menyedari ramai lelaki sedang memperhatikan mereka! Jadi apakah nasihat kepada kaum wanita? Jangan berjalan..

Mengenai cara berjalan, ianya ada kaitan juga dengan 'mood' kita pada ketika itu. Kalau berjalan di tempat sunyi, mungkin langkah kita lebih cepat. Kalau berjalan bersama 'awek' mungkin dada kita nampak besar sedikit dan perut kita nampak kempis sedikit. Si 'awek' pula, mungkin goyangnya lebih sedikit. Bila kembali berjalan seorang, di masa itulah mungkin kita akan dapat lihat cara berjalan mereka yang sebenar, itu pun kalau mereka ini tidak perasan bahawa mereka sedang diperhatikan!

Sebenarnya asyik melihat cara wanita berjalan kurang manis untuk dilakukan dan mungkin anda akan dicubit, apatah lagi jika anda lelaki yang sudah berumur dan sedang berjalan dengan isteri anda. Artikel ini menarik juga kerana ia mengupas rahsia personaliti wanita berdasarkan cara mereka berjalan.

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Wallahua'lam.

Saturday, October 17, 2009

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Oleh kerana budak tecik ku tegah tdo...so saye pun ambil kesempatan ziarah blog blogger2 semalaysia..... sampai la terjumpa plak contest baru anjuran smileykizd. so sememangnya saye nie pantang nampak contest baru..terus hati membuak2 nak join..lantak la apa orang nak kata saye gile contest...janji hati saya puas....lagipun saye seronok meriahkan contest anjuran para bloggers... ok la kat bawah nie saye senaraikan beberapa pic puteriku......so pihak penganjur pilih la mana2 pic yang berkenanan dan yang terbaik..... ok sayang....start SENYUM SEINDAH SURIA TAU....






Nama : NUR QAIREEN ANEESA
Umur : 10 bulan +++


Buat julung2 kalinya, SMILEYKIDZ ingin menganjurkan
ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.


Hadiah yang ditawarkan adalah:


Pemenang Utama x 1 org:
Outdoor fotografi selama 1 jam
~unlimited shots~
~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

******************
Pemenang sampingan x 2 org:
Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50


So apa tunggu lagi???
Sertai online contest ini sekarang. :)

Online contest ini di buka dari tarikh:
15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.


Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

Cara2 penyertaan?

** Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
** Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
** Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
** Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling
ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
** Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
** Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
** AMARAN: no link back will be disqualified
** Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di
dalam ruang komen entry online contest ini.

Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:

** Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
** Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1)
gambar terbaik akan di adili.
** Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar
itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
** Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH
gambar INDIVIDU tau!!
** Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
** Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
** Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
** SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
** SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
** Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira

****************************************
Contoh gambar senyuman ceria si comel adalah seperti banner contest ni.Ceria kan senyuman tu?SO apa tunggu lagi??Jangan tunggu lama lama .. nanti lama lama.. langsung terlupa buat entri .....

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen di entri ini ataupun emailkan ke smileykidz.photo@gmail.com.
SO SAYA MERAYU PADA SESIAPA YANG SUDI NAK JOIN CONTEST NIE......BLEH LA REFER SYARAT KAT ATAS ATAU TERUS TERJAH BLOG SMILEYKIDZ.LAGI RAMAI LAGI MERIAH..JURI PUN PENING....HEHEHE...

Friday, October 16, 2009

Salam Semua....setelah fikir punya fikir...akhirnya tergerak gak hati nak memeriahkan contest anjuran MoMMy Qastalani. Kite masuk nie pun saje2....sekadar nak menyemak kan ruangan comment Mommy Qastalani... hehehe.....
So let's go to see my story bout tis....


Nama : Nur Qaireen Aneesa
Umur : 8 bulan ++++
Actually, pic ni dah lama ambil.....pic nie di ambil oleh en abah selepas mama siapkan Aneesa setelah mandi. Masa nie mama geram sangat kat budak tecik nie sebab nak lari dari pakai baju....sejak 2 menjak bleh merangkak asyik nak lari jer...semakin aktif terlampau.so, sebab geram sangat, mama belit budak tecik nie ngan towel ke seluruh badan ngan muka dia sekali..hahaha dah tak leh gerak dah....bila en abah terpandang jer..terus ambil mr kodak...and capture tis pic....Aneesa plak memberi pose yang terbaik coz dah tak leh gerak...hehehe mama suka sangat.... Tapi ada cerita gak disebaliknya....dimana b4 Aneesa di buli...budak tecik nie dah buli mama dulu...mana tak nya...disebakan keaktifan die..mama kena cuba banyak kali nak balut dia......oooo Aneesa buli mama yer.....tak pe....tgk sekarang saper yang tak leh gerak dah.....hehehe mama suka sangat.....tapi budak tecik jangan marah mama tau.....mama gurau2 jer...apa2 pum mama still luv u so much.....

So mana2 blogger kt dunia nie nak join contest nie bleh la refer kat bawah nie atau terus terjah umah MoMMy Qastalani

MoMMy Qastalani ingin mencari 2 pemenang! Untuk menerima :

– Miniature Anna Sui Night of Fancy1 pemenang

– Miniature Anna Sui Live Your Dream!Iyyeee!!




How to win MINI cik Anna Sui nih??

1. Kamu mesti ada blog ! (Harap maaf geng-geng facebook yek)
~ Noted ~

2. Kamu mesti menetap di Malaysia. Harap maaf geng-geng foreigner obersea, kamu tidak layak (Jikalau kamu faham Bahasa Melayu ini)
~ Noted ~

3. Jadi FOLLOWER MoMMy Qastalani ini. Bole cari di side bar kiri.
(Keji tau main paksa-paksa gini!)
~ Done ~

4. Tepek MoMMy Qastalani dalam Blog List kamu
(Kamu memang kejiiii ! PAKSA! TERSEKSA!)
~ Done ~

5. Copy-paste banner budak penyepit tersebut ke sidebar blog masing-masing dengan tajuk “MANGSA BULI CONTEST” dan link ke entry ini (kamu terrer kan?)
~ Done ~

6. Letak hanya 1 photo mangsa kejadian
(Hanya 1 yang terbaik! Kalo banyak2 pening juri!)
~ Noted ~

7. Oh ye, mangsa yang layak dipertandingkan adalah newborn baby sehingga seusia 7 tahun!
~ Noted ~

8. Hanya 1 penyertaan untuk 1 mangsa!
(Kalau ada 9 orang anak, layak pertandingkan kesembilan mereka! Tapi dengan syarat; photo mangsa mestilah ketika umurnya bawah 7 tahun)
~ Noted ~

9. Kalo ada anak saudara, adik kakak di bawah 7 tahun juga bole dipertandingan
~ Noted ~

10. Nyatakan Nama Mangsa dan Umurnya ketika itu
~ Done ~

11. Karang special entry tentang kejadian buli tersebut. Then, hebahkan tentang "MANGSA BULI CONTEST" dengan link terus ke entry contest ini.
~ Done ~

12. Bila dah siap, sila comment dalam entry ini dan tinggalkan url post kamu itu. Nyatakan sekali Nama dan Email Add kamu. Kalo x tinggal url terus ke post kamu, disqualified ye.

Tarikh Mati (dead line) adalah pada

19 October 2009 jam 9 am.2

So, apa lagi tunggu, Jom la ramai2 memeriahkan contest nie....kalah menang bukan ukuran, yang penting tali silaturrahim yang terjalin.....bak kata pepatah, " BERKAWAN BIAR BERIBU, BERKASIH BIAR SATU" ......so fikir2kan la.....
~ Selamat Malam ~

Nur Qaireen Aneesa Bertudung.....








Ok la...selamat menjamu mata.......bye semua.....salam sayang......



Wednesday, October 14, 2009

Nur Qaireen Aneesa tak berapa sihat

Hari nie...Rabu 14 oct 2009, Riena terpaksa ambil EL, Aduss Aneesa meragam balik...badan dia panas, batuk plak tak henti2...tambah plak ngan selesema...kesian mama tgk Aneesa... Malam tadi dalam kol 3am Aneesa batuk2 sampai muntah....banyak kahak kuar... wah...bahaya dah keadaan dia...so weolls bawa dia g klinik yang bedekatan.sat g aku tunjuk gambar ubat dia...

tgk la bila demam tdo pun nak buai...aduss nAneesa, Mama ngantuk nie...

Bila dalam buai dia tdo nenyak sikit.......so mama dapat rest skit....en abah plak klu dah tdo puas la nak gerak dia ajak gilir2.....



So nie la ubat2 yang Aneesa dapat dari Klinik Mulia..... Banyak gak kan.....dia dapat ubat batk,antibiotik,demam n selesema.Sampai umah terus bagi dia makan ubat...masa checkup dok bagi tahu paru2 dia dah kena jangkitan kuman skit....kesian kan kat Aneesa....Tiap2 malam asyik merengek jer......mungkin hidung tak selesa...pastu batuk plak...
First makan ubat dia tdo jer...tak ada effect apa2 pun....ubat tu dia kena makan 4 kali sehari.so maknanya tiap 6 jam Aneesa kena Makan ubat....Sebab paru2 dia dah ada masalah skit...jadual makan ubat kena follow betul2....
Cukup 6 jam....sampai la masa untuk sec time dia makan ubat.....Mama kejutkan Aneesa, Dalam mamai2 dia maka ubat....tapi mama nasib baik sebab Aneesa senang sangat makan ubat.... Lepas makan ubat..tak sampai 5 minit Aneesa muntah banyak sangat....mungkin sebab ubat tu cair dan kuarkan kahakk dia.berlendir2 khak dia kuar....lepas basuh...dan cuci badan...dan pakai baju lain...Aneesa tdo balik..alhamdulillah...Aneesa tdo lena skit......

INilah hargaubat Aneesa.....RM 40.00.......mama harap Aneesa cepat sembuh..... bleh kita main sama2......Cepat sembuh la sayang


MamaTisya Duit Raya Giveaway


Ini entri Sticky Mode

(Please sroll down for new entry)

Wow rezeki jangan di tolak.....musuh jangan dicari.....sO EN3 nie untuk join Mama Tisya Giveaway. Kali nie Mama Tisya bermurah hati nak bagi duit raya. Lagipun Syarat- Syaratnya simple saja. So mari ramai2 jangan lepaskan peluang join MamaTisya Duit Raya Giveaway bermula 6 oktober hingga 14 oktober 2009 tepat pukul 5.00 ptg




Syarat-syarat sgt senang & mudah :
*** Terbuka kepada smua blogger. - NOTED
*** Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009 - NOTED
*** MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima) - DONE
*** Add banner di atas di sidebar blog anda - DONE
*** Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified) - DONE
*** Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalu i RANDOM ORG -NOTED
*** Sila tinggalkn nama & email anda di cni - NOTED
*** hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak
*** Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin
*** Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti
Huhhu bstkan...niekali kedua wat...kali pertama sticky mode tak jadi...biasa la budak baru belajar katakan...hope ada rezeki....bersemangat buat sampai boleh...cayukkkk..cayukkkkkk

Wednesday, October 7, 2009

** Hasil Kerja Abah Aneesa **

Salam Semua....dah letih dah wat EN3 untuk contest...kali nie kite layan lak gelagat sikecil ku ini.... Aneesa nie sememangnya anak yang aktif... Ni Pic dia lepas bagus tdo...semua nie hasil kerja Abah dia.... So layan la Model in the Chair.....


Tgk la abah dia...ada ke patut letak kan Aneesa kaki terangkat kat atas.... Aneesa la dengan rela hati ikut jer rentak abah dia...maklum ah mamai bangun tdo tak habis lagi...

Tu dia...mulut muncung...macam tanda protest jer..... Maaf ye sayang....
Alahai...ngantuk lagi ker sayang.....Mata pun terpejam lagi.....memang tak prihatin langsung abahnya...

Senyum la skit...... Ala tomei-tomei...cak cak...

Bagus tol model cilik kita nie, gud girl......... sememangnya ambil gambar dia lepas bangun tdo lebih senang....kalu tak asyik nak melompat jer..... punya la susah nak ambil pic die....tgk la...menyerah jer apa kita buat kat dia.....
Ok la....nanti kita layan citer lain plak...nanti letak gambor banyak2...jemu plak korang tgk.....btw.....salam permisi.....












Tuesday, October 6, 2009

CUTEST BABY IN WALKER CONTEST

Assalamualikum semua....adusss mabuk contest la sekarang nie....kali nie nak join contest anjuran ometomei plak. Contest nie di buat sempena ulangtahun ke-2 puteri ometomei iaitu Nur Aqilah Insyirah. Kali contest baby in walker plak..... ... So after pilih dan pilih aku choice yang nie buat taruhan untuk contest kali nie...gambar Nur qaireen Aneesa Masa 7 bulan......

NAME : NUR QAIREEN ANEESA

D.O.B : 05 DEC 2008

UMUR : 10 BULAN ++

Pada pendapat saya penggunaan baby walker ni ada baik dan buruknya. Bergantung kepada kita sebagai ibu utk mengendalikannya. Kalau sampai sehari suntuk baby tu duduk atas walker tu...itu memangla tak baik. Tapi kalau sekadar untuk kegunaan masa2 tertentu rasanya byk kebaikan alat ni. Ape2 pun bergantung kepada kita. Kena pada caranya...semua benda akan jadi baik. Tapi kalau salah digunakan tak kan nampak kebaikanya.

Penggunaan walker sebenarnya x berapa bagus untuk anak2 sebabnya, anak ada risiko untuk jatuh dari walker dan membantutkan perkembangan kanak2 dari segi fizikal. Biasanya kanak2 akan meniarap, menjulur, merangkak, mengengsot, bertatih dan berjalan. Tapi apabila kita gunakan walker...kanak-kanak mungkin tidak pandai bertatih & lambat berjalan...kalau ikut pandangan sayalah.kita boleh gunakan baby walker..tapi sekkali-sekala jelah..jgnlah selalu..nantibudak2 jadi malas.

Saya Start bagi Aneesa pakai Walker masa dia umur 7 bulan+++ . Memandangkan dia dah pandai merangkak dan suka mengutip benda-benda untuk masuk dalam mulut. Itu lagi bahaya daripada guna walker. Lagipun design walker sekarang ni lebih safe berbanding ngan walker dulu2. Pasal perkembangan pun, saya tengok Aneesa ikut step je. Saya takde la masukkan dia 24 jam dalam walker. Bila free time, saya akan keluarkan dia dan biarkan dia merayap-rayap dalam rumah di bawah pengawasan saya dan abah dia. Saya tak suka style larang baby try something. Kalau dia nak panjat ke, main laci ke, saya biarkan dengan syarat kita guide dia supaya dia boleh develop skill sendiri. Kalau dia nak koyak kertas ke, tisu ke, saya duduk depan dia, pastikan dia tak masuk mulut je. Bila saya nak ke dapur atau ada kerja, saya letakkan Aneesa dalam walker supaya dia boleh berjalan2 dalam tu. Cuma kena pastikan kat umah takde benda bahaya yang dia boleh capai. Sekarang ni Aneesa dah masuk 10 bulan++, dia dalam proses nak berjalan. Alhamdulillah.......
so kita tengok plak syarat2 dari ometomei.......
Bermula 6 Oktober hingga 31 Oktober 2009

Kepada kengkawan blogger yang sudi nak join..ape tunggu lagi…jom join same.. 3 pemenang akan dipilih mengikut gambar yang menarik dan pendapat kreatif.Hadiah menarik dan istimewa akan diterima oleh pemenang.


Syarat Penyertaan

• Jadi Follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda - DONE

• Umur si comel mestilah tidak lebih 2 tahun - NOTED

• Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ometomei - DONE

• Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel yang berada di dalam walker. - DONE

• Ceritakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk)- DONE

• Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - DONE
• Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. - DONE


So, apa lagi jom join dan meriahkan contest anjuran ometomei nie. Jangan lepaskan peluang keemasan nie.





Monday, October 5, 2009

Aneesa With New Babysitter

Salam semua....ape khabar?.........Hari ni Aneesa di jaga oleh Babysitter yang baru... harap dia ok kat umah sana.Masa hantar pagi tadi,tak nangis pun.Walaupun dia tak pernah kenal ngan orang tu.Nampak macam serasi...harap dia bleh sesuaikan diri dia....anak MAMA duduk baik2 tau....

Kenapa tukar babysitter?...he he he he, bukan apa saye dah pindah umah...sebelum nie saye stay kat Pudu Ulu, cheras.So sekarang nie saye dah pindah ker Bandar Tun Razak plak. Sebab kitaorang pindah, umah lama kena tempias gak gempa bumi kat indonesia...rumah bergoyang2 macam kita duduk dalam buai...dah la tingkat 11....kena naik turun tangga plak kalu berlaku kecemasan...perghh .....punya la letih.So aku suarakan pada hubby nak pindah umah.....cari punya cari dapat la umah teres kat Bandar Tun Razak.

Berbalik plak pasal Babysitter Aneesa sebelum nie.Babysitter sebelum nie baik sangat.Setakat nie dia jaga Aneesa tak ada masalah pun...everything ok. Makan Minum semua dia jaga....Kira tak ragu2 la bagi dia jaga Aneesa. Hajat di hati memang tak nak tukar babysitter dah.Lagipun Aneesa dah makin mesra dengan dia. Tapi disebabkan jauh dan jadi masalah plak bila hubby pergi outstation, ambil kata putus cari babysitter yang dekat ngan umah baru nie. Alhamdulillah, nasib baik jumpa gak.Harga sama ngan yang lama ambil dulu. Lagipun Dia pun tak banyak kerenah dan tak demand macam sesetengah babysitter.

Buat Anak MAMA, Duduk Ngan orang jangan Nakal2 tau....Jadi Budak Baik...Dengar Cakap orang.... And the most Important, Jadilah anak Yang Solehah.

Saturday, October 3, 2009

@ Baby in Gown Contest @

Hai semua, EN3 nie di buat semata2 nak join contest Mamaalieya....Kali nie saye nak join contest anjuran Mamaalieya Plak. Macam best jer contest nie..Lagipun hadiah dia best gak...leh la wat hiasan kat dlm umah nanti...sejak Join Blog nie, semagat join contest makin teruja...tgk plak contest tu dapat sambutan hangat..
ok kali nie saye pertaruhkan nasib pic nie.walaupun pic nie dah dimasukkan di dalam en3 sebelum nie...tapi semangat nak join contest nie berkobar2 so saye pilih pic yang nie untuk contest nie.... Pic nie saye ambil masa nak g shopping raya.... so Mamaalieya, tgk la betul2 tau..mana tahu si cilik saye nie jadi pilihan

Name : Nur Qaireen Aneesa Binti Rosparini
D.O.B : 05 December 2008
Ok sekarang kita tgk syarat2 penyertaan.....sangat simple.sesiapa pun leh join dengan syarat baca and follow segala syarat2 kat bawah nie.....
@ BABY IN GOWN CONTEST @

Syarat Penyertaan

1. Contest ini terbuka kpd semua bloggers.Bermula pada hari ini 1 October - 28 October 2009..( Sempena Mamaalieya Besday ) - DONE

2. Diwajibkan menjadi FOLLOWER blog mamaalieya..and ADD link blog mamaalieya dalam bloglist anda.. - DONE

3. Diwajibkan untuk letakkan banner di side bar blog anda.. Banner tersebut mestilah di link dengan link ini - DONE

4. Sila upload sekeping sahaja gambar anak anda & buat entry tentang contest ini pada blog anda. Pada gambar tersebut, nyatakan nama baby & tarikh lahir baby.. - DONE

5. CONTEST nie terbuka untuk baby girl shaja, gambar tersebut mestilah gambar baby yang berpakaian baju GOWN. Baby korang mesti berumur 1 Bulan hingga 2 tahun ja.. - DONE

Hadiah

Hadiah Pertama
Topi tiga serangkai yang dijalin dengan dandanan amat sesuai untuk hiasan dinding. Didatangkan secara berpasangan atau serangkai sahaja, mampu untuk mengindahkan suasana rumah anda





Hadiah Kedua

Bekas kecil yang comel ini sesuai untuk menyimpan barang kemas anda seperti kerongsang, gelang, rantai dan sebagainya.......

Hadiah Ketiga


Direka dan dianyam khas untuk hiasan kereta khususnya kereta yang dipandu oleh gadis atau wanita secomel anda!



p/s :- Hadianya xler seberapa mahal mana pun...coz xda sponsor....hiii...sebarang pertayaan korang tinggalkan comment kat link nie yer Mamaalieya...


SO...tunggu apa lagi kawan2 jom meriahkan contest mamaalieya kita nie... Rugi tau kalu tak join.

.....Salam Sayang....

Friday, October 2, 2009

@ Si Comel Berbaju Raya Contest

Jelajah punya Jelajah terjumpa la satu contest yang menarik...Si comel berbaju raya contest anjuran BabyIbu. So dengan hati terbuka saye nak join contest nie..mana tahu ada nasib.Jom kita tengok syarat2 kat bawah nie:-
~ Sticky Mode..sila skroll down untuk entri terkini... ~



Nak tahu lebih lanjut klik kat sini BabyIbu


Cara Penyertaan
** Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)
** Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
- Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009
( Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya. )
- Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009
( Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.)



Syarat Penyertaan
** Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda
** Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
** Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
** Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya
(berbaju raya = baju kurung/baju melayu)
** Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
** Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link
back will be disqualified)
** Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri BabyIbu.


@@@hadiah menarik menanti anda


HadiahBagi Kategori A:
Hadiah Pertama
** Casual Meg daripada Gin & Jacqie-Necklace by S daripada Sherry
** 120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
** RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
** Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
** RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
** 80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
** Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
** RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
** 40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:
Hadiah Pertama
** Colorful Sally daripada Gin & Jacqie-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
** 120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
** RM30 Gift Card daripada leanalittleshop


Hadiah Kedua
** Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
** RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
** 80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
** Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
** RM10 Gift Card daripada leanalittleshop

Dan yang paling Istimewa ada Hadiah Misteri

Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..more info



^
^
^
^
^
^
^



Jeng jeng jeng......


So ini lah gambar yang akan saye pertaruhkan untuk contest nie...
Gambar Aneesa Di pagi Raya Pertama.


NAMA : NUR QAIREEN ANEESA BINTI ROSPARINI
UMUR : 10 BULAN


***Sekian Uolls **



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...