Sunday, January 31, 2010

"MOBS & Kedai Gambar Kami : Cutest Baby with Blanket Contest"


Dah lama tak join contest..so nie 1st contest untuk tahun 2010. So kali nie saya nak join contest anjuran
"MOBS & Kedai Gambar Kami : Cutest Baby with Blanket Contest" Hope ada rezeki buat si Comel ku Nur Qaireen  Aneesa. S, tak nak buang masa lagi kita intai apa syarat2nya...or saper nak join klik sini...
 
This time it's brought to you by MOBS & Kedai Gambar Kami

Here's the simple rules...
1. Be a follower of MOBS & Kedai Gambar Kami
2. Add both blogs to your blogroll list MOBS & Kedai Gambar Kami
3. Blog about this contest with the title
"MOBS & Kedai Gambar Kami : Cutest Baby with Blanket Contest"
4. Choose a pic of your baby (0-3yrs) with the above theme ... with blanket la ... hehehe. Don't forget to add Baby Name, Age at picture and Current age and tell us a bit about your baby.
NEW NOTE : Contest Picture should not more than 1 year ago.. ok?
5. Add the contest banner to your blog sidebar with link back to this contest.
http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/2010/01/mobs-kedai-gambar-kami-cutest-baby-with.html
6. Leave your blog link entry + email here :)
7. That's it... simple right??


Now... the best part...

MAIN PRIZES
RM40 voucher from Kedai Gambar Kami x 3 winners

Consolation PRIZES
RM20 voucher from Kedai Gambar Kami x 5 winners

... that's 8 winners in total.
So join now ok?

Contest Deadline : 2nd of Feb 2010



NAME: NUR QAIREEN ANEESA BINTI ROSPARINI
AGE AT PIC : 6 MONTH++++
CURRENT AGE  : 1 YEAR 2 MONTH

Sicomel yang periang dan sangat nakal...suka memanjat...pantang nampak sofa atau meja sure dia nak panjat...kalu grill pintu tu dah macam tempat permainan dia jer...dah tak larat nak larang..so just take careand tgk jer la apa dia nak wat asalkan dia tak sakitkan diri dia...


Wednesday, January 27, 2010

♥♥♥Taman Tasik Sri Permaisuri♥♥♥


Salam semua....so kali ni riena nak update pasal last 2 week xtvt.....so disebabkan masa yang agak suntuk...baru hari nie riena berkesempatan upload gambar Aneesa main2 kat playground taman tasik Sri Permaisuri. Untuk Gambar Taman Sri Cahaya...lagi  2 3 hari riena uploadkan...so kali nie kita intai apa gelagat Aneesa main main kat sini..... Jom LayAn♥♥♥
 

Ok Aneesa dah letih...so kita orang pun balik, agaknya dah penat main kot....riena ada rakam video aksi ceria dia..tapi besar sangat nak upload....so tak dapat la nak kongsi ngan kawan2 semua....mungkin lain kali riena cuba upload lagi......kali nie riena tak dapat nak capture banyak gambar Aneesa....dia tak duduk diam....berlari sana sini....cuma nie jer yang Pic cantik..... So thanks sebab sudi tengokk......♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Tuesday, January 26, 2010

Permata Hati: Masalah bayi muntah

Sumber: Berita Harian 26 January 2010
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof


Ketahui perkara babitkan penyusuan elak si kecil keluarkan ‘isi perut’

"SELEPAS menyusu, bayi seharusnya disendawakan. Sekiranya menyusu badan, perbuatan itu tidak perlu dilakukan, lantaran proses penyusuan itu sendiri sudah sempurna, tetapi sekiranya menyusu botol, bayi mesti disendawakan."

Kata-kata ini saya petik daripada buku mengenai penyusuan bayi. Ketika berpantang anak sulung, saya tidaklah menyedawakan bayi kerana ‘nasihat’ itu, dan membiarkan si kecil terus tidur lena. Tetapi dalam satu insiden mengejutkan, menyebabkan saya tetap menyedawakan bayi walaupun memberikan susu badan.

Ceritanya berlaku ketika melahirkan anak sulung. Selepas tamat tempoh cuti dua bulan dan pulang dari tempat kerja, anak saya begitu teruja untuk menyusu dan apabila kenyang, Najah tidak terus tidur sebaliknya nampak seperti tercungap-cungap.

Saya agak terkejut memikirkan mungkin dia tidak boleh bernafas. Saya lihat perutnya juga seakan-akan menggelodak, naik dan turun. Apabila saya cuba mengangkat dan ingin mendakapnya, tiba-tiba bersemburlah segala susu yang diberikan tadi. Jumlah muntah itu agak banyak, hingga basah baju dan lantai bilik. Malah muntah itu kelihatan segar dan tidak berbau, dengan kata mudah, belum diproses dalam perut.

Merujuk orang tua-tua, mereka selalu gelarkan sebagai susu badan itu sudah basi. Tetapi daripada istilah perubatan ia adalah keadaan ‘gastroesophageal reflux’. Ia tidak sama dengan muntah biasa yang berbau. 

Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi di kalangan bayi iaitu lebih 30 peratus di kalangan bayi berusia kurang setahun.

Tetapi sekiranya muntah berkenaan terlalu kerap, hingga menyebabkan bayi nampak lemah dan kekeringan, mungkin si kecil ada mengalami masalah kesihatan lain, apatah lagi sekiranya dalam keadaan suhu badannya yang agak tinggi.

Tanda-tanda bayi anda mengalami kekeringan atau kekurangan cecair badan termasuklah lampinnya berada dalam keadaan kering, keadaan kulit yang tidak bertenaga atau keadaan dalam mulut seperti keputih-putihan.

Sekiranya berlaku keadaan sebegini, berterusan dan berat badannya tidak menunjukkan peningkatan, anda perlu merujuknya ke hospital.
Muntah terjadi kerana susu dalam perut termasuk balik ke dalam salur esofagus atau saluran yang menyambungkan perut dan mulut. Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan daripada perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'.

Bagaimanapun ‘valve’ ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia setahun ke atas. Tanda-tanda berlakunya keadaan ini ialah ia keluar secara banyak atau membuak-buak dan selalunya tidak lama selepas proses menyusu berlaku atau pun serentak ketika masih berada di dada ibu.

Bererti apa yang saya baca itu kurang tepat. Lantas saya memutuskan untuk terus menyedawakan si kecil setiap kali menyusu. Menyusu pula tidak boleh terlalu lama, mungkin sekitar 20 minit saja sebelum berhenti, dan diberikan jarak antara penyusuan selepas muntah itu kira-kira dua jam kerana perut mengambil masa untuk kosong semula. Mengelakkan muntah, bayi harus disusukan dalam keadaan kepala lebih tinggi.

Bagaimanapun kurang kebersihan turut mempengaruhi bayi muntah, iaitu antara cara biologi manusia membuang ‘racun’ di dalam tubuh. Sekiranya memberikan susu formula, ibu seharusnya mematuhi arahan yang tertera pada tin dengan teliti.

Terdapat tarikh luput pada susu formula berkenaan. Jangan guna selepas tarikh itu kerana ia tidak lagi selamat digunakan. Basuh dengan cermat botol susu plastik atau kaca termasuk juga alatan yang digunakan untuk menyediakan susu. Kalau boleh, gunakan air panas yang bersabun dan basuh dengan air paip yang bersih. Kemudian rebus selama lima minit dalam periuk khas atau sterilizer.

Sementara untuk menyediakan susu formula, panaskan air selama kira-kira lima minit sebelum sejukkan ia sebelum dicampur bersama susu tepung. Panaskan susu dengan meletakkannya dalam air panas. Jangan panaskan dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro kerana susu boleh menjadi terlalu panas.

Memastikan ia sesuai dengan keadaan bayi anda, titiskan beberapa titik susu pada pergelangan tangan, sekiranya ia suam, ia sesuai untuk diberikan kepada bayi.

Ketika memberi susu, pastikan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya dan apabila memegang botol, pastikan bahagian puting penuh dengan susu supaya bayi tidak menelan terlalu banyak udara yang boleh menyebabkan ia muntah.

Saya selalu mengingatkan diri ketika menyusukan bayi, ia masanya untuk mengenali si kecil. Kadangkala muntah atau tidak berselera, ia sebenarnya tempoh anda mengenali dirinya. Selamat memanjakan bayi anda.

 
INFO: Panduan kurangkan muntah susu
  • Bayi selalunya tidak begitu faham istilah kenyang dan akan menyusu selagi termampu dan sampai termuntah. Sebagai ibu anda perlu bijak ‘mengagak-agak’ bila seharusnya bayi anda kenyang.

  • Sekiranya sambil menyusu bayi anda tertidur, dan bagi mengelakkan si kecil terjaga, anda boleh tidak menyendawakan, tetapi pastikan ia tidur dalam keadaan ada bantal di bawah kepala dan mengiring ke kanan.

  • Apabila mendakap bayi dan menepuk lembut pada bahagian belakang tubuhnya dan bayi mengeluarkan bunyi ‘burb’ bermakna dia sudah sendawa dan susu selamat masuk ke dalam bahagian perutnya. Kemungkinan muntah semakin berkurangan.

  • Memakai bengkung, lampin atau barut pada tubuh bayi dengan agak ketat, khususnya pada bahagian perut boleh menyebabkan muntah kerana bahagian perut itu tertekan, justeru elakkan terlalu ketat.

Sunday, January 24, 2010

Menu malam nie...



Malam nie just makan Macaroni goreng jer....badan dah penat seharian  jalan2 kat Taman Pertanian Sri Cahaya Alam. Gambar masa g sana esok saya upload...Nak layan Aneesa tdo jap...kesian dia letih sangat...hari nie seharian tak tdo
.

Friday, January 22, 2010

Adus...Aneesa skit mata

Semalam masa ambik Aneesa kat umah pengasuh dia...mama tengok mata Aneesa merah...So ingat mungkin dia gosok... tapi pagi tadi bila bangun tdo mata kiri dia still merah lagi....confirm, Aneesa kena sakit mata....huaahuahauau.......mana dia dapat sakit nie...kesian dia...

Pagi nie mama kerja gak...sebab ada benda nak kena settle...so ingat nak halfday jer..petang nie balik terus nak bawa Aneesa g check-up...takut melarat plak....hope pagi nie dia ok kat umah pengasuh...sib baik x demam.

Pagi nie nak wat kerja pun tak keruan...asyik ingat kat si kecil tu jer...hati nie sebenarnya berbelah bagi jer nak kerja ke tak...tapi memandangkan keadaan Aneesa tak berbahaya sangat, mama gagahkan diri masuk opis jap.... lagipun dah pesan kat pengasuh dia...kalau mata Aneesa makin merah terus call riena...nasib la umah ngan opis tak jauh...dalam 10 minit dah leh sampai.....

Semalam abah baru balik dari outstaion kat perlis, sampai umah dalam kol 8. Abah pun risau tengok mata dia...malam tadi pun Aneesa tak berapa nak lena tdo...mungkin tak selesa mata kot...Berapa kali Mama terjaga dengar Aneesa duk merengek jer.... Ingat nak susu...bila bagi susu tak plak diminumnya... Tapi Pagi tadi masa bangun tdo dia nampak ok skit..so mama pun berani la tinggalkan dia sekejap...sementara mama settle kan kerja nie dulu.....habis settle jer..mama nak terus balik ambik Aneesa bawa g klinik...Abah plak terpaksa masuk kerja...nak tak nak kena gak sebab nak kena return balik keta company.....nanti staff lain plak nak pakai.....mmm macam2 kan.....

Mama hope Aneesa cepat sembuh.... Kalu sihat cepat, Weekwnd nie kita leh g jalan2 yer sayang....

Wednesday, January 20, 2010

BILA HATI SUDAH MATI

 KISAH NIE SAYA COPY PASTE DARI EMAIL SALAH SEORANG SAHABAT SAYA...MUNGKIN BOLEH DIJADIKAN TELADAN KITA BERSAMA......


Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah "tak berguna"..

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun....Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1 dan yg paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom..untuk kasi laluan kat wife no.2...kejam kejam

saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg halau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya. masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. saya cakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri...dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah.....biar tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya
tu...lepas tu dah jodoh dia orang kawin.. mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yg buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah ni supaya jadi cam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.

saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal sama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah...saya nampak kawan saya tengah campak baju2 wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu... kat bawah...saya tengok...anak2 dia yg 4 org tu dgn maid...menangis2 pungut baju mak dia...kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap... "kau org cakap gan mama kau...kalau nak papa jaga sampai  mampus...jgn lawan cakap papa..." tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu...anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu...


maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk
menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan saya tu. arwah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi. apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport changi, Maid aruah call mengatakan yg aruah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa aruah ke hospital...sebelum aruah
pergi kehospital...dgn kepayahan aruah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. aruah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin aruah dah tahu yg dia akan pergi

Hanya saya dan maid aruah sahaja yg menghantar aruah ke hospital. wife
saya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya... Saya masa tu hanya menginggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isteri sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera .aruah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada. masa kat hospital, aruah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukan rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni.
masa abg arwah sampai dari kluang ke hospital...aruah masih dalam bilik rawatan....abg aruah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong. masa tu aruah dah koma dan tak lama lepas tu, aruah pergi dengan tenang. dan abg aruah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.

saya dengan abg aruah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah.Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utk pengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.

Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg aruah tidak tidur. dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah aruah dapat di bawa kerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan.

Suami aruah hanya menelefon semasa jenazah aruah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja. masa jenazah dirumah anak2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi airmata saya meleleh juga.saya kenal aruah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakansaya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan aruah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA. setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari aruah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu. Masa urusan pengebumian tu, anak2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya. suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya...mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama...mama...mama...dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan...senyap2 sayang...papa ada...dan saya berharap agar allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan ALFATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...

 
Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni..
(diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan..bg mereka yg dah bace, fikir2kan isi tersirat dalam kisah ni..)

 

 



Tuesday, January 19, 2010

Renungan bersama


wajah baru...

Ok tak wajah baru nie...comel tak...hope korang semua tak bosan bila jengah kat sini.....any komen? let me know...maybe boleh adjust balik...

Esok hubby kena outstation ker perlis....semoga abang selamat pergi dan selamat sampai.....nak ikut pun tak leh...esok kena kerja..lagipun tak kan nak ambik cuti sampai 2 hari...nanti apa kata bos lak..kalu la dah lama kerja...memang follow abang la jawabnya...

Monday, January 18, 2010

Salam buat semua

Agak lama saya tak menulis di blog nie...terlalu rindu saya pada teman2 blogger di luar sana. Saya teramat la Bz dua tiga minggu nie...sampai nak jalan2 kat blog kawan2 pun tak sempat....rindu sangat nak baca bebelan teman2 blogger. Tapi apakan daya, masa mencemburui saya...selagi dokumen tak hantar kat auditor...selagi tu saya tak leh nak ngadap blog dengan aman. korang doakan aya cepat siapkan akuan nie...tak sabarnya....


erm..perkembangan Aneesa, dia baru nak belajar cakap...kadang saya tak faham apa yang cuba dia sampaikan...tapi itu la saat yang buat saya terhibur...ya Aneesa dah pandai nak berkomunikasi dengan orang..dah pandai bagi feedback terhadap apa yang kita katakan. Juga dah pandai memahami apa yang kita larang. Satu perkembanagan yang membuatkan hati ku teruja....besar sungguh kurniaan tuhan.....

Kerja....Semakin hari saya semakin selesa bekerja disini... rasa seronok sangat.... thanks atsa ezeki yang tuhan berikan......

Kawan2....Ya Alah, kau telah pertemukan ku dengan semua teman2 lama ku dulu. Saya happy sangat dapat borak ngan kawan2 lama kat Fesbuk...Norlida, Nor Azliawati, Hasnita, Norliah , sofiah, wan azirah, zurihan, Nor farhana...ah tak senarai rasanya..dan semuanya ..saya  rindu sangat kat korang....macam mimpi rasa bila bleh bergurau kat FB....InsyaAllah suatu hari nati kita pasti dapat kumpul ramai2..... (tak sabarnya )

ok la...nak sambung wat kerja lak.....nanti update lain......salam sayang buat semua....

Wednesday, January 13, 2010

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH


Ini kompilasi dari Bayan dan pesanan dari Maulana / Elder ( orang lama dalam usaha ni ) daripada program Masturat . Semoga dapat amik manafaat bersama..

KELEBIHAN WANITA SOLEHAH

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya. 27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."



49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".
Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat. Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya.

NOTE : Artikel nie saya copy paste dari link ini . Sekadar mahu berkongsi informasi dengan kawan2....

Buang ayah tepi jalan

Salam Semua..Kali nie hati saya terpanggil bila baca artikel dari akhbar harian metro hari nie.. 13 jan 2010. Kisah anak Buang Ayah ditepi jalan. Sedih sangat bila baca berita nie. baru jer beberapa hari lepas saya baca artikel dari kosmo tentang tindakan nekad seorang ibu atas kedegilan anak perempuannya, kini hati saya tersentuh pula dengan artiel ini. so korang baca artikel nie, tegar sungguh hati anak ini membuang bapanya seperti binatang....ini saya copy paste dari akhbar harian metro...mudah untuk korang semua baca...

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my
________________________________________________________________________________
KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.
“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.

Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya. Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.

***********************************

Betulkan, tak salah kalau saya katakan dia buang ayah dia seperti binatang. Ya ALlah kau jauhkan lah hati ku dari sikap sedemikian...kuatkanlah iman ku agar aku mampu laksanakan tanggungjawab kepada kedua ibu bapaku. Sedih sangat bila baca artikel nie, sanggup dia tinggalkan ayah yang sedang sakit ditepi jalan, tidur pula di pondok bas dalam kesejukan dingin malam tanpa selimut dan bantal.

Ya Allah, manusia jenis apakah ini. Tiada sekelumit rasa simpati dalam dirinya terhadap insan yang pernah bersusah payah bekerja mencari sesuap nasi, serta sanggup meredah lautan mencari rezeki agar anaknya dapat belajar sebagaimana anak2 orang lain...tapi akhirnya ini yang dia dapat di hari tuanya.

Dalam hati saya penuh sumpah seranah terhadap sumi isteri, anak kepada ayah malang ini. Tak ada hati perut langsung, bukan susah untuk berperhatian pada ayah yang sedang uzur. Rasa saya sesibuk mana kita rasanya masa itu mesti ada untuk keluarga. Sudah la semasa ayahnya di hospital tak dijeguknya langsung...ya Allah, butanya hati mereka.....saat ini aku tak mampu nak berkata apa2.....rasa marah bercampur baur....

Aku hanya mampu berdoa agar Allah membuka mata hati manusia2 seperti ini agar sentiasa menghargai segala jasa ibubapa mereka...... Pada rakan2 diluar sana, guna akal fikiran yang waras, sebelum mangambil setiap tindakan. Ingatlah, Seburuk2 mereka.. mereka tetap kedua ibu bapa kita...jadi sebagai anak itu adalah tanggungjawab kita menjaga dan memeberi kasih sayang kepada mereka sebagai mana kita perolehi kita zaman membesar kita. Lihat saja pada anak2 yang tiada ibu bapa...mereka berlumba2 mencari kasih sayang ibu bapa yang tak pernah mereka rasai...tapi kita yang masih ada ibu bapa, senang2 pula membuang mereka dari hidup kita...fikirkan !!!!

Cinta Itu Ibarat Menunggu Bas

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadi, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yang lain." Awak pun biarkan bas itu berlalu dan awak tunggu pulak bas yang lain.

Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, "Eee... bas ini buruk sangat... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ini akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang kedua tadi tapi kali ini awak kata, "Emmm... . tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yang salah.

Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak mahu. Walaupun yang datang itu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nanti kan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha... . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Moral: marilah kite tunggu bas... tak payah naik kereta...

Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com“



 **STICKY MODE ENTRY**
*******Untuk entry terbaru just scroll down kebawah*******


Hari nie aku nak kongsi ngan korang satu lagi contest anjuran www.azizwan.com. Saya nak ajak sesiapa yang berminat, Jom sertai Contest Lekat & Menang yang dianjurkan di www.azizwan.com. Saya tahu contest ni dari blog MoMMy Qastalani masa saya Blogwalking.
So baca syarat2 contest nie sangat menarik...mana tahu ada rezeki...


So pada yang berminat boleh baca syarat2 kat bawah nie...



Syarat-syarat Penyertaan : -

- Syarat utama - Blog korang mestilah berusia sekurang-kurangnya 2 minggu atau lebih


- Buat satu post dengan tajuk “Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran  www.azizwan.com
- Letakkan gambar duit kat atas ni dekat entry korang
- Dekat Entry korang, takperlu tulis panjang2,  just tuliskan “Jom sertai Contest Lekat & Menang yang dianjurkan di www.azizwan.com (link’kan ke entri ini)”
- Entry mesti “sticky post” selama 48 jam atau lebih ...Kalau kurang automatik reject.
- Then, korang copy & paste ayat nie kat entry korang.....: “Saya tahu contest ni dari blog Riena @ MamaAneesa – Bagi link blog tuh sekali.

Contest nie tamat pada 13. Janurai 2010 tepat jam 11.59pm....

Hadiah plak adalah wang tunai bernilai RM50 untuk 1 pemenang dan RM30 untuk referrer kepada pemenang. Pemenang akan dipilih berdarsar cabuan bertuah , anything nanti pihak penganjur ifo kemudian...so tgu jer la...Ermmm menarik kan......


So apa lagi...rasanya still ada masa lagi........Have a nice day..... :)



Tuesday, January 12, 2010

Happy Anniversary


Diam tak diam , pagi ini 12 Jan 2010  dah masuk tahun ke-2 usia perkahwinanku bersama suami tercinta...rasa terlalu cepat masa berlalu. Dengan Kehadiran Cahaya mata NUR QAIREEN ANEESA , perkahwinan ini terlalu bahagia buat aku. Buat Abang, terima kasih atas segalanya.... semoga bahagia ini milik kita selamanya.... I LOVE U SO MUCH

Sunday, January 10, 2010

Kek Batik....

Weekend nie riena tak pergi mana2 pun...stay kat umah jer...so, bila kat umah mula la tangan nie gatal nak buat macam2...fikir punya fikir, ermmmm riena nak wat kek batik la.., tapi nie pertama kali tau riena try...memang tak pernah wat lagi kek nie..makan lak dah banyak kali...so habis kemas umah riena pun start wat la kek tu...

Alhamdulillah jadi gak akhir nya... so ini la rupa kek batik hasil air tangan riena.....




Wanita bakar diri tak tahan anak liar

Salam semua...selamat hujung minggu....hari nie riena nak share ngan kaum2 ibu, bapa, adik2, kakak 2, dan abang2 diluar sana tentang tindakan nekad seorang ibu tentang kedegilan anaknya. Sadis sangat bila riena baca artikel nie dari akhbar Berita Harian keluaran hari nie, 10 Jan 2010. so ikuti berita nie...apa yang korang fikir dari tindakan ibu malang ini.....

NIBONG TEBAL: Seorang ibu tujuh anak membakar diri dengan mencurah petrol ke badan dipercayai kecewa dengan anak perempuannya berusia 15 tahun yang didakwa degil dan sering tidak pulang ke rumah.

Dalam kejadian di depan rumah mangsa di Jalan Hutan Lipur, jam 12.30 tengah malam itu, Rossliana Rosli, 33, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan melecur 54 peratus badannya dari dahi hingga pusat.Wanita yang tertekan dengan kelakuan anak perempuannya menjadi bualan penduduk nekad membakar diri disaksikan anak keempat, Mohd Shahrul Aidil, 11, dan beberapa keluarganya.Mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap, dekat sini sebelum dipindahkan Hospital Pulau Pinang dan dirujuk ke Unit Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah.

Suaminya, Marzuki Jamaluddin, 39, bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mereka mempunyai anak berusia antara dua hingga 17 tahun.  Keluarga itu adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sebelum kejadian, Rossliana ke rumah ibunya, Hasnah Omar, 52, kerana anak perempuannya, Nur Hidayah, tidur di situ selepas merajuk ditampar beberapa hari lalu kerana tidak mendengar nasihat serta enggan belajar.Mohd Shahrul yang tidur di rumah bapa saudaranya ketika kejadian, berkata apabila Rossliana memanggil Nur Hidayah supaya keluar dari rumah, lampu rumah itu terus dipadamkan menyebabkan ibunya hilang sabar.

Rossliana masuk ke rumah adiknya yang terletak bersebelahan lalu mengambil petrol dan menyalakan lilin sebelum keluar dan mencurahkan petrol ke badannya sambil mengugut untuk melakukan apa saja jika anaknya tidak keluar."Ibu juga memberi amaran jangan menghampirinya jika tidak mahu terbakar bersama-sama," kata Mohd Shahrul yang memberanikan diri menepis lilin dipegang ibunya sehingga terjatuh dan padam sebelum wanita itu masuk semula ke rumah adik iparnya untuk menyalakan lilin dan terus membakar dirinya."Saya minta Pak Su (bapa saudara) menutup pintu bagi menghalang ibu masuk (untuk nyalakan lilin) tetapi tak sempat," katanya.

Ahli keluarga wanita berkenaan dengan bantuan penduduk berjaya memadamkan api sebelum membawa mangsa ke hospital.Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, mengesahkan polis menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan untuk mengenal pasti punca kejadian, termasuk mengambil keterangan anak mangsa.Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bercakap untuk melepaskan perasaan terhadap masalah yang dihadapi seorang anaknya yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat serta kerap tidak pulang ke rumah.





Sedihkan bila baca, sabar macam mana hati seorang ibu, tapi hari2 dalam tekanan kesabaran itu akan hilang. Hati ibu mana yang tak dirundum duka bila lihat kelakuan anak yang liar dan menjadi buah mulut orang. Akibat kedegilan anak seorang ibu sanggup lakukan tindakan sebegini.

***********************************************************************************

Saya rasa kita sebagai anak harus tahu menghargai ibu bapa kita. Mungkin ada ramai diluar sana yang berperasaan begini. Namum saya juga tak napikan yang ada juga segelintir manusia diluar sana yang langsung tak menghargai kedua orang tua mereka.

Pada adik2 diluar sana, saya merayu pada adik2 semua, agar hargailah kedua ibu bapa semasa adanya hayat mereka. Tak kemana keseronokkan dunia melainkan doa dan kebahagian orang tua kita. Janganlah ambil tindakan yang mampu mengguris hati ibu bapa kita. Sentiasa sematkan sikap hormat orang tua. Tak rugi kita bersikap sedemikian.

Pepatah ada mengatakan, "Syurga di bawah tapak kaki ibu".Jadi, memang kita kena jaga hati ibu kita. Hati ibu kita sensetif sangat. Kita sendiri tak mampu mentafsir hati ibu kita...sedih la macam mana pun, ibu kita tak penah bersuara pada orang. Seorang ibu sanggup pendam perasaannya walaupun ia pahit untuk dirinya terima. Jahat la kita macam mana pu ibu masih lagi mampu menerima kita... Tapi jika diluar kesabaranya, kita terpaksa tanggung risiko...jangan sesekali buat tindakan sehingga membolehkan ibu membuang kita...tak tertanggung azabnya kita masa tu.

Mungkin ramai dikalangan bolger adalah dikalangan ibu2, dan mungkin kita dapat rasa derita hati ibu malang ini. Rasa tekanan akibat perbuatan anaknya yang tak mahu dengar nasihat dan berkelakuan liar telah membuat ibu ini nekad mencederakan dirinya...sampai begitu sekali tindakan yang diambil seorang ibu....

Wednesday, January 6, 2010

Family Outing ~ Alamanda & Taman Botani Putrajaya






Salam semua......Rasanya dah lama tak kongsi perkembangan Aneeesa ngan teman2 semua....Semua gambar2 kat bawah nie riena ambil masa cuti tahun baru.....so jom kita layan aktiviti aneesa...

































Dah tido...letih sangat kot.....













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...